Tentang Blog Pelaut Malaysia
Visi utama blog ini diwujudkan bagi menghubungkan semua pelaut-pelaut di Malaysia di bawah satu medium online. Misi kami untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pelaut, dalam dan luar negara, berkongsi apa sahaja info berkaitan kehidupan pelaut terutamanya kepada orang ramai bagi membuka mata mereka tentang kerjaya yang dianggap mencabar ini.
Sektor perkapalan penggerak ekonomi dunia
Tahukan anda perkapalan merupakan sektor paling penting bagi sesebuah negara. Hampir 90% daripada perpindahan cargo dari sebuah negara kenegara yang lain menggunakan kapal. Walaupun kerjaya kapal tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi sektor perkapalan merupakan nadi ekonomi utama bagi Malaysia.
Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM
Di Malaysia sekrang terdapat banyak pusat latihan perkapalan antaranya ALAM, RANACO,PELITA dan banyak lagi. ALAM atau Akademi Laut Malaysia merupakan pusat latihan perkapalan yang pertama di Malaysia. Disini pada mulanya anak-anak Malaysia memulakan kerjaya sebagai seorang penakluk samudra yang berjaya.
Friday
Hot review
- Malaysia juara piala AFF Suzuki 2010
- Banjir di Utara Semenanjung Malaysia
- 7 lukisan paling terkenal di dunia
- Piala Malaysia 2010
- Sejarah Tunku Abdul Rahman
- Kronologi pembunuhan Sosilawati
- Kekayaan sultan Brunei
- Harga petrol,minyak,gula naik
- Fakta yang menarik untuk anda
- Makanan segera dan pengasasnya
- Sijil halal segera JAKIM semperna Ramadhan 2010
- Adolf Dassaler pengasas Adidas
- Fakta piala dunia 2010
- Sejarah Adolf Hitler
- Tip memilih kaca mata yang sesuai
- 10 sites paling popular di Malaysia
- Kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia
- Orang terkaya di Malaysia
- Jadual perlawanan piala dunia 2010 waktu Malaysia
- Kapal bantuan ke Gaza diserang Israel
- Pemain bola sepak dan isteri
COC
- Re-seat Oral MARDEP 2010
- How to apply certificate of competency online
- Grade of Malaysia certificate of competency
- Malaysia certificate of competency
- Requirement for Malaysia certificate of competency
- Master more than 3000 GT NC
- Chief Mate more than 3000GT NC
- Master 500-300 GT NC
- Chief Mate 500-300 GT NC
- WKO more than 500-300 GT NC
- Master less 500-300 GT NC
- WKO less than 500-300 GT NC
- Master domestic
- Mate domestic
Jawapan dari E-mail yang diterima

Saya Normah Aziz dan sudah berumur 21 tahun dan akan tamat pengajian pada bulan mei ini dalam diploma perakaunan...Saya amat tertarik dan ingin menjadi sebahagian daripada ALAM ini..Adakah saya layak untuk melanjutkan pengajian di ALAM pada tahun hadapan dan seterusnya menyambung ijazah atau pun saya kena ambil kursus kadet atau sebagainya semula untuk diploma??Adakah di sana terdapat kursus-kursus yang sesuai dengan level saya atau sebaliknya??
JAWAPAN:-
ALAM hanya menawarkan diploma dalam bidang Diploma in Nautica Study(DNS) ataupun Diploma in Marine Engineering (DME). Jika anda ingin belajar di ALAM, anda perlu mengikuti semula kursus kadet tersebut dalam bidang Diploma bermaksud Diploma anda dalam bidang perakaunan sebelum ini tidak membawa apa2 makana (xlaku untuk memohon ALAM) anda perlu apply semula menggunakan sijil SPM. Kursus kadet di ALAM dalam jangka masa 3 tahun.
soalan saya berapa ramai pengambilan untuk untuk ambilan 2010.
selepas tamat latihan adakah syarikat kapal pasti akan ambil dan terus terus bekerja??
berapakah gaji minima semasa permulaan kerja dan pangkat??
JAWAPAN:-
Berapa ramai itu bergantung kepada permintaan dari agensi-agensi syarikat tempatan yang memerlukan engineer commonly pelajar bridging marine engineering akan menjadi electrician engineer di atas kapal. Anda akan terus bekerja dalam syarikat berkenaan dan gaji minimum bagi electrician engineer rm4500 (bergantung kepada syarikat anda)
Syahmi shukrie
soalan saya.
