Wednesday

Kejuruteraan lauu (marine engineering)

Kini terdapat banyak institusi yang menawarkan diploma atau sijil dalam bidang kejuruteraan perkapalan di Negara ini. Malah ada yang menawarkan sehingga ke peringkat ijazah muda. Walaubagaimana pun terdapat dua institusi di Malaysia yang menawarkan kursus-kursus bagi melayakkan seseorang itu menjadi seorang jurutera laut. Selain daripada jabatan kejuruteraan perkapalan di Politeknik Ungku Omar, terdapat sebuah lagi institusi pengajian yang terus berkembang iaitu Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Melaka.


Selain daripada mengikuti kursus-kursus di jabatan para pelajar kejuruteraan perkapalan perlu mengikuti latihan industri dan latihan laut selama hampir 2 hingga 3 tahun pada mulanya kepada 2 semester kini. Semasa latihan laut para pelajar perlu menjalani latihan di atas kapal selama 6 bulan minimum untuk diperakui dan memperolehi lesen pelaut (seaman card) atau ‘certificate’ pelaut seperti yang diperuntukkan di dalam ‘Seaferer’s training, Certification and Watchkeeping Code’ atau STCW 1995 oleh ‘ International Maritime Organization (IMO).

Seterusnya sebelum pelajar menamatkan pengajian di Politeknik Ungku Omar, mereka perlu menduduki kursus-kursus modular peringkat lanjutan iaitu;

  1. Basic personal survival techniques at sea.
  2. Basic fire prevention and fire fighting at sea.
  3. Basic personal safety and social responsibility.
  4. Proficiency in survival craft and rescue boat.
  5. Medical first aid.
  6. Shipboard management.

Kursus-kursus yang ditawarkan

- Diploma Kejuruteraan Perkapalan

- JKP juga aktif menjalinkan hubungan kolaborasi melalui kursus Time Sector Privatization (TSP) dengan:

· Universiti Kuala Lumpur (UniKL-MIMET)

· Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

· Pelita Akademi

3 comment:

salam..bolah tanya.saya seorg lepasan spm,tetapi tidak mengambil subjek metematik tambahan dan fizik.adah kah saya layak memasuki ALAM.?

salam...saya pelajar dari POLISAS,Kuantan.saya mengambil kursus kejuruteraan awam.soalan saya,setelah saya mendapat diploma dlm kejuruteraan awam,boleh ke saya tukar ke kejuruteraan perkapalan di ALAM,dan apakah syarat-syarat nya..

@amri92..
aku penah jugak contect ALAM.. aku diploma elektrik kat unisel.. aku ingat nak sambung degree kat ALAM.. tapi AlAM hanye ade diploma je.. tapi ade lah gak kursus yang lain berkaitan perkapalan yg kite boleh sertai.. :)

Post a Comment

Site Search