Mengenali org laut..
Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'
1. Nelayan Laut ( pesisir pantai atau laut dalam )
Cuba ko tanya diri ko sendiri time ko tengah sedap makan ikan bakar kt medan ikan bakar Umbai, Melaka..Penah tak ko tanya kt diri ko , sape la yang rajin nau dok tangkap ikan nie pastu bg aku mkn ngan bayau 15 hengget jer..
Mereka inilah yg bersusah payah memerah keringat 4 tulang utk memastikan ko dpt mkn ikan, dpt merasa kerang, dan semestinya dpt beli ketam yg aku tangkap.
2. Jabatan Laut Malaysia

Mesti korang dok tanya menatang apa fungsi Jabatan Laut nie kan.
Jabatan laut nie, tugas depa dok jaga pelaut.
Simple je aku bgtau kt ko. Yeaa la, orang laut mcm aku nie mana ada Ijazah Sarajana Muda Perguruan nak explain sampai anak murid faham satu per satu.
Jabatan Laut nie sama jer dgn Jabatan Pengangkutan Jalan sama gak dgn Jabatan Penerbangan. Sebab tu mereka diletak di bawah satu Kementerian. Kementerian apa org laut semua?? Pandai..Kementerian Pengangkutan.
Sape menteri dia sekarang org laut semua??
Err...ktorang ni dok kt laut so tak ingat sangat la nama Menteri dia..Bukan tak tahu tp tak ingat..
Panjang lak aku melalut..Meh nk bg satu contoh..Time ko amek lesen kereta dulu, ko test ngan sape? Mesti la ngan JPJ kan? Mana la tau ko test ngan Jabatan Pengairan dan Saliran ker. Time lesen ko mati, ko bayar kt mana? Mesti la kt JPJ kn atau ko nk senang ko bayar kt pejabat Pos? Yerla..kot-kot ko pergi bayar kt DBKL ker? Time ko kena saman ngan JPJ, ko g bayar kt mana? kt JPJ la..asyik-asyik soalan sama jer tanya..Yer laaa, mana la tahu ko bayar kt Bukit Aman ker.
Sama la dgn Jabatan Laut nie, mereka menguruskan hal-hal berkaitan dgn kelautan. Contohnya, untuk mendapatkan lesen bawak bot, kapal, feri, maka kita hendaklah berurusan dgn Jabatan Laut.
Kalau kapal ko tu x ikut spesifikasi yang ditetapkan, Jabatan Laut boleh saman kapal ko.
Fungsi-fungsi Jabatan Laut adalah :
- menyedia dan menyelaras kerja menyelamat pelaut yang cedera daripada kapal ke darat
- mengenalpasti kapal yang melebihi had masa
- menyiasat sebarang aduan berkenaan keselamatan pelayaran
- menyelaras dan membantu operasi wrek dan kapal karam bersejarah
- menyediakan maklumat teknikal berhubung soal keselamatan pelayaran
- menyelaras operasi melawan tumpahan minyak
- menerima dan menyiarkan amaran-amaran pelayaran
- menerima makluman kedudukan kapal
- meningkatkan keselamatan di laut
Mcm-mcm lagi sebenarnya..Disebabkan aku bukannya duta utk Jabatan Laut, so lebih baik ko check sendiri kat SINI
3. TLDM / Polis Marin / Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
Ni kebanggaan aku..Tak taw la plak klau ko tak bangga kan.
Orang kata la..'jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'.
Tu orang kata ok..Bukan aku nk kata.
Kalau aku yang berkata-kata..' Lelaki macho, gagah dan berani macam aku nie sukakan cabaran'
Nasib baik takder pepatah mcm tu. Jadi boleh abaikan..
Tapi bagi anggota keselamatan negara yg mengawasi perairan kita dari diceroboh,
laut yang bergelora ibarat buaian bagi mereka.
Tugas mereka mengawasi perairan negara dari dibolosi oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab adalah satu pengorbanan besar buat kita.
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)

