Emergency drill atau latihan kecemasan yang dijalankan di atas kapal sangat penting dalam menyiapkan diri anak kapal bagi menghadapi situasi kecemasan di laut. Seperti yang anda maklum situasi kecemasan di atas kapal sangat berbeza, tiada talian kecemasan 999 untuk menghubungi pihak polis, bomba mahupun pasukan perubatan. Di atas kapal kami hanya bergantung kepada kemahiran dan latihan yang dijalankan selama ini bagi menghadapi saat-saat genting begini.
Oleh yang demikian setiap majikan akan merangka pelan kecemasan seperti yang diwajibkan oleh ISM (International Safety Management) dibawah kod 8, Persediaan menghadapi kecemasan (Code8: Emergency Preparedness). Di sinilah fungsi HSE (Health, Safety & Environment) menyediakan senarai semak (checklist) dan prosedur2 tertentu dalam menghadapi sesuatu kecemasan.
Master (Kapten) iaitu selaku ketua pentadbiran tertinggi di atas kapal, akan merangka dan memastikan setiap latihan kecemasan akan dijalankan dengan sebaik mungkin. Seperti yang diamalkan di atas setiap kapal MISC Bhd, anak-anak kapal akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang pastinya mempunyai tanggungjawab tersendiri ketika berlaku sesuatu kecemasan.
Struktur pasukan kecemasan biasanya terdiri dari empat kumpulan utama iaitu Control Party, Support Party, Attack Party dan Support Party. Control party akan diketuai oleh Master (nakhoda) dan dibantu oleh 2nd Officer dan beberapa orang dek krew. Mereka akan berada di anjungan kapal (bridge) untuk mengawal setiap langkah, dan dalam masa yang sama akan mewujudkan komunikasi dengan pihak lain sama ada kapal, agensi penyelamat atau syarikat. Setiap kejadian dan operasi keselamatan akan dicatit sebagai bukti.
Technical Party pula diketuai oleh Chief Engineer dan dibantu oleh 3rd Engineer, Jurutera Elektrik (electrician) dan seorang engine crew. Biasanya kumpulan ini akan berkumpul di dalam engine room dan bersedia memberikan perkhidmatan teknikal sewaktu kecemasan.
Attack Party pula diketuai oleh Chief Officer dan 2nd Engineer. Kenapa sampai dua ketua? Sebenarnya sekiranya kecemasan berlaku di engine room, maka 2nd Engineer akan mengetuai kumpulan ini kerana beliau dianggap lebih paham selok-belok dan keadaan di engine room. Attack party dianggap penting kerana kumpulan inilah yang mula-muka bertindak, sesuai benar dengan namanya Attack Party.
Manakala Support party pula diketuai oleh 3rd Officer. Tugas pasukan ini ialah sebagai pembantu atau back up team kepada Attack Party. Support Party juga mempunyai Strecher Party yang dianggotai oleh Catering Department. Kekerapan latihan kecemasan selalunya 3-4 kali sebulan dan hanya diadakan sekiranya kapal berada di tengah laut. Setiap minggu Master akan merangka satu latihan yang berbeza sesui dengan kehendak syarikat. Latihan kecemasan ini juga terbahagi kepada beberapa jenis seperti:
Maka setiap minggu ketiga-tiga jenis latihan ini akan diadakan dan minggu demi minggu corak dan situasi kecemasan berbeza akan disusun oleh Master. Fire fighting melatih anak kapal bagaimana untuk melawan atau mengawal kebakaran mengikut kelas api (fire class) itu sendiri. Life Boat pula melatih anak kapal bagaimana untuk meninggalkan kapal engan mengunakan bot penyelamat. Security Drill pula melibatkan aspek keselamatan terutama ancaman pengganas dan yang sewaktu dengannya.
Master selalunya akan menjalankan latihan keselamatan pada hari sabtu pada sebelah petang. Sudah menjadi kemestian bagi kami juga untuk memeriksa setiap alatan keselamatan seperti alat pemadam kebakaran, bot penyelamat, jaket keselamatan diperiksa pada hari yang sama. Ianya bertujuan supaya alatan ini senantiasa berada di dalam keadaan baik setiap masa. Pada hari minggu (ahad) pula sesi menonton video keselamatan pula akan dijalankan dan semua anak kapal adalah wajib untuk menghadirinya. Bak kata aspek keselamatan senantiasa diingatkan dari masa ke masa. Ya lah kerja di kapal ini berbahaya dan berisiko terutama mereka yang berkerja di atas kapal tangki dan gas. Tapi bagi kami yang belayar di atas kapal kontena ini, kami tidak pernah lupa akan perihal keselamatan. Seperti pepatah mat saleh "sign on one piece and sign off also one piece" maksudnya naik kapal dalam keadaan elok, turun kapal pun mesti elok tubuh badan, takde lah hilang satu jari dan sebagainya. Wallahua'lam.
0 comment:
Post a Comment