CARTAGENA (Sepanyol), 7 Okt (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia bercadang menubuhkan sebuah pusat latihan kapal selam di pangkalannya di Teluk Sepanggar di Sabah yang akan menempatkan dua buah kapal selam TLDM jenis Scorpene.
"Kita akan menjalankan latihan di negara sendiri, dan kita telah memperoleh alat simulator bagi melatih warga kapal selam," kata Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar kepada pemberita Malaysia pada raptai pelancaran kapal selam kedua jenis Scorpene itu di limbungan Navantia di sini pada Isnin.
Kapal selam itu akan dilancarkan secara rasmi dan dinamakan "KD Tun Razak" sempena nama perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada Rabu. Seri Paduka Baginda akan berada di sini bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Abdul Aziz berkata bahawa buat beberapa tahun pertamanya, TLDM akan terus mendapat bantuan dari Perancis dalam usaha menubuhkan pusat latihan itu dan meningkatkan keupayaan bagi melatih warga kapal selama Malaysia di pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar berharga RM690 juta yang dijangka siap pada Februari tahun depan.
Malaysia menempah dua buah kapal selam baru jenis Scorpene berharga RM3.4 bilion pada 2002. Kapal selam itu dibina secara bersama oleh syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, dan rakan kongsinya, Navantia, dari Sepanyol yang telah membina kapal selam sejak 1888.
Kapal selam pertama TLDM yang dinamakan "KD Tunku Abdul Rahman" sempena nama perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, dilancarkan di limbungan DCNS di Cherbourg, Perancis, pada Oktober tahun lepas.
"TLDM akan menyambut ulang tahunnya yang ke-75 pada 27 April 2009 dan ia akan menjadi lebih bermakna dengan adanya dua kapal selam ini," kata Abdul Aziz.
KD Tunku Abdul Rahman akan ditauliahkan pada 25 Jan 2009 dan akan belayar pulang ke Malaysia pada Mei dan dijangka tiba penghujung Julai tahun depan.
Abdul Aziz berkata KD Tunku Abdul Rahman akan menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) pada Disember 2009.
KD Tun Razak pula akan ditauliahkan pada 25 Okt 2009 dan akan belayar pulang ke Malaysia pada Januari 2010 dan dijangka tiba dua bulan selepas itu.
Seramai 142 pegawai dan anggota TLDM sedang menjalani latihan di Perancis untuk mengendalikan kedua-dua kapal selam TLDM itu yang akan lebih banyak digunakan di Laut China Selatan.
"Kita amat hargai kerjasama dan bantuan daripada tentera laut Perancis dan Sepanyol dalam menjayakan program latihan warga kapal selam kita," kata Abdul Aziz.
Katanya kapal selam itu merupakan satu aset penting kepada TLDM dalam tugas pengawasan, perisikan, serangan dan kerahan komando Paskal (Pasukan Khas Laut).
Kepada satu soalan, Abdul Aziz berkata pembelian kapal selam merupakan satu keperluan bagi sesebuah tentera laut termasuk TLDM.
"Pembelian kedua-dua kapal selam ini tidak boleh dilihat sebagai menandingi keupayaan tentera laut asing di rantau kita," katanya.
Beliau berharap kerajaan akan menimbang untuk membeli sebuah kapal sokongan pelbagai tugas untuk Angkatan Tentera Malaysia ekoran rampasan dua buah kapal dagang milik MISC Berhad oleh lanun di perairan Somalia baru-baru ini.
Katanya kapal sokongan pelbagai tugas itu dapat membantu MISC dan syarikat Malaysia yang lain mengendalikan kapal masing-masing dengan lebih selamat.
"TLDM akan terus membantu berdasarkan keperluan negara dan arahan kerajaan," katanya.
Dua buah kapal perang TLDM, KD Lekiu dan KD Inderapura, dan sebuah bot peronda, KD Pahang, ditugaskan memberi perlindungan kepada kapal-kapal MISC ekoran kejadian rampasan kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 masing-masingnya pada 19 Ogos dan 29 Ogos.
Kedua-dua kapal itu bersama krewnya telahpun dibebaskan.
-- BERNAMA

0 comment:
Post a Comment