Tuesday

PENGAMBILAN KADET ALAM MENURUN



Tajaan kadet di Akademi Laut Malaysia(ALAM) merosot sebanyak 20 hingga 25 peratus pada tahun ini, ekoran kemerosotan ekonomi dunia yang juga menurunkan kegiatan perkapalan.

Kadar ini dianggap rendah berbanding dengan kadar menguncupnya aktiviti perkapalan komersil.

Ada laporan menyebut sejumlah 485 kapal jenis kontena yang bersamaan dengan 1.42 juta TEU (unit kontena berukuran 20 kaki) dari seluruh dunia, dibekukan khidmat.

Menurut Tuan M. Adthisaya Ganesen, ketua pegawai eksekutif ALAM, pihak syarikat perkapalan yang membiayai kadet yang dilatih untuk menjadi pegawai jabatan dek dan enjin telah mengambil sikap berjimat cermat.

Walau bagaimana pun, tetapi pihak syarikat perkapalan menyedari perlunya kesinambungan latihan untuk mengisi keperluan sumber manusia yang akan menyokong industri kapal dagang, sebab itulah kita mengalami kemerosotan hanya pada sekitar 20 hingga 25 peratus.

Berita selanjutnya boleh dibaca DI SINI.

6 comment:

bagaimana hendak memohon kemasukan ke alam?

anak saya mohon untuk masuk alam. Benarkah alam kenakan bayaran rm90 untuk interview itu. Untuk apa bayaran itu.

anak saya ingin memohon kemasukan ke ALAM . tetapi macam maca cara untuk mendaftar ?

assalamualaikum..bagaimana cara untuk memasuki akademi ALAM dan apa syarat2nya?untuk menjadi pelatih ALAM..minta bantuan anda,terima kasih..

saya nak masuk alam...tapi macam mana erk???tolong gtau...

ASKM...
SAYA Adie.. boleh kah saya dari Royal Malaysian NAvY kepakaran radar dan navigasi laut.. untuk menyertai ALAM... syarat2 kelayakan dikehendaki dan saya mmg minat dgn ALAM..

Post a Comment

Site Search