Ko tak kenal Royal Malaysia Navy? memang ko tak Malaysia lar bro..
Tp kalau aku wat entry pasal Akedemi Fantasia, sorang2 ko boleh sebut nama pelajar-pejar dia kan.
Tapi takper, aku bgtau kt ko serba ringkas pasal Navy nie.
Okey yea adik-adik, hari ni cikgu akan ajar subjek sejarah...(poyo nk jadi cikgu sejarah la plak)
Sejarah TLDM :
-Mula aktif pada 27 April 1934 dgn nama asalnya ialah Tentera Laut Sukarelawan Negeri Selat atau dlm Bahasa Enggerisnya ialah Strait Naval Volunteer Reserve
-kesetian diletakan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong bukan kepada parti memerintah mahupun parti pembangkang waima 3 line ker ataupun apa-apa pertubuhan
(ingat tu budak- budak lumut)
-keanggotaan buat masa kini dgn angka tak rasminya seramai 14,000 anggota. Tu tak termasuk budak-budak Palapes atau pun Reserve Navy.
- ibupejabat atau markas tentera laut nie dkt Lumut. Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, Markas Armada, Lumut..
- antara pertempuran atau peperangan yg Navy pernah terlibat ialah Perang Dunia Ke-2 dan konfrantasi Indonesia-Malaysia.
- Aset TLDM ialah....mana bley bgtaw. Secret tue.
Okey yg nie aku bagitau secara ringkas :
>Kapal penyapu ranjau (Mine Countermeasures Vessel),
>Frigat
>Korvet
>Kapal ronda luar pantai, OPV
>Kapal serang laju
>Kapal selam )
>Kapal sokongan
>Kapal LST
>Kapal latihan
>Kapal tunda TLDM
>Kapal layar
>Aset udara (KD Rajawali)
Abang-abang Navy nie la yang dok jaga keselamatan perairan kita...Eh, x lupa jugak utk akak-akak Navy..
Terima kasih kepada TLDM kerana berjaya dalam "OPS FAJAR". Operasi untuk mengawasi keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia yang melalui Teluk Aden.
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

Nie menatang apa plak nie..
Dulu time mula-mula aku nak jadi orang laut, agensi ni belum ditubuhkan lagi.
Time tu baru ura-ura. Baru dalam pembentangan kertas kt kabinet..
Aku ingat lagi time aku exam dulu aku kena tanya ngan examiner aku pasal agensi nie.
Fakta yang tak rasmi pasal agensi nie dan merupakan jwpan aku kt examiner aku dulu (jd penangkap ketam pun kena exam bro)
-Ketika Mahathir msh lg Perdana Menteri, dia nk satu Coast Guard mcm US Coast Guard.
Coast Guard nie bila di Melayukan maksud dia Pengawal Pantai.
-Dia nak tubuhkan satu agensi yang menggabungkan 6 cabang kelautan..iaitu
Polis Marin
TLDM
Jabatan Laut Malaysia
Immegresen
Jabatan Perikanan
Kastam
- tapi dia tak nak letak nama Coast Guard. Dia nak dlm Bahasa Malaysia. So tertubuh la APMM nie.
Semua kt ats tu bkn sejarah rasmi kay..Tu jwpn aku kt examiner aku dulu. Korang xleh pakai pun.
Kita main ngan fakta plak :
>APMM diaktifkan pada 21 Mac 2006. Diluluskan dikabinet pada 21 Ogos 2002.
>APMM nie sebahagian dari jabatan Perdana Menteri. Sama mcm polis, kastam dll.
>Tugas APMM ialah melakukan pemantauan 24 jam sehari dan menguatkuasakan undang-undang dan melakukan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar undang-undang maritim. >keanggotaan tak rasmi buat masa kini seramai 7000 anggota.
>Asset....nie aku bleh bgtaw sbb tiada rahsia diantara kita.
>APMM mempunyai lebih 40 buah kapal dan tiga helikopter.
1x kelas Marlin (kapal latihan pemberian kerajaan Jepun)
2x kelas Langkawi OPV
15x kelas Sipadan PC(G)
15x kelas Gagah PC(G)
5x kelas Malawali PC
5x kelas Peninjau PC
dan pelbagai bot kecil
3x helikopter Eurocopter Dauphin AS365
Brader-brader APMM nie lar yang menyabung nyawa ketika dilautan untuk memastikan perairan kita tidak dibolosi oleh pendatang tanpa izin dan juga penyeludupan.
Terima kasih buat APMM kerana berjaya mengurangkan jumlah kemasukan pendatang tanpa izin dan penyeludupan.
Dan klaw korang nk join APMM boleh la tgk2 kt
APMM website.
Polis Marin.
yang nie aku xleh cite byk.
Pasai apa....?? pasai aku xnk cite lar..suka hati la sbb blog aku..wuahahahha (gelak saiton)
Tp ko jgn maen-maen..salah satu cabang dari Polis Marin iaitut Unit Gempur Marin ni,
diorang di train oleh US Navy Seal.
Cuba la ko bergurau ngan diorang...
Terima kasih buat Polis Marin keran berjaya menumpaskan gerombolan lanun baru-baru ini.
Tugas anggota keselamatan negara yang berkhidmat di laut sekaligus menjadikan mereka orang laut seperti aku. Berisiko, mencabar dan lasak..Itulah kerjaya mereka.
Disebabkan blog aku bukan blog ketenteraan mahupun kepolisan serta kebombaan, jadi elok la kalau aku membataskan cerita aku mengenai badan-badan beruniform ini.
Karang tak pasal-pasal aku kena dakwa ikut Akta Rahsia Negara, Ordinary Secret Act (OSA).
4. Industri Perkapalan (
Ini yang hendak di highlight )
Pengorbanan buat anak-anak kapal dalam memajukan ekonomi negara. Dilambung ombak, menempuh badai dan taufan untuk memastikan industri perkapalan di dalam sektor export dan import terus berjalan lancar.
Tanpa mereka, agak-agak ko dapat merasa ke makan makanan dari luar negara mcm buah kiwi, dapat ker ko pakai handset Iphone yg terkenal sekarang, dapat ker ko pakai baju yg di import dari luar negara.
Pernah ko terfikir gas memasak kt dapur tu datang dari mana?
Semua ini datang dari industri maritim. Industri perkapalan yang memjalankan import dan export.
jadi aku explain la sikit pasal kapal dan apa fungsi dia.
- Kapal bulk carrier atau kapal pukal.
Membawa barang-barang dalam bentuk pukal spt :
arang-arang batu
gula
gandum
beras
scrap metal
dan lain-lain
- Kapal Tangki
terbahagi kepada beberapa jenis:
(aku pun tak ingat ada berapa jenis)
Chemical tanker
(mebawa bahan-bahan kimia yang merbahaya spt asid, uranium-234, Nitromethane dll)
Crude oil tanker