1)bolehkah saya mencari penaja lain selain MISC.
2)bagaimana saya boleh mencari penaja dari syarikat perkapalan yang lain??
JAWPAN:-
Tahniah kerana berjaya melayakan diri belajar di ALAM.Untuk pertanyaan soalan anda adik tidak boleh menukar sponsor yang telah anda terima. Anda sama sekali tidak boleh mencari penaja dari syarikat lain disebabkan anda telah menerima tajaan dari MISC.
Saya ingin bertanya la.saya ni lepasan spm tahun 2005.tahun 2006 saya ada dapat surat pegi interview untuk ALAM.tp saya tak pergi sbb dah masuk kolej swasta buat diploma mechanical engineering,tp diploma kolej tuh tak berapa nak laku..so,saya ingin kembali ke pangkal jalan,nak masuk alam,sebab memang daripada dulu minat nk masuk ALAM.. Bagaimana saya nak mohon masuk alam?Sila bagi tunjuk ajar.. JAWAPAN:- Kemasukan ALAM adalah dari umur 17-23 tahun.Jika anda masih berminat saudara boleh berbuat demikian dengan terus memohon sekiranya iklan keluar melawati website ALAM atau akhbar. Asmawi saya ingin tahu mcm mane syarat2 nak masuk kursus alam nie dan bila tarikh pengambilan ...saya nak kerja sebagai kelasi kapal...umur saya sekarang dah masuk 27 tahun adakah saya layak lagi nak minta kerja sebagai kelasi kapal nie... JAWAPAN:- Bagi kelasi course mereka selama 3 bulan di ALAM. Mereka disebut sebagaiRating.Selalunya mereka akan dipilih melalui di IKBM, IKM dan sebagainya. Terdapat 3 course yang ditawarkan iaitu deck, engine dan catering. Jika berminat anda boleh terus menghubungi pihak terus ALAM dan bertanyakan tarikh pengambilan rating kerana course ini tidak sama dengan couse tajaan Kadet. Rafidah Fidah Salam. Saya ingin tahu maklumat lanjut mengenai prospek kerjaya, peratus pengambilan yang berjaya ditemuduga dan pembelajaran diploma kejuruteraan maritim. Harap dapat memberi maklumat berkenaan perkara tersebut. Terima kasih. JAWAPAN:- Prospek kerjaya sememangnya di atas kapal. Ada akan disponsor oleh mana-mana syrikat perkapalan dalam adau luar negara.Peratusan pengambilan ALAM bergantung juga sebagai contoh Batch DNS 010 memiliki paling ramai kadet dalam sejarah pengambilan ALAM iaitu hampir 200 kadet (bagi jurusan Diploma in Nautica sahaja tidak termasuk Marine Engineering) dan untuk DNS 012 hanya 100 Kadet sahaja. Ini bergatung kepada syarikat-syarikat perkapalan yang mahu menaja kadet. Diploma kejuruteraan Marine akan ditempatkan di Batu Rakit, Terengganu bukan di main campus Sg.Baru Melaka. Program ini selama 3 tahun (diploma) iaitu sehatun di ALAM tahun kedua belayar dana tahun ketiga di Akademi semula. Redzuan Mohamed salam sejahtera.saya redzuan berusia 17 tahun dan berminat untuk menyertai akademi laut.Saya ada beberapa soalan iaitu : 1.Bagaimana caranya hendak menyertai ALAM? 2.Adakah ia susah hendak menyertainya? 3.Saya tidak pandai berenang,adakah saya layak? 4.Saya tidaklah berbadan Sasa,adakah layak?JAWAPAN:- 1) Selepas mendapat keputusan percubaan SPM anda perlu alert kerana iklan kemasukan ALAM hanya akan di siarkan sekali sahaja di dalam Akhbar. 2) Susah atau tidak bergantung kepada keputusan SPM anda danLuck anda ketika interview nanti. 3) Layak.Selepas memasuki ALAM kursus renand akan diadakan. 4)Layak.Tetapi perlu berada dalam range BMI yang dikehendaki oleh ALAM. |
Frequent ask question about ALAM

1) What is ALAM?
