Sunday

Malaysia juara piala AFF Suzuki 2010




Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 selepas menang menerusi agregat 4-2. Dalam perlawanan tadi, Malaysia yang telah berjaya memperoleh kelebihan 3 gol di Bukit Jalil Ahad lepas lebih banyak bertahan dengan sesekali melakukan serangan balas pantas ke gawang Indonesia. Indonesia hampir mendahului Malaysia menerusi sepakan penalti Firman Utina tetapi Khairul Fahmi Che Mat berjaya meneka dengan tepat tendakan kapten Indonesia itu.

Pada babak kedua, Safee Sali menceriakan seluruh penyokong Malaysia apabila menjaringkan gol pendahuluan buat Malaysia apabila lorongan cantik daripada Ashaari Shamsuddin berjaya disudahkan dengan cantik oleh Safee Sali.

Pasukan Indonesia nampak lebih bersemangat menyerang kubu Malaysia selepas itu dan hasilnya M Nasuha menyamakan kedudukan buat Indonesia dan gol M Ridwan memberikan kemenangan buat Indonesia sekaligus mengekalkan rekod 100% kemenangan di tempat sendiri.

Penjaring terbanyak : Safee Sali (5 gol)

Pemain terbaik kejohanan : Firman Utina (Indonesia)

Juara Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia


Ucapan Tahnia dari Rio Ferdinand


0 comment:

Post a Comment

Site Search