Thursday

7 lukisan paling terkenal di dunia

Masyarakat Malaysia khususnya bukanlah satu masyarakat yang memandang tinggi seni lukisan berbanding seni yang lain terutamanya seni hiburan. Hal ini berbeza dengan ketamadunan lampau seperti semasa zaman kegemilangan Renaissance yang bertumpu di tempat-tempat seperti Tuscans, Venice dan Rome di mana banyak pelukis terkenal muncul seperti Leonardo Da Vinci, Raphael dan Michelangelo. Lukisan-lukisan ini bukan sahaja terkenal, malahan cantik dengan hasil seninya selain mahal harganya. Menelusuri sejarah seni tampak dan seni lukis ini, 7 lukisan yang paling popular di dunia.





1) Monalisa by Da Vinci

Monalisa juga dikenali sebagai La Gioconda atau La Joconde dihasilkan oleh pelukis terkenal di dalam sejarah peradaban manusia, Leonardo Da Vinci yang memulakan proses lukisan ini di Florence, Italy seawal tahun 1503 Masihi. Potret ini mengambarkan seorang wanita yang sedang duduk dengan ekspresi muka yang digambarkan sebagai sangat misteri. Ada yang beranggapan bahawa senyuman tersebut menggambarkan satu rahsia yang tersembunyi dalam hati Monalisa.

Lukisan ini menjadi terkenal kerana perincian yang dilakukan yang membawa kepada satu revolusi dalam dunia lukisan minyak (oil painting) sewaktu zaman Renaissance. Beberapa tahun kebelakangan ini juga, Monalisa hadir dengan kontrovesi setelah usaha baik pulih (restoration) menunjukkan tanda yang Monalisa ini sebenarnya adalah lelaki dan lukisan ini menggambarkan Leonardo Da vinci yang sebenar. Kesahihannya? Belum dapat dipastikan.







2) Last Supper by Da Vinci

Sekali lagi, Da Vinci membuktikan yang beliau adalah seorang painter yang disanjungi dan dikagumi di dunia. Dalam kitab Kristian, lukisan ini dikatakan menggambarkan hidangan terakhir Jesus yang dikongsi bersama 12 orang pengikut kuat Kristian digelar Twelve Apostle.

Untuk menunjukkan betapa terkenalnya lukisan ini, ia telah dijadikan bahan humor dalam cerita kartun terkenal, South park (diharamkan siaran di Malaysia) yang menggambarkan lukisan ini sebagai asas kenapa Easter Celebration (perayaan telur) menjadikan arnab sebagai simbol.





3) Creation of Man by Michelangelo.

Michelangelo menghasilkan lukisan ini dalam tahun 1508 ke tahun 1512. Ia banyak dipengaruhi oleh elemen Kristian dimana lukisan ini dihasilkan untuk satu gereja sewaktu zaman kegemilangan Kristian semasa Renaissance. Lukisan ini digambarkan oleh 9 gambaran kejadian dalam buku Book of Genesis dimana buku Kristian, Creation of Adam menjadi terkenal. Oleh kerana teknik ilusi 3D yang dicipta dalam painting ini, painting ini dikatakan setaraf hanya dengan potret Monalisa karya Da Vinci.





4) The birth of Venus by Sandro Botticelli

Kanvas digunakan sebagai medium untuk melukis lukisan terkenal ini yang dianggarkan dihasilkan dalam tahun 1485 ke tahun 1487. Lukisan ini juga mendapat pengaruh Kristian dalam abad ke-16 dimana kelahiran Venus digambarkan. Ahli falsafah terkenal dunia Plato ada mengatakan bahawa Venus dikatakan sebagai dewi bumi (earthly goddess) yang membangkitkan ghairah manusia ataupun dewi syurga (heavenly goddess) yang menginspirasikan cinta spiritual dalam diri mereka. Venus juga dianggap dewi tercantik dan dengan melihat Venus, manusia akan lebih dekat dengan Si Pencipta.




5) Starry Night by Vincent van Gogh

Starry Night adalah lukisan paling terkenal Vincent Van Gogh yang hanya menjual satu lukisan dalam sejarah hidupnya. Beberapa faktor penting membawa kejayaan lukisan ini. Antaranya:

  • Langit malam dilitupi awan berpusar, bintang dengan terang sinar cahayanya dan juga bulan mengambang, satu gambaran malam yang mengasyikkan.
  • Dibawah lereng bukit adalah satu gambaran pekan kecil dengan struktur pembinaan yang sangat mendamaikan memberi satu ekspresi penuh suasana pekan kecil di zaman awal kegemilangan empayar Eropah. Di tengah-tengah pekan adanya satu menara gereja yang tinggi yang mendominasi semua bangunan kecil disekitarnya.
  • Di sebelah kiri lukisan ini adanya satu struktur hitam yang besar yang menutupi skala gambaran objek disekitarnya seperti rumah dan langit yang membawa kepada ilusi kedalaman (depth) lukisan ini.




6) Seine Grande Jatte by Georges Seurat


Seurat, satu nama unik yang menghasilkan lukisan santai ini. Lukisan ini menunjukkan gambaran masyarakat Paris yang menikmati perkelahan tengahari di sebuah taman. Dua tahun dihabiskan untuk menghasilkan lukisan ini dimana lukisan unik (rare) ini yang digamiti emosi mendalam dalam setiap watak dalam lukisan ini selain tema misteri yang ditampilkan. Teknik ‘dot’ yang lebih dikenali sebagai ‘pointillism’ atau ‘divisionism’ digunakan yang membawa kepada warna yang lebih cerah berbanding melukis dengan teknik berus (strokes). Gambaran lukisan dibayangkan membawa kepada satu dunia alternatif dimana dunia diberhentikan dan satu emosi kecantikan, pancaran cahaya matahari dan kesunyian diekspresikan, satu gambaran daripada dunia Seurat yang tidak mahu ditinggalkan.






7) Las Meninas

Las Meninas atau Maid of Honours dalam bahasa Inggeris adalah satu lukisan terkenal Diego Velazquez, seorang pelukis warga Spain yang dihasilkan pada tahun 1656.Diego adalah seorang pelukis perintis dalam era kegemilangan Spain yang dikenali sebagai Spanish Golden Age. Komposisi lukisan ini yang sangat kompleks dan misteri membawa kepada kegemilangannya. Dikhabarkan satu persoalan ilusi dan realiti timbul kerana perhubungan yang sangat penuh dengan uncertainty diantara viewers dan juga lukisan orang yang dilukis. Gambaran sesetengah watak melihat ke posisi viewers atau orang yang melihat gambar. Ini mewujudkan interaksi dua hala antara watak lukisan dan orang yang melihat lukisan ini, seterusnya menimbulkan satu ilusi unik.


credit to : http://duniakuduniamu.com

3 comment:

This comment has been removed by the author.

nur...
Adakah bumi ini dinilai oleh kecantikkan nya.....???atau penciptanya....???soooo...anda semua tahu2 la ye....:)>

Post a comment

Site Search