(kapal nie bawak minyak..bukan minyak lintah, bukan gak minyak pengasih apatah lagi minyak gamat..Kapal nie bawak minyak mentah..iaitu petroleum yg mentah belum diprosesnama pun Crude kan)
Petroleum tanker
(membawa produk-produk petrol spt gas LPG yg ko guna utk masak kt dapur tu)
LNG tanker (Liquified Natural Gas)
(membawa gas asli yg mengandungi gas utama iaitu methane CH4, merupakan bahan asli yang termahal dimuka bumi Allah ini. Merupakan kapal yang paling berisiko letupan menjadikan 30km padang jarak padang terkukur. Sedikit info, Malaysia melalui syarikat MISC merupakan syarikat terbesar di dunia yang menjalankan aktiviti penghataran gas asli seperti di Jepun, Korea, Taiwan, dan Spain)
- Kapal kontena

(kapal nie plak bwk kontena.Dlm kontena tu ada mcm-mcm barang la. Maybe ada Iphone, ada laptop SOny Vaio. Contohnya ko nk bwk blk kereta ko dari Labuan ke Selangor, nt kereta ko tu disumbat kt dalam kontena pastu letak atas kapal. Pastu kapal tu sampai kt Port Klang. Ko bleh tuntut kereta ko)
- Kapal penumpang

(dalam bhs omputih depa panggil pasengger ship. Yg ko dok tgk Titanic tu la kapal pasengger ship atau kt Malaysia nie famous ngan Star Cruise)
- Roll-on Roll-off ( Car Carrier)


(kapal nie bwk kereta atau segala mak nenek land transportation. COntohnya kereta Hyundai yg ko beli tu, kereta tu dinaik kan atas kapal nie pastu bwk dtg ke Malaysia)
...Apa lg ek?...aku lupa.
nt klaw ko tahu ko tambah ok. Nie aku ingat gitu-gitu jer.
So buat kapel-kapel org kapal tu, ko teka la pakwe ko naik kapal mana...
Tanpa orang-orang kapal yg bekerja ats kapal-kapal mcm nie, aku rasa xder yg blh merasa pakai laptop vaio, takder yg blh merasa naik kereta import..
Ko ingat MasCargo byk sgt kapal terbang dia nk wat import export nie?
5. Oil and Gas ( Offshore Industri)
Satu lagi orang laut yang menyumbang ke arah ekonomi negara..
Meninggalkan keluarga untuk bekerja di laut, di pelantar minyak.
Ko penah terpikir sape yg rajin sgt turun ke laut pastu buat pelantar minyak kt tengah-tengah laut?
Lepas pelantar minyak siap, sape plak yg dok pasang pipeline kt dasar laut tu?
Mereka inilah orang laut g bekerja di sektor Oil and Gas

Tanpa mengenal erti risiko nyawa yang dipertaruhkan didalam industri Oil and Gas, mereka turun ke laut untuk bergelar OranG LauT dlm memajukan ekonomi negara...
Okey itu la sedikit sebanyak pengenalan pasal OranG Laut...
Bagi sape-sape orang laut yg aku x mention kt ats jgn la ko merajuk plak..
