Tentang Blog Pelaut Malaysia

Visi utama blog ini diwujudkan bagi menghubungkan semua pelaut-pelaut di Malaysia di bawah satu medium online. Misi kami untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pelaut, dalam dan luar negara, berkongsi apa sahaja info berkaitan kehidupan pelaut terutamanya kepada orang ramai bagi membuka mata mereka tentang kerjaya yang dianggap mencabar ini.

Sektor perkapalan penggerak ekonomi dunia

Tahukan anda perkapalan merupakan sektor paling penting bagi sesebuah negara. Hampir 90% daripada perpindahan cargo dari sebuah negara kenegara yang lain menggunakan kapal. Walaupun kerjaya kapal tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi sektor perkapalan merupakan nadi ekonomi utama bagi Malaysia.

Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM

Di Malaysia sekrang terdapat banyak pusat latihan perkapalan antaranya ALAM, RANACO,PELITA dan banyak lagi. ALAM atau Akademi Laut Malaysia merupakan pusat latihan perkapalan yang pertama di Malaysia. Disini pada mulanya anak-anak Malaysia memulakan kerjaya sebagai seorang penakluk samudra yang berjaya.

Thursday

Kapal Bunga Alpinia terbakar


Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad, Bunga Alpinia meletup dan terbakar awal pagi tadi di Labuan.

Kapal Bunga Alpinia, terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha. kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. sebelum kejadian kapal berkenaan dikatakan sedang mengisi minyak sebelum meletup dan menggegarkan beberapa kawasan berhampiran.

Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu dilaporkan telah mengorbankan nyawa seorang anak kapal manakala 5 yang lainnya cedera. mangsa yang terkorban ialah Syahril Azmi Baharudin warga tempatan yang dipercayai melecur. manakala operasi bagi mengesan seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih diteruskan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Kejadian ini turut dikaitkan dengan kejadian ribut petir awal pagi semalam.


p/s : Gambar anda boleh dilihat di Facebook Malaysian Seafarer

Site Search