ALAM is the abbreviation for Akademi Laut Malaysia or Malaysian Maritime Academy, a
maritime institution which trains SPM leavers to become deck officers or marine engineers
onboard merchant ships.
2) Where is ALAM situated?
ALAM Main Campus is situated at Kuala Sungai Baru, overlooking the busy straits of
Melaka; approximately 148km south of Kuala Lumpur and 152km north of Singapore.
ALAM branch campus is located at Batu Rakit, Terengganu. The Melaka campus conducts
the Diploma in Nautical Studies programme whereas the Terengganu branch campus
conducts the Diploma in Marine Engineering programme.
3) Can applicants with STPM, Diploma and Degree apply for the cadetship programme?
Yes, they are encouraged to apply as long as they meet the entry requirements.
4) Can female students join ALAM?
Yes, ALAM has opened its doors to female students since 2006. Female students now have
the same opportunity as the male students.
5) Is ALAM similar to the Royal Navy?
No, ALAM trains our students to become seagoing professionals sailing onboard merchant
ships whereas the Royal Navy trains their candidates to serve and protect the country.
6) What are the cadetship programmes offered by ALAM for SPM leavers?
• Diploma in Nautical Studies
• Diploma in Marine Engineering
7) What is the duration for the cadetship programmes?
3 years for both Diploma in Nautical Studies and Diploma in Marine Engineering
8) Are all the students studying at ALAM fully sponsored?
Yes, all students who passed the interview process, medical check up and the orientation
programme will be fully sponsored by shipping companies, government agencies, port
operators, oil/gas companies or offshore oil and gas marine support vessels operators.
However, the students who do not get sponsorship can opt to pay on their own.
9) What will the sponsorship cover?
The sponsorship will cover the tuition fees, accommodation, meals, uniform, books, monthly
allowance and the modular courses.
10) Will the students be bonded and how long is the contract?
Yes, the students will be bonded and the contract differs from one sponsor to another but in
the range of 8 – 10 years.
11) Can the students opt to self sponsor?
Yes, students who do not get sponsorship can opt to pay on their own.
12) What would be the cost if students self sponsor?
The cost for the whole duration of 3 years is RM70,000.
The interview process will include:-
i) Colour blind Test
ii) Written test in English Language, Mathematics and Physics
iii) Psychometric Test
iv) Structured Interview
Upon getting through the interview process and the medical check-up, the candidates will
have to undergo a 3-week Induction Programme at ALAM.
14) What is the medium for all studies at ALAM?
All studies will be in English Language.
15) Must all students sail after finishing their studies at ALAM?
It will depend on who are their sponsors. However, majority of the students will have to sail
until they have fully served their contract with the sponsors. They may opt to work shore base
thereafter.
Lanun Somalia di bawa bicara di Malaysia
Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kesemua mereka yang kini dalam perjalanan dijangka tiba di Pelabuhan Klang.
"Sebaik tiba mereka akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya
Dalam kejadian serang lanun tersebut, ATM berjaya menyelamatkan MT Bunga Laurel selepas dua jam ia ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman.
Misi menyelamat itu dilakukan bersama oleh kapal bantuan dan tugas-tugas khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 di dalam Operasi Fajar yang ditugaskan memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel ketika ia melalui perairan Teluk Aden.
Kira-kira pukul 11.40 malam pada hari Jumaat tersebut, kapal dagang itu yang disewa MISC Berhad telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan AK-47 dan pistol.
Namun seramai 23 anak kapal dagang berkenaan berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan manakala kesemua tujuh lanun itu berjaya ditahan dan tiga daripada mereka turut cedera.
Ahmad Zahid berkata kesemua lanun itu berada dalam jagaan yang baik oleh ATM termasuk memberi rawatan kepada lanun yang cedera.
"Walaupun kita tahu mereka lanun dan dari segi perundangan kita tidak akan berkompromi, namun dari segi kemanusiaan kita beri layanan sewajarnya termasuk menjaga makan minum mereka," katanya.
Diminta mengulas tentang kenyataan Tentera Laut Kesatuan Eropah bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan yang serupa yang dilakukan oleh ATM kerana menganggap serbuan seumpama itu boleh membahayakan nyawa tebusan, Ahmad Zahid: EU harus menghormati cara kita sebagaimana kita menghormati cara mereka."
