Salam semua, minggu lepas adalah minggu terakhir saya, Rohaizad dan Nik berada di Lumut. Isnin lepas juga pada 25 May merupakan hari terakhir kami mengikuti pelayaran PV03 yang juga dikenali sebagai K.D Perak. Sedar tak sedar hampir 3 bulan lebih saya dan kawan-kawan bekerja sebagai commission engineer bersama-sama team commisioning dari Boustead BNS.
Hari semalam juga 3 Jun 2009 kapal K.D Perak telah ditauliahkan oleh Yg Mulia Sultan Perak dan K.D Perak akan meneruskan operasi dari pengkalan TLDM Kuantan. Perasaan bangga dan gembira juga melihat upacara pentauliahan yang disiarkan oleh TV3 di dalam slot Buletin Utama. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kapal perang pertama buatan Malaysia!
Sepanjang berada di Lumut banyak pengalaman berharga dapat dikumpul buat panduan masa depan. Terus terang saya katakan pengalaman bekerja di Lumut amat berlainan dari bekerja di atas kapal. Mahu pulak kami bertindak sebagai commission team yang bertujuan untuk menguji sistem-sistem yang terdapat di atas kapal "perang" yang nyata amat berlainan dari sistem di atas kapal dagang. Sebelum sesuatu sistem hendak diuji, beberapa kriteria perlu dipatuhi seperti FAT (Factory Acceptance Test), STW (Setting to work), QIR (Quality Inspection Result) dan HAT (Habour Acceptance Test). Setiap ujian ke atas sesuatu sistem perlu mendapat pengesahan dari Class Surveyor ( utk PV ship, ialah Germanischer Lloyds) dan client utama kami iaitu RMN (TLDM).
Mana-mana kritikal machinery dan sistem juga perlu lulus SAT (Sea Acceptance Test) yang dimana sistem itu memerlukan kapal berada di tengah laut. Agak lama juga tempoh sea trial utuk K.D Perak ini, mengambil masa selama sebulan untuk memenuhi segala ujian termasuk sistem persenjataan. Satu yang saya kesali ialah tahap workmanship pekerja tempatan (yang dibekalkan oleh kontraktor tempatan) amat menyedihkan. Sepatutnya K.D Perak boleh disiapkan mengikut jadual tetapi disebabkan oleh kekurangan pengalaman kontraktor dan beberapa masalah teknikal memburukkan lagi keadaan.
Segala pengalaman seharusnya dijadikan iktibar oleh BNS untuk meneruskan pembinaan, lagi tiga buah kapal P.V 04-06. Pemantauan yang berterusan perlu bagi memastikan hasil dan mutu kontraktor terpilih menepati kehendak. Akhir sekali ucapan tahniah buat ITT Team iaitu Mr. Gerry, En. Fairuzkhan, En Ismail, En. Rizal, En Rashid, Shahrizal, Suhazmi, Azas, Naim dan beberapa junior exec seperti Mukmin dan Azhar. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kerjasama kalian semua......full stop
0 comment:
Post a Comment