Salah satu VLCC milik MISC
Agak tiada kerja mau buat malam nie..jadi mau kongsi bersama rakan2 sedikit info n maklumat yang penulis ketahui..dan opkos laa berkait rapat dengan bidang yang diceburi oleh penulis sebagai seaman.....
fakta2 dan info yang disampaikan ini adalah juz dari pengalaman penulis dan mungkin boleh disangkal kesahihan nye..jadi kepada mereka2 yang lebih berilmu n knowledgeable dan kepada otai2 teguran amat laa dialu-alukan bagi mengelak penyebaran info yang tidak benar n kurang tepat...ohohohoh....
adakah anda tahu bahawa....
1) kelajuan kapal dagang adalah 15++ knot hingga 20++ knot jer...amat laa perlahan..km/h? convert sendiri yer.. (1 kts= 1.852km)
2) Proses bunkering or dengan ayat senang nye isi minyak kapal amek mase 6-8 jam bergantung kepada keadaan dan melibatkan jumlah pembayaran yang bole mencecah 300 ribu USD...almost rm1 juta tuh untuk sekali bunker..
3) 30++ orang jumlah crew di atas kapal dagang adalah dianggap ramai..
4) perjalanan dari singapore ke europe mengambil masa sebulan untuk sampai dan sebulan untuk patah balik...lame woo~.. (klau malaysia-Jepun pergi balik 14 hari)
5) setiap kali kapal berlabuh charge parking akan dikenakan oleh pelabuhan tersebut dan boleh mencecah rm1 juta ringgit untuk sehari bergantung kepada jenis kapal dan tahap bahaya cargo yang dibawa..
6) sesebuah kapal terbahagi kepada 3 department iaitu deck department, engine department dan catering department.
7) gaji pelaut malaysia adalah dikecualikan dari cukai pendapatan..ohohoh..agak seronok disitu...
8) officer di atas kapal perlu mempunyai asas teknik memadamkan kebakaran dan mampu memberikan rawatan kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan seperti menjahit luka etc kerana tiada doktor di atas kapal..maka kami lah doktor kamilah bomba..
9) waktu di atas kapal boleh jadi 23 jam dan 25 jam sehari..disebabkan berlaku penguduran ataupun penolakan masa mengikut zon kawasan...
10) surau di atas kapal jugak mempunyai kiblat 360 degree yang berubah2 mengikut keadaan..jadi mau solat kena cek kiblat dulu yaa..(kerja kadet la ni)
11) Officer untuk syarikat perkapalan malaysia dibenarkan untuk membawa isteri mereka..anak tak bleh laa...isteri sahaja yer...
12) Drill untuk syarikat perkapaln malaysia akan diadakan setiap minggu bagi melatih crew dalam menghadapi perrsediakan jika berlaku kecemasan.
13) Kadet Deck dan Engine akan menjalankan practikal selama 12 bulan diatas kapal.
14) Rank tertinggi bagi deck department ialah Kapten engine Chief Engineer!!
15) Sukan popular di atas kapal adalah pingpong dan futsal.
16) Kebanyakan orang-orang kapal belajar di ALAM!!!!!!!!!!!!!!
Rasenye cukup laa dulu kot serba sedikit perkongsian info yang dapat penulis kongsikan bersame berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu penulis...sebarang komen atau pembetulan oleh mereka2 yang lebih otai amat dialukan.....
0 comment:
Post a Comment