Beliau berkata ATM telah mengambil tindakan awal dari segi pencegahan bagi memastikan pihak lanun tidak menjadikan anak kapal sebagai tebusan.
About ALAM
![[alamc.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioqO4r6OwAq4W-VMKuetHCNCYACqQj_Tb-0cbdMyUulsrFbf7NwpPfjWh0VHe3FC1hkHivTE-NxX76fABTE1HrFz41WDj0O_ZJNFj0RCvbZALwm_icTw5YlrYVNxQxb9hay28rDO6xedE/s1600/alamc.gif)
On 15 August 1981, MTC was subsequently upgraded to academy status and thus named ALAM, short for Akademi Laut Malaysia (Malaysian Maritime Academy). On 1 January 1997, ALAM was privatised to Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd (MMA).
ALAM, the nation's premier maritime education and training establishment, has since been designated as a Branch Campus of the World Maritime University, Malmo, Sweden and has also established formal alliances with other leading maritime education and training institutions in Australia, Norway, The Netherlands, Singapore and The United States of America.
As we seek for a positive avenue for future growth and success, we continue to establish partnerships that will propel us forward as aspirants of world-class maritime education excellence.
Sunday
Malaysia juara piala AFF Suzuki 2010

Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 selepas menang menerusi agregat 4-2. Dalam perlawanan tadi, Malaysia yang telah berjaya memperoleh kelebihan 3 gol di Bukit Jalil Ahad lepas lebih banyak bertahan dengan sesekali melakukan serangan balas pantas ke gawang Indonesia. Indonesia hampir mendahului Malaysia menerusi sepakan penalti Firman Utina tetapi Khairul Fahmi Che Mat berjaya meneka dengan tepat tendakan kapten Indonesia itu.
Pada babak kedua, Safee Sali menceriakan seluruh penyokong Malaysia apabila menjaringkan gol pendahuluan buat Malaysia apabila lorongan cantik daripada Ashaari Shamsuddin berjaya disudahkan dengan cantik oleh Safee Sali.
Pasukan Indonesia nampak lebih bersemangat menyerang kubu Malaysia selepas itu dan hasilnya M Nasuha menyamakan kedudukan buat Indonesia dan gol M Ridwan memberikan kemenangan buat Indonesia sekaligus mengekalkan rekod 100% kemenangan di tempat sendiri.
Penjaring terbanyak : Safee Sali (5 gol)
Pemain terbaik kejohanan : Firman Utina (Indonesia)
Juara Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia
Ucapan Tahnia dari Rio Ferdinand

Friday
Theme pirate dari google

Semua orang tahu google sering bertukar-tukar themenya. Just nak reviewpada kali ini semasa ingin search blog Alam, Akademi Laut Malaysia tiba tiba sangt terpegun melihat theme di atas.
Lanun.....
Ya bak kata orang putih theme Pirate. Lanun sememangnya sinonim dikaitkan dengan laut dan kapal. Mengimbas kembali kisah lanun Somalia yang pernah menahan kapal dagang Malaysia syarikat MISC iaitu kapal MV Melati untuk mendapatkan tebusan dari pihak syarikat. Dari segi pegalaman memang masih belom pernah di tahan oleh lanun sepanjang karier pelaut ini, tetapi masa akan datang kita sendiri pun tidak tahu.
"One Piece" pernah anda dengar? Mungkin bagi peminat manga ini one piece merukapan cerita manga terbaik mereka. Yala, merupakan world 1 manga fan yang mempunyai peminat paling ramai di dunia. Kisah berkenaan seorang budak getah yang telah memakan buah setan iaitu Luffy yang ingin menjadi " Pirates King"....Berlayar menuju new world bersama nakamanya dan menghadapi banyak cabaran dan dugaan. Begitu juga bagi seafarer atau pelaut yang banyak bekorban meninggalkan anak bini semata-mata untuk mencari rezeki.
PROUD TO BE SEAFARER
Saturday
Banjir di Kedah
Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya berkata sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.
Sementara itu beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.
Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14m).
Di Padang Terap antara yang terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.
Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 15.50m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.97 (paras bahaya 33m). - Bernama












