Tuesday

MISC PERLUASKAN KHIDMAT EXPRESS HALAL

kapal misc

KUALA LUMPUR 6 Sept. - MISC Bhd akan melancarkan perkhidmatan baharu - Khidmat Ekspres Halal Loop 2 (HE2) yang menghubungkan terus pelabuhan-pelabuhan di Timur Jauh ke India dan Timur Tengah.

Perkhidmatan yang bermula pada 24 September ini dari Jepun, akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk halal, selari dengan matlamat berterusan syarikat untuk meningkatkan penawaran perkhidmatannya kepada pelanggan.

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, Khidmat Ekspres Halal Loop 2 akan singgah di pelabuhan Yokohama, Nagoya, Shanghai, Xiamen, Singapura, Colombo, Nhava Sheva, Jebel Ali, Dammam, Karachi, Pelabuhan Klang, dan kembali ke Yokohama.

Menerusi laluan baharu itu, MISC menawarkan transit terpantas dari Yokohama, Nagoya dan Xiamen ke Nhava Sheva dan pelabuhan di negara-negara Teluk. - BERNAMA

Perkhidmatan itu juga menawarkan pelayaran terus dari Dammam ke Yokohama, Nagoya, Shanghai dan Xiamen.

Sejumlah enam kapal dengan muatan 4500 TEU (unit bersamaan 20 kaki), disediakan untuk perkhidmatan itu, Kedua-dua ekspres Halal Loops 1 & 2 akan menawarkan sambungan ke pelabuhan di Laut Merah dan kawasan lain di Teluk seperti Bahrain, Doha, Muscat, Umm Qassar & Shuwaikh menerusi Jebel Ali. - BERNAMA

0 comment:

Post a Comment

Site Search