Tuesday

HARI INI AKU KEMBALI LAGI......


Pejabat pentadbiran ALAM by you.


Suatu ketika dahulu...dalam bulan December 1996, Aku dengan rakan-rakan yang lain meng"korban"kan diri melaporkan diri di AKADEMI LAUT MALAYSIA..ALAM sebagai penuntut dalam jurusan Diploma in Marine Engineering ( MECC 06 ) dan Nautical Study ( DC 34 ). Satu tempat yang tak perpernah terlintas oleh kami semua adanya sebuah institusi pengajian tinggi yang meLAHIRkan ramai malaysian mariners...menjadi tulang belakang kepada industri perkapalan..malahan oil and gas negara sekarang.

Hari ini aku kembali lagi..tetapi bukan sebagai penuntut. Aku kembali sebagai tenaga pengajar separuh masa untuk tempoh 3 bulan mengajar bakal-bakal kelasi jentera.
Demi mengisi masa lapangku waktu cuti 3 bulan ini, dengan jarak ALAM dari rumahku tak sampai 1 km...aku terpanggil untuk menyumbang bakti berkongsi pengalaman 10 tahun berlayarku bersama anak bangsaku...BANGSA MALAYSIA!

Seperti yang aku katakan dalam post pertama ku sebelum ini...aku akan cuba memberi semangat dan dorongan motivasi pada bakal-bakal seafarers ni untuk turut bersama membantu menaikkan kembali maruah BANGSA MALAYSIA yang tercalar dek agenda-agenda mereka yang mempunyai kepentingan dengan memasukkan orang asing di Malaysian Flag vessel ni. Aku tidak mahu kita terus "dijajah dibumi sendiri" walhal BANGSAKU lah yang telah membawa MALAYSIA FLAG VESSEL gah dimata dunia sejak dari tahun 70'an lagi..

Kepada ex-mariners malaysia semua...INGATLAH, SEDARLAH DAN BELAJARLAH dari sejarah bahawa penjajahan ini sebenarnya tidak mengguntungkan kita,bangsa dan negara kerana suatu hari tidak mustahil kita dianak tirikan dibumi kita sendiri..

Kepada mereka yang gemar, tulus ikhlas atau terasa ingin membela nasib anak bangsa..ALAM sekarang ketandusan malaysian mariners untuk mendidik anak bangsa since ramai PENJAJAH dah mula memenuhi tempat asal usul kita ini..

bob a.k.a mohd faisal
Thursday, February 19, 2009

0 comment:

Post a Comment

Site Search