Tuesday

LUMUT BANDAR TENTERA LAUT,PERLANCONGAN DAN MARITIM

Sempena dengan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Perak ke-81 tahun, Lumut akan diistiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim sesuai dengan fungsi yang dimainkan oleh pekan kecil ini. Untuk pengetahuan semua, Pengkalan Tentera Laut Lumut, merupakan pusat operasi terbesar negara dan bolehlah dianggap base TLDM ini sebagai penempatan kecil yang dimana di dalamnya terdapat pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, pejabat pos, bank, pasar dan sebagainya. Manakala di pekan Lumut pula menjadi pusat kemasukan pelancong ke Pulau Pangkor, dimana terbina sebuah jeti untuk bot servis yang membawa pelancong ke pulau terkenal tersebut. Lumut juga menjadi pusat perkhidmatan maritim dengan wujudnya Pelabuhan Lumut dan beberapa dockyard yang membina dan membaiki kapal.

Secara peribadi saya tertarik dengan keindahan dan kedamaian Lumut ni, walaupun cuaca panas terik sentiasa membakar perit kulit saya yang sawo matang nie....hehehe. Bentuk geografi Lumut yang berbukit-bukit dan berpantai amat unik sekali bagi saya. Tambahan pula saya sekarang menetap di apartment yang berada di sebuah bukit dimana dengan senangnya saya menikmati keindahan waktu pagi dan senja di Lumut ini. SubhanAllah, indah betul bumi ciptaan tuhan. Oh yaa hampir saya terlupa dalam waktu yang sama juga TLDM akan meraikan Jubli Intan (sambutan 75 tahun) penubuhannya. Sejajar dengan itu pelbagai program telah dirancang seperti konsert Jom Heboh TV3 yang akan diadakan pada minggu depan. Dibawah adalah antara beberapa program yang dirancang bagi memenuhi hari sambutan TLDM ke-75.

0 comment:

Post a Comment

Site Search