Tuesday

HOLIDAY OH HOLIDAY

Seminggu lagi genap 2 bulan aku bercuti. Cuti aku akan tamat pada 9th July ni.Duit dalam akaun semakin hari semakin susut.Ada lebih kurang sebulan lagi cuti aku.NOR atau Notis sedia berkhidmat dah ku hantar selepas seminggu bercuti kepda MISC kesayanganku walaupun ia perlu dihantar 2 minggu sebelum cuti tamat.So lepas 9th july ni basic salary aku jalan balik.
Walaupun gaji jalan.Aku hanya akan terima apabila aku sign on kapal nanti.Kepala aku kusut. Aku risau tak akan dipanggil berkhidmat selepas cuti tamat. Kereta,insuran,Mak & Abah, adik aku yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti, belanja dapur.Ahhhh..pening aku memikirkan.Wang simpanan hanya cukup untuk 2 bulan lagi.Harap2 company akan panggil aku awal.

Tapi itu semua mustahil.10 buah kapal kontena milik company tersadai di Kuala Linggi.Ekonomi dunia yang menguncup sedikit sebanyak memberi effect kepada ku. Aduhhh..bila kah ini semua akn berakhir? Kerana Amarika durjana, satu dunia tersiksa.Kalau ku tahu akan jadi macam ni, akan ku paku diriku kat atas kapal setahun.hahaha...(gelak memang gelak...tapi hati risau tahap cipan)


Tapi itu semua aku boleh lupakan sementara. The main thing is MY HOLIDAY IS BORED. Aktiviti rutin aku ialah tidur disiang hari dan keluar minum kopi kat kedai Kopi Harjot atau Din Conner dengan member aku Arip dan Jenal.Kalo ada ape2 event kat bandar Melaka, hilang lah sikit kebosanan
.

Yang si Arip ni pulak asyik ajak aku kuar mancing jek.Port yang selalu kitaorang pegi ialah jetty ALAM , jambatan masjid selat n Sungai duyong belakang rumah aku. Kalo dapat ikan besar orang xpe gak .Ini ikan gelama besar 2 jari jek.Pastu lak sambil mancing ,mata aku asyik kat 10 biji kapal tersadai yang boleh dilihat dari jetty ALAM. Lagi la sakit hati.Ahhhhhhhhhh.......BOSANNNNN


(gambar ni masa mancing atas kapal kt Kuantan)

0 comment:

Post a Comment

Site Search