Tentang Blog Pelaut Malaysia

Visi utama blog ini diwujudkan bagi menghubungkan semua pelaut-pelaut di Malaysia di bawah satu medium online. Misi kami untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pelaut, dalam dan luar negara, berkongsi apa sahaja info berkaitan kehidupan pelaut terutamanya kepada orang ramai bagi membuka mata mereka tentang kerjaya yang dianggap mencabar ini.

Sektor perkapalan penggerak ekonomi dunia

Tahukan anda perkapalan merupakan sektor paling penting bagi sesebuah negara. Hampir 90% daripada perpindahan cargo dari sebuah negara kenegara yang lain menggunakan kapal. Walaupun kerjaya kapal tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi sektor perkapalan merupakan nadi ekonomi utama bagi Malaysia.

Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM

Di Malaysia sekrang terdapat banyak pusat latihan perkapalan antaranya ALAM, RANACO,PELITA dan banyak lagi. ALAM atau Akademi Laut Malaysia merupakan pusat latihan perkapalan yang pertama di Malaysia. Disini pada mulanya anak-anak Malaysia memulakan kerjaya sebagai seorang penakluk samudra yang berjaya.

Showing posts with label KEHIDUPAN PELAUT. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN PELAUT. Show all posts

Wednesday

Pelaut wanita dan Kapten perempuan terkenal



Dunia pelaut selalunya menjadi milik kaum lelaki. Memang wajar, mengingat kerasnya hidup di atas kapal laut selama berbulan-bulan, ditambah cabaran alam seperti badai yang boleh menyerang tiba-tiba.
Siapa sangka, sesungguhnya ada wanita-wanita hebat yang tercatat sebagai pelaut ulung. Jom kita tengok siapa antara pelaut wanita anatara kalangan pelaut yang hebat.

 

1. Grace Malley (1530 – 1603)

Dianggap salah satu pelaut wanita terbaik di dunia, wanita kelahiran Ireland ini menjadi pelaut secara keturunan selepas kematian ayahnya. Tapi ketika dia melakukan itu, dia tidak hanya turun ke laut untuk melakukan apa yang ia cintai, tetapi juga untuk membuktikan kepada dunia bahawa dia hanya ingin membuktikan bahawa dialah yang terbaik dari semua rakan-rakan lelakinya yang juga pelaut.

Sejarah dunia mencatatkan Grace sebagai perempuan ”bijak laut” terhebat dunia. Tidak ada yang menyangkal kenyataan bahawa kemahiran berlayarnya lebih baik daripada kebanyakan lelaki pelaut pada waktu itu, maka hal itu akan membuatnya menjadi pelaut terkenal.




2. Skipper Thuridur

Thuridur Einarsdottir lahir tahun 1777, terkenal sebagai kapten nelayan wanita dari Iceland.Di usia 11 tahun, ia mula ikut berlayar dengan ayahnya. Sejak itulah kerjayanya sebagai pelaut bermula.




Dia berjinak ke laut dalam cuaca yang sangat mencabar semakin membuat namanyaterkenal, jolokan ”Skipper” sebagai penanda buku Thuridur adalah seorang kapten (Skipper = kapten) Kerjanya terus sehingga bersara di usia 63. Keunikan Thuridur lain, ia juga mempunyai anak-anak kapal yang juga dari golongan wanita. Begitu hebatnya Thuridur, namanya tetap dikenang sampai sekarang. Replika kabin kapalnya bahkan dibuat di tempat kelahirannya, Stokkeseyri untuk mengenang kehebatannya.

3. Krystyna Chojnowska- Liskiewicz

Pada 21 April 1978,sejarah tercatat yang tidak pernah dilupakan di dunia.Krystyna Chojnowska-Liskiewicz, lahir 15 Julai 1936 di Poland adalah pelaut wanita pertama yang belayar sendirian (solo) di seluruh dunia. Dia belayar dari Kepulauan Canary padatarikh 28 Februari 1976, dan kembali pada tarikh 21 April 1978, menghabiskan perjalanan mengelilingi dunia dengan jarak 31.166 batu laut (57.719 km) dalam 401 hari.





4. Naomi James

Naomi James lahir di New Zealand di sebuah ladang penternakan, dan tidak tahu bagaimana caranya untuk berenang sehingga usia 23 tahun. Namun dia berjaya memecahkan rekod dunia dengan belayar sendirian (solo) mengelilingi dunia selama 272 hari. Dia belajar belayar dari suaminya sendiri, Rob James yang menikahinya setelah dia kembali dari perjalanan mengelilingi dunia itu.





5. Kay cottee 

Khabarnya, Kay disebut sebagai pelaut wanita terbaik zaman sekarang. Pelaut wanita berasal dari Australia ini membuat dunia melihat kehadirannya dari perjalanan keliling dunia dengan belayar sendirian (solo) dalam masa 189 hari. Pelayaran dalam masa 189 hari itu mencipta namanya menjadi pelaut wanita utama yang berjaya mengelilingi dunia dengan belayar sendirian.





