Tentang Blog Pelaut Malaysia

Visi utama blog ini diwujudkan bagi menghubungkan semua pelaut-pelaut di Malaysia di bawah satu medium online. Misi kami untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pelaut, dalam dan luar negara, berkongsi apa sahaja info berkaitan kehidupan pelaut terutamanya kepada orang ramai bagi membuka mata mereka tentang kerjaya yang dianggap mencabar ini.

Sektor perkapalan penggerak ekonomi dunia

Tahukan anda perkapalan merupakan sektor paling penting bagi sesebuah negara. Hampir 90% daripada perpindahan cargo dari sebuah negara kenegara yang lain menggunakan kapal. Walaupun kerjaya kapal tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi sektor perkapalan merupakan nadi ekonomi utama bagi Malaysia.

Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM

Di Malaysia sekrang terdapat banyak pusat latihan perkapalan antaranya ALAM, RANACO,PELITA dan banyak lagi. ALAM atau Akademi Laut Malaysia merupakan pusat latihan perkapalan yang pertama di Malaysia. Disini pada mulanya anak-anak Malaysia memulakan kerjaya sebagai seorang penakluk samudra yang berjaya.

Showing posts with label Keratan akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan akhbar. Show all posts

Friday

MISC Chennai office to tap seafarers


CHENNAI: MISC Bhd, the world’s leading shipping company, has anchored itself in this south Indian city to tap skilled maritime staff from India, presently the world’s largest seafarers supplying nation.

India supplies nearly 8% of seafarers for the world’s maritime industry with about 100,000 Indian nationals working on international merchant vessels.

“Currently, we have more than 8,000 sea-going professionals of whom about 25% are Indian nationals while the others consist of Malaysians, Filipinos and other nationalities,” said Capt Rajalingam Subramaniam, vice-president of Fleet Management Services of MISC in a statement.

On July 11, the shipping conglomerate opened its new office in India. Its other offices are in Mumbai and New Delhi.

“There is definitely a lot of scope for both new and experienced seafarers to grow and develop their profession in MISC,” added Rajalingam.

The Chennai office is operated by a three-way partnership between MISC, MISC Agencies India Pte Ltd and AET Shipmanagement (India) Pte Ltd.

The third office in Chennai was expected to bolster MISC’s liner business in India and also serve as a maritime staff recruitment centre, the statement said. — Bernama

MISC henti khidmat kontena Jun

Pakej pampasan munasabah akan diberi kepada pekerja tamat khidmat


MISC Bhd akan menghentikan satu daripada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan perkapalan kontenanya pada akhir Jun depan berikutan perubahan radikal dalam industri perkapalan serta kerugian besar yang sedang ditanggungnya dalam segmen berkenaan.

Perubahan corak dan keperluan perdagangan global telah menjejaskan model operasi masa kini pengendali kapal antarabangsa, justeru menyebabkan mereka berdepan kos operasi yang tinggi.

MISC dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, keputusan itu juga diperkukuhkan lagi dengan persekitaran sukar operasi yang menyaksikan perniagaan perkapalan kontena menanggung kerugian AS$789 juta (RM2.5 bilion) sepanjang tiga tahun lalu, sekali gus memberi kesan kepada prestasi kewangan keseluruhan MISC.
Katanya, punca perubahan itu disebabkan kini wujud tumpuan berlebihan terhadap saiz kapal bagi memaksimumkan skala ekonomi serta menjana kecekapan kos lebih tinggi.


MISC berkata, keperluan melabur bagi menyediakan kapal lebih besar itu muncul ketika kebanyakan pengendali kapal bergelut untuk menjana keuntungan.

Jelasnya, ia berikutan persekitaran kadar tambang yang rendah dijangka tidak akan pulih dalam tempoh terdekat ini kerana perkhidmatan dalam jumlah besar disediakan oleh kapal kontena baru.

“Tumpuan kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah menyediakan penyelesaian maritim dan pengangkutan untuk sektor tenaga, justeru menjadi sesuatu yang normal majoriti sumber kumpulan diperuntukkan untuk mengembangkan segmen perniagaan berasaskan tenaga.
“Berikutan jangkaan pelaburan yang besar diperlukan dalam industri perkapalan kontena, kos untuk kami kekal relevan dalam perniagaan ini tidak dapat ditanggung,” kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Nasarudin Md Idris dalam kenyataan berkenaan.

Selain perkapalan kontena yang menjadi antara perniagaan terasnya, MISC Bhd turut terbabit dalam perniagaan lain termasuk perkhidmatan baik pulih dan penyelenggaraan marin serta kerja kejuruteraan berkaitan minyak dan gas serta bidang pembinaan.

Syarikat itu juga adalah pemilik dan pengendali tunggal kapal tangki gas asli cecair (LNG) terbesar di dunia.

Pada Januari tahun lalu, MISC melaksanakan penstrukturan semula perniagaan perkapalan kontenanya apabila ia menghentikan perkhidmatan perdagangan Asia Timur-Eropah untuk memberi tumpuan semula kepada model Intra-Asia.

Keputusan itu diambil berikutan prospek pertumbuhan ekonomi lebih pantas dan besar di rantau Asia serta membolehkannya membina skala dalam perniagaan perkapalan kontena dan menyemak semula portfolio aset bagi menyokong model perniagaan baru itu.

Namun, perubahan pantas dalam industri, khususnya dari segi pelaburan apabila sektor itu dibelenggu lebihan kapasiti dan kadar tambang kontena yang lebih rendah berbanding kos operasi mengancam rancangan penstrukturan semula perniagaan perkapalan kontena kumpulan.

Faktor itu menyebabkan MISC memutuskan untuk menghentikan terus perniagaan terbabit.

MISC berkata, langkah menghentikan perniagaan perkapalan kontena itu akan menyebabkan ada pekerja akan diberhentikan.

“Kami akan menyediakan pakej pampasan munasabah kepada kakitangan terbabit yang akan dibuat berdasarkan keperluan tertentu di bawah pelbagai bidang kuasa.
“Syarikat akan menyediakan sokongan tambahan bagi membantu kakitangan yang terbabit menguruskan perubahan itu,” katanya.

Sementara itu, penganalisis industri berkata, langkah diambil oleh MISC itu perlu dilaksanakan kerana tinjauan industri perkapalan global secara umumnya adalah negatif disebabkan kedudukan tidak menentu dalam Indeks Baltic Dry, kemungkinan berlakunya kemelesetan global dan lebihan bekalan kapal.

“Kemungkinan berlakunya masalah besar dalam zon Eropah juga memberi tekanan tambahan kepada industri perkapalan,” katanya.

Site Search