Friday

KADET WANITA PERTAMA TERIMA DIPLOMA AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)


KOH Poi Khoon (tiga dari kiri) memakaikan topi kadet kepada Nurul Hidayah Abd. Rahman (dua dari kanan) pada majlis konvokesyen ALAM ke-102 di Alor Gajah, Melaka, semalam.


ALOR GAJAH 24 Okt. - Walaupun pekerjaan sebagai kadet perkapalan lebih didominasi golongan lelaki, namun 13 kadet wanita menjadi kumpulan pertama berjaya menamatkan pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Mereka menerima diploma dalam bidang Pengajian Nautika dan Kejuruteraan Marin pada Majlis Konvokesyen ke-102 ALAM di sini hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 302 kadet yang menerima diploma masing-masing yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah ALAM, Juniwati Rahmat Hussin.

Penerima diploma itu, Noorhazzanarita Mat Nasir, 21, berkata, kerjaya sebagai anak kapal sememangnya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat.

''Kami dilatih sama seperti kadet lelaki yang lain dan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berada di akademi ini.

''Kami dilatih dengan tegas serta banyak ilmu yang diperolehi selain terpaksa berjauhan daripada keluarga," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu.

Sementara itu, Fara Wahida Azahar, 21, berkata, industri perkapalan bukan untuk lelaki sahaja sebaliknya golongan wanita juga berupaya menggalas cabaran itu.

Menurutnya, sudah tiba masanya masyarakat mengubah persepsi mereka mengenai dunia perkapalan yang hanya dikuasai golongan lelaki.

''Kami dilatih seperti kadet lelaki dengan latihan-latihan keras dan kasar tetapi saya tidak kisah untuk mengharunginya.

''Walaupun pada mulanya agak ganjil apabila dikelilingi kadet-kadet lelaki di dalam kelas, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya,'' katanya.

Fara Wahida bangga menjadi kumpulan pertama kadet wanita menerima diploma di ALAM.

Menurut Koh Poi Khoon, 21, minat yang mendalam dalam industri maritim mendorong dia menyambung pengajian di ALAM.

''Bagaikan tidak percaya apabila diberitahu saya berjaya menjadi salah satu kadet wanita pertama di ALAM.

''Kami tidak pernah terkecuali daripada menjalani latihan selama 12 bulan termasuk berlayar bersama syarikat tajaan masing-masing.

''Saya gembira menjadi kumpulan kadet wanita pertama yang menerima diploma di ALAM dan kesempatan ini saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan kami terbaik," katanya.


Petikan berita dari Utusan Malaysia

3 comment:

dulu2 tringin gk nk masuk bidang neh tpi hajat x kesampaian huhu

Agak2 cerah ke masa depan kadet wanita nie, bukan bersangka buruk tetapi memang kenyataan, aku bekas pelaut MISC memang tak setuju ada kadet wanita,tetapi jika mereka berkerja di darat seperti di perlabuhan ke di shipyard ke di loji minyak ke ok tiada masalah,yang akan menjadi masalah bila belayar kapal..Banyak masalahnya, fikir la sendiri..

ehmm seronok tgk kadet wanita ni. cumy mmg obses dgn kpl laut tp x pnh tpikir nak jd 'anak' ALAM, sbb