Thursday

Terms orang kapal gunakan


Hari ni Jumaat balik je sembahyang Jumaat terniat nak tulis sedikit entry...dah lame x berblogging so arini nak share terms2 yang digunakan oleh orang kapal....


Aft station = Bahagian belakang kapal/bahagian buritan kapal(digunakan ketika announcement stand-by mooring)

Frwd station = bahagian depan kapal (digunakan ketika announcement stand-by mooring)

EHQ (emergency Head Quarter) = Seperti balai bomba,disini adanya BA sets,lifeline,axe,fireman suit,tempat ini senang cakap macam balai bomba

Bosun Store = Tempat simpan barang-barang kerja budak-budak rating seperti tali, jet chisel dan barang-barang kerja untuk bosun. Dimiliki dan di jaga oleh bosun sepenuhnya.

Paint Store/shop = Tempat Simpan cat (interbond,interlack,intergard dan lain2)

Gangway = Tangga yang boleh diturunkan secara manual/mechanical untuk pilot naik atau digunakan ketika kapal alongside sewaktu di port.


contoh gangway

Poop deck = Bahagian belakang Deck kapal

Mooring winch = Drum yang digulungkan dengan Wire/tali digunakan sewaktu kapal alongside diikat pada berth dolphin.


Contoh mooring winches

Mast Riser = untuk keluarkan excessive pressure dalam tank. (commonly fitted on Tanker ship)

Rating = crew kapal atau kelasi kapal. supervise by Bosun atau Oiler.

Mess room = Tempat lepak santai bagi anak-anak kapal setelah penat bekerja.

Anchor = Sauh.



Galley = Tempat masak macam dapur la tapi kat kapal dipanggil galley.

Officer saloon = Tempat makan rasmi bagi officer dan engineer.

CCR = Atau nama panjangnya Cargo Control Room. Disinilah tempat penting proses Loading atau discharging. Tempat yang amat penting untuk C/O.

ECR = Engine Control Room. Tempat untuk engineer control bahagian-bahagian engine.

Bridge = Rumah kemudi untuk navigate kapal.

Muster Point = Tempat berkumpul ketika berlakunya kecemasan.


Medical chest = Tempat simpan ubat.

Ballast Tank = Ruang untuk diisikan air untuk stability kapal. Proses ballast atau de-ballast dilakukan ketika di port.

Cargo tank = Ruang untuk diisi minyak ataui gas di panggil cargo tank.

Cofferdam = Ruang di antara cargo-cargo tank.

Pilot = Orang yang akan alongsidekan kapal kerana dia lebih arif tentang keadaan perairan di kawasan perlabuhan tersebut.(berbeza dengan pilot kapal terbang) Dia juga akan berkomunikasi dan memberi arahan kepada tug bot .

Sekian dahulu..nanti ade apa2 yang terlintas dalam kepala aku tuliskan lagi kepada orang-orang kapal yang nak sumbangkan idea dialu-alukan =)

2 comment:

pilot ni biasa kapten ke? teruk keje dia?

tambah lah lagi en...dah lama tak dengar bahasa macam gitu...

Post a Comment

Site Search