Friday

Kapal bantuan ke Gaza dibedil Israel

PETALING JAYA: Tindakan kejam tentera laut Israel yang membedil kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.

Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.

"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.

Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.
Menurut sumber kanan Astro Awani, masih tidak dapat dikenal pasti sama ada mereka adalah di kalangan yang terkorban atau cedera.

"Kami berhubung dengan menggunakan telefon satelit tetapi tidak berhubung lagi sejak petang semalam," katanya sambil menambah mereka sedaya upaya berhubungan dengan staf mereka.
Dua rakyat Malayssia, aktivis Matthias Chang dan wartawan Shamsul Akmar yang menaiki kapal lain dari Cyprus adalah selamat, kata Yuzaidi Yusoff yang bersama NGO Viva Palestina.

Mengulas tentang perkembangan konvoi Freedom Totilla yang melibatkan tujuh buah kapal yang membawa sumbangan berbentuk perubatan, pendidikan dan pembinaan untuk rakyat Gaza, beliau difahamkan bahawa kesemua kapal tersebut sedang dikepung oleh helikopter dan bot-bot tentera Israel.

"Mereka (tentera Israel) mengugut untuk merampas kesemua barang yang dibawa dan akan menahan kesemua sukarelawan di sebuah pusat tahanan khas jika enggan berpatah balik," katanya.
Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.

Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia. Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang. - sumber

1 comment:

Israel = musuh abadi kemanusiaan

Hanya ada satu sikap untuk Israel: Lawan!

Post a Comment

Site Search