6. Laura Dekker 

Di abad ke-21, mungkin Laura Dekker boleh dikataka sebagai pelaut wanita termuda yang belayar mengelilingi dunia seorang diri. Bayangkan, ketika itu usianya baru 16 tahun. Sebagai seorang remaja perempuan dari Belanda, Laura tiba di kepulauan Caribbean, SaintMaarten, Sabtu 21 Januari 2012 satu tahun dan satu hari, setelah ia memulakan pelayaran dengan kapal bersaiz 11×5 meter, yang ia beri nama Guppy.


Remaja Belanda ini merayakan ulang tahun selama perjalanan. Perjalanan mengelilingi dunia ini sempat ditentang oleh jabatan pendidikan Belanda. Alhasil, Guinness World Records menolak untuk mengakui pelayaran itu kerana tidak mahu memancing anak-anak muda lain mengambil risiko.Yang menarik, Laura Dekker sendiri lahir di kapal dan pada usia enam tahun ia telah berlayar melintas tasik seorang diri. Pada usia 13 tahun, ia berlayar dari Belanda ke Inggeris. Ia kemudian memutuskan untuk mencari cabaran lain dengan belayar keliling dunia seorang diri.

Orang tua Laura pada mulanya menolak tetapi akhirnya bersetuju untuk menyokong permintaannya. Kerajaan Belanda sempat mengajukan kes ini ke mahkamah yang memutuskan untuk mencegah rencana Laura ini kerana ia terlalu muda untuk belayar dilautan seorang diri.Setelah berjuang lama melalui proses undang-undang, Laura akhirnya memenangi hak untuk belayar secara solo.

Pelaut banyak duit, mitos atau kenyataan

Duit bukalah segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit.

Sebenarnya mitos ini dikatakan sedikit benar dan juga dikatakan kurang tepat. Mengapa dikatakan sedikit benar ?


Pelaut bukan “Bergaji besar” namun “Bergaji sedikit lebih besar” mengapa? Salah satu jawabanny karana pelaut harus menanggung risiko seperti Mabuk laut, suasana pekerjaan yang cukup berisiko, dan Jauh dari keluarga. Tapi dapatkah orang yang berkerja didarat membayangkan apakah yang kita lakukan ketika menyambut hari ulang tahun, hari perayaan, bagaimana seorang pelaut mengatasi kerinduan terhadap keluarga, dan org yang tersayang?

Inilah kisah kehidupa seorang pelaut, seharusnya seorang pelaut harus mencintai perkerjaannya sebagai pelaut, kerana jika kita mencitai sesuatu kerjaya, segala kesulitan dapat diatasi dengan mudah.

Kerjaya pelaut bukan semudah yang disangkan oleh mereka yang tidak pernah merasai sendiri pengalaman naik kapal.

Lalu mengapa mitos mengatakan “pelaut bergaji besar” juga dapat dikatakan salah?
Didalam sesebuah kapal terdapat beberapa department iaitu deck, engine dan masakan.Bayangkan gaji kapten ngn gaji OILER atau AB, sungguh jauh berbeza, tapi kenapa mahu menjadi seorang pelaut ?? kerana MINAT atau mugkin "lagi bagus dari tak berkerja"

Untuk berjaya bukan ia semudah memetik jari, tapi kita sebagai manusia harus berusha untuk mencapai kejayaan, seorang kepten pon takkan dapat menjadi kapten kalau dia tak mula dari mengetok KARAT DI DECK.

Seks bagi pelaut

Kehidupan seks bagi pelaut amat berbezaberbangding kehidupan mereka diluar sektor perkapalan terutamanya. 
(sekadar gambar hiasan)

Sedikit perkongsian info agama, berkisar tentang bagaimana kehidupan seks bagi pelaut yang berbulan-bulan mahupun bertahun di lautan tanpa mendapat seks yang halal dari pasanganya (isteri). Di sini persoalan yang mungkin dapat merungkai persoalan pelaut Malaysia, malahan mungkin persoalan ini juga bermain difikiran para isteri pelaut.

Satu soalan ditanya kepada seorang ustaz:

Assalaamu'alaikum wr wb

Ustaz yang saya hormati, semoga ustaz sekeluarga dilimpahi keberkatan dari Allah SWT. Dan semoga sentiasa diberi kesihatan agar dapat berdakwah dan mengembangkan syariah islam. Disini saya ada beberapa soalan yang mana mungkin agak jarang didengar kerana bidang pekerjaan saya agak sedikit berbeza dengan orang lain.

Soalan saya:

1. Bagaimana kehidupan seks pelaut (yang belayar kapal berbulan-bulan) atau musafir yang mereka sampai berbulan-bulan meninggalkan isteri dirumah? Adakah dengan onani menjadi halal bagi mereka? Kerana pelaut kebanyakan merantau berbulan-bulan diatas kapal untuk mencari rezeki yang halal untuk anak dan ister.

2. Bagaimana pula dengan para sahabat yang sering bertugas berdakwah atau berperang dalam masa yang lama?




JAWAPAN:-

Waalaikumusalam ' warahmatullahi wabarakatuh,

Barangkali kalau hanya sekadar bekerja di luar negeri tetapi menetap di suatu tempat, masih ada beberapa alternatif penyelesaian. Tetapi yang agak sukar keadaannya bagi para pelaut yang belayar di lautan seperti yang anda sebutkan sebagai contoh.

Pelaut sememangnya bekerja di tengah-tengah lautan dan terus berpindah dari satu negara ke negara-negara lain. Keadaanya sama sekali mustahil untuk membolehkan mengajak isteri dalam untuk mengikuti mereka, juga tidak mungkin untuk berpoligami di negara-negara lain, kerana sering berubah-berubah tempah dan negara sebab negara yang disinggahinya sangat banyak, tidak mungkin seorang pelaut berkahwin di semua negara yang disinggahinya.

Walaubagimanapun kesempatan untuk pulang bercuti, waktunya memang pasti tidak terlalu lama (sama ada 1-3 bulan mengikut company). Tidak mungkin boleh memenuhi keperluan seksual yang mana barangkali diperlukannya suatu masa.

Berbeza dengan pelajar atau pekerja yang menetap di suatu bandar. Masih mungkin bagi mereka untuk berkahwin secara rasmi dengan wanita tempatan, atau mengajak isteri tinggal di luar negeri.


Mengikut kajian seks yang tidak betul akan mempengaruhi kehidupan individu terbabit.

Hukum Onani

Umumnya para ulama sepakat untuk mengharamkannya, dengan pelbagai dalil yang mereka kemukakan. Salah satunya adalah ayat Quran berikut ini:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas . (Surah Al-Mukminum: 5-7)

Ayat ini dapat kita simpulkan, bahawa haram hukumnya mendapatkan kenikmatan seksual kecuali dari isteri atau wanita yang dihalalkan Allah. Sedangkan bila kenikmatan itu didapati di luar dari kedua-dua orang di atas, maka hukumnya dilarang.

Namun Al-Imam Ahmad memberikan pengecualian mengikut fatwa dari Ibnu Abbas radhiyallahu a'nhu . Ibnu Abbas ra pernah ditanya oleh seorang pemuda tentang undang-undang beristimna '(onani), maka beliau menjawab:

نكاح الأمة خير منه, وهو خير من الزنا

Menikahi wanita lebih baik dari perbuatan itu (onani), tetapi (onani) lebih baik dari zina.


Pada waktu lain, beliau didatangi oleh seorang pemuda yang belum berkahwin.Pemuda itu menyatakan bahawa suatu saat dirinya dilanda nafsu seksual yang sangat hebat. Sampai akhirnya dia menggesek-gesekkan kemaluannya hingga terjadi inzal (ejakulasi). Ibnu Abbas kemudian berkata,

"Hal itu lebih baik dari zina."

Ada sebuah hadis yang secara terang-terangan menyebut tentang haramnyaistimna ' . iaitu

ناكح اليد ملعون

Menikahi tangan (onani) adalah perbuatan terlaknat.


Namun ternyata hadis ini dihukumi oleh sebahagian ulama sebagai hadis yang tidak ada dasarnya ( laa ashla lahu ).

Syeikh Said Ramadhan Al-Buthi, ulama besar Syria dan guru besar syariah, ketika ditanya tentang kes onani 'terpaksa' mengatakan bahawa kira-kira jalan tengah dari perbezaan dua pendapat ini bahawa bila seorang hampir tidak boleh terhindar dari zina dan hanya ada satu-satunya jalan untuk menghindarinya adalah dengan onani, maka onani itu lebih baik baginya daripada berzina. Ertinya, onani dibolehkan bagi dirinya kerana kecemasan.

Barangakali pendapat Syeikh Said Ramadhan Albuthi ini boleh dijadikan sebagai salah satu dasar fatwa untuk kes pelaut yang berbulan-bulan tidak 'bertemu' dengan isteri mereka.




p/s : Mungkin ada pelaut Malaysia, merasakan tidak berpuas hati dengan  pendapat diatas. Saya bukanlah orang yang arif dalam ilmu agama, pendapat diatas mungkin dapat dibincangkan lebih lanjut dengan guru-guru agama yang bertauliah. Saya sedakar menyampaikan info buat pelaut-pelaut Malaysia=)

Site Search