Sekeping gambar lama telah terjatuh keluar dari sebuah buku nota semasa menjadi kadet dulu. Ketika itu saya dan Azuwan, ditugaskan untuk menjalani latihan perkapalan sebagai kadet (engine cadet) selama enam bulan di atas kapal M.V Bunga Melati 5. Azuwan adalah schoolmate saya semasa di Shah Pekan (SPM Batch 97). Kami juga bersama berjaya menghabiskan pengajian di ALAM (kampus melaka) dan grad pada tahun 2001. Terus terang saya katakan di sekolah dulu kami tak berapa rapat. Mungkin kerana beberapa faktor seperti berlainan ideologi, berlainan kelas dan berlainan rumah sukan. Di Shah kami diasingkan mengikut rumah sukan iaitu Aminuddin, Rahman, Hamdan dan Murad. Asrama Putera ada dua blok dan setiap blok ada tiga aras (termasuk ground floor). Bilik warden, study room, bilik tv, dobi, bilik sakit dan bilik tamu ditempatkan di tingkat bawah. Manakala aras dua dan tiga dibahagikan kepada rumah sukan berlainan. Blok satu menempatkan pelajar dari Aminuddin (aras 1), Rahman(aras 2) dan blok 2 pula untuk Hamdan dan Murad. Setiap bilik akan memakai warna dari rumah sukan masing2 dan saya semasa tu adalah "budak Aminuddin" dan warna "pink" lah menjadi warna tema kami, tuala pink, cadar pink, sampul bantal pink, langsir pun pink....hehe. Manakala Azuwan ni ialah "Muradian" dan beliau terpisah di sebelah blok dua di hujung sana. Kehidupan di Shah Pekan nie kadangkala lucu pula bila diingat. Mana tidaknya kami boleh bergaduh (gaduh budak sekolah) di antara rumah sukan. Semangat fanatik pada rumah sukan ini semakin teruk bila tiba musim temasya sukan sekolah. Perang mulut dan juga 'boo' menge 'boo' nie dah jadi adat. Hehe... best betul masa sekolah dulu.
Azuwan dan saya ditemukan semula di Alam. Kami dah melupakan segala cerita sewaktu sekolah dulu. Di Alam kami belajar bersama, dia duduk di sebelah aku. Rajin gak budak nie, nota dia selalu saya salin. Bukan apa? saya nie style tulis lambat dan saya suka dengar dulu apa yang lecture nak sampaikan dan kemudian, barulah saya buat note semula. Mana-mana note yang tertinggal saya akan salin dari Azuwan yang begitu cepat menulis. Terima kasih "Geng". Latihan industri juga kami buat bersama. Sewaktu itu latihan industri kami dipecahkan pada dua bahagian. Bahagian pertama adalah latihan industri di limbungan perkapalan (selama 3 bulan) dan bahagian kedua ialah latihan di kapal (berlayar selama 6 bulan). Gambar di atas (menaiki unta) diambil ketika melawat Petra Jordan (saya akan ceritakan nanti). Hanya 133km dari Pelabuhan Aqaba, kami menghabiskan masa sehari di sana.
Petra (from "petra-πέτρα", rock in Greek; Arabic: البتراء, Al-Batrā) is an archaeological site in the Arabah, Ma'an Governorate, Jordan, lying on the slope of Mount Hor[1] in a basin among the mountains which form the eastern flank of Arabah (Wadi Araba), the large valley running from the Dead Sea to the Gulf of Aqaba. It is renowned for its rock-cut architecture. Petra is also one of the new wonders of the world. The site remained unknown to the Western world until 1812, when it was discovered by Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt. It was famously described as "a rose-red city and UNESCO has described it as "one of the most precious cultural properties of man's cultural heritage."[2] In 1985, Petra was designated a World Heritage Site.
1 comment:
memang indah jika mengenang masa lalu. :D apalagi masa2 sekolah.
Post a Comment