Sudah seminggu saya berada di Lumut, dan menimba sedikit demi sedikit ilmu-ilmu baru di Boustead Naval Dockyard. Ia adalah situasi yang sangat berbeza dengan alam pekerjaan saya sebelum ini iaitu sebagai jurutera marin di atas kapal dagang. Jika sebelum ini, diatas kapal kami hanyalah operator yang mengoperasi dan menjalankan kerja-kerja membaik-pulih sesuatu mesin (machinery) tetapi di sini ia sebaliknya. Ia adalah pengalaman baru dimana anda diberikan tugasan untuk memulakan sesuatu sistem di atas kapal. Di Lumut ini, saya diserapkan ke bahagian ITT (Inspection, Test And Trial) dimana bahagian ini mempunyai tangungjawab untuk menguji setiap sistem atau mesin (machinery) sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pemilik kapal.
Namun begitu kerja kami tidak dapat dijalankan dengan lancar sekiranya sesuatu sistem atau mesin masih belum dipasang atau disiapkan. Semuanya memerlukan kerjasama dari setiap bahagian (department) yang berlainan disini. Tanpa semangat kerja berpasukan, koordinasi dan komunikasi yang berkesan, sesuatu kerja pasti akan gagal. Tambahan pula disini memerlukan anda berkomunikasi antara rakan dari department yang berlainan ataupun para kontraktor dan pekerjanya yang menjalankan tugas. Nyata sekali keadaan ini amat baru bagi saya dan ia mula membuka mata saya mengenai bidang pembuatan kapal yang tidak saya fahami akan kerumitan dan masalahnya sebelum ini.
Buat masa ini kami sedang sibuk menyiapkan sebuah kapal, PV3 yang akan dinamakan sebagai KD Perak oleh pemiliknya RMN (Royal Malaysia Navy). Ia merupakan projek pertama kapal yang dibuat di Malaysia dalam kelasnya dan sudah lama terbengkalai semenjak tahun 2001-2002 lagi. Kerja-kerja hanya giat dilakukan dalam dua tahun kebelakangan ini, dan dijangkakan kami akan menyiapkan dan menyerahkannya secara rasmi pada bulan hadapan. Kapal yang dijana oleh dua set enjin Caterpillar, dimana setiap set mengandungi 16 unit dan setiap set main engine akan menjana satu unit Controlable Pitch Propeller (CPP). Sesuai dengan fungsinya kapal ini juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan senjata dari Italy. Ia juga dilengkapi sistem yang canggih dan tidak akan didapati di atas kapal dagang (merchant ship). Apa-apa pun kami berdoa agar dateline untuk menyerahkan kapal akan dipenuhi. Masih ada beberapa minggu lagi untuk menyiapkan segala kerja yang belum selesai sebelum kapal di bawa keluar ke laut untuk sea trial. Fullstop
2 comment:
http://dukerobin.blogspot.com/2009/02/seminggu-di-lumut.html
INSYALLAH I'LL BE UPDATED SOON:)
Post a Comment