Friday

Panduan kepada berminat memasuki ALAM



Betul...aku adalah seorang navigator (navigator la sgt..exam pun kantoi...wahahaha) yg datang dari satu kolej (aku guna kolej sbb IPTS dan suka hati aku lah..!!) yg dipanggil Akademi Laut Malaysia...nama sedap macam alam flora atau alam barzakh..mahupun alam sorga...nama kutukan adalah ulam...sempena naik taraf universiti ala2 KUTKM dan KUITTHO...jgn marah..

cut the crap...

kepada mereka2 yg x sengaja jumpa site ni dan mencari2 jawapan macam mana nak apply masuk alam nurako ini..you have come to the right place...kerna di sini tiada video korporat yg mengagungkan diri sendiri mahupun kata2 manis dari mereka2 yg carik makan dekat departmen pengurusan korporat...no bull shitting here..serius dan telus umpama pilihanraya dan SPRM...

anda mahu masuk ALAM...result kene gempak..sekarang jangan harap ade 4A 3B 2C 1D dapat masuk...dulu2 boleh laa...memandangkan standard dah up skit...kemasukan pemohon kenelah ade A dlm subjek matematik..fizik atau sains am...dan jugak bahasa penjajah inggeris..die tulis je kat iklan minimum kepujian iaitu C...kalu dpt C...pergi interview x smpai 1 hari dah boleh angkat kaki balik rumah...melainkan anda ade kabel besar punye...

sila siap sedia dengan option lain utk ke kolej atau pusat pengajian tinggi lain kerana kemungkinan untuk anda x dapat dgn result yg cikai agak tinggi..selain kebanyakan pemohon yg memohon bersama2 anda terdiri dari mereka yg result SPM nya setaraf kosmonaut Rusia atau pemenang hadiah Nobel astrofizik....

kalau anda yg membaca posting ini masih sekolah menengah dan akan menduduki peperiksaan SPM tahun depan...berhenti membaca posting ini dan mulakan ulangkaji...kpd mrk yg sudah habis SPM..jgn ingat anda boleh enjoy sakan...time interview soalan SPM berkaitan fizik dan matematik akan ditanyakan kpd anda ketika interview...

sebelum interview atau ujian anda mungkin akan diberikan masa utk menonton video korporat kolej...dimana kebanyakan yg mrk siarkan adalah propaganda....tapi jangan risau...video itu hanya alat utk mewujudkan perasaan best pd waktu itu sahaja...lain hari anda akan dapati sendiri bhw apa yg sy katakan ini adlah benar...wahahhaha...

ALAM adalah satu establishment yg menuntut pelajarnya berdisiplin dan mematuhi peraturan kolej...sistem regime tentera atau regimentasi di aplikasikan dlm kehidupan seharian...kawad itu makanan...PT pagi adalah rutin hidup..hell adalah makanan ruji anda...beratur pagi adalah siaran televisyen ulangan...selepas tiga bulan anda akan dapati bahawa semua ni beransur2 hilang...hell makin kurang..kawad x lagi paras spt dulu...tuang-menuang PT dan beratur pagi adalah kepakaran anda....

Pensyarah dan pelatih di ALAM adalah sahabat sejati anda...kerana mrk kebanyakannya adalah pelaut sejati dan mereka juga tahu selok belok kehidupan di laut da di kolej sendiri...mereka punyai ilmu pengetahuan yg luas dlm industri maritim...dekati dan belajar dari mereka krm mereka adala guru sebenar anda dlm kerjaya maritim ini....hormat mrk spt ayahanda dan bonda anda dan jgn jatuhkan martabat mrk...

departmen hal ehwal pelajar adalah sekutu anda di kolej..mrk adalah buffer zone antara diri anda dan departmen2 korporat yg pentingkan aliran kewangan...sila berhati-hati dengan salah laku...dari hisap rokok dan fly sampailah kepada merembat buku perpustakaan...semua ini boleh dijadikan sebab utk anda dibuang atau diberhentikan dari kolej dan akhirnya anda terpaksa membayar sejumlah wang yg bersamaan dengan harga sebuah Toyota Hilux kepada sponsor anda....mahu buat onar...buat dgn sahabat sejati anda yg sanggup mati bersama2 anda atau buat sendiri...jgn kantoi atau mengkantoikan member...

Belajar di ALAM saling x tumpah macam belajar kat sekolah asrama penuh...pagi sampai petang kelas..malam ade prep...sabtu ahad leh kuar gi rambu ramba kat Melaka...kalau weekend atau overnight...boleh gi KL atau zoom2 g Muar utk makan Mee Bandung Muar....sedap teramat...

Subjek pun lebih kurang cam kat sekolah...ade matematik..ade fizik..ade sejarah malaysia..ade bahasa inggeris perniagaan...subjek nautika wajib macam ilmu praktis dan prinsip navigasi...kestabilan kapal...subjek kaji cuaca dan peraturan2 dlm mengelakkan perlanggaran dilaut adalah kritikal...senang cite byk kira2..kalu matematik korang karam maka karamlah anda bersama karam sink walia...

Apapun senario kolej aku ni..ak tetap rasa bangga..sebab kalau korang gi kolej atau universiti mana2 kat malaysia ni..cerita yg management fcuk up atau cakap x serupa bikin tu mmg wujud...ttp dah memang lumrah yg x semua perkara it perfect...jadi jgn segan silu utk memperjuangkan penambahbaikan kolej demi menaikkan martabat alma mater...xde watercooler..report sponsor korang...makanan x sedap..sila jumpa che rohaizad...uniform nk kene alter..jumpe RO...jgn simpan dlm hati atau kutuk blakang sbb ia x bwk kebaikan kpd diri anda dan x membantu penambahbaikan kolej...sila gunakan suggestion box utk complaints..tima kasih...

Kpd student intake 2010..i bid you all the best...kpd senior2 yg bru turun kapal..blaja rerajin dan jgn jadi cam pegawai kamu yg sorang nie...nk pass oral exam pun payah...hmm....god speed...


Sumbangan Ikan sardin
Batch 09
Mei 2010

3 comment:

salam sejahtera.saya danny berusia 17 tahun dan berminat untuk menyertai akademi laut.Saya ada beberapa soalan iaitu :
1.Bagaimana caranya hendak menyertai ALAM?
2.sy pelajar bukan aliran sains boleh tak sy masuk ALAM?

salam...saya azam.umur saya.18 tengah tnggu result spm.saya dr Sekolah menengah teknik.sy mmg berminat nak sambung belajar dekat ALAM niey..but camnew nak masuk Alam niey....saya harap anda boleh tolong saya :)

Post a Comment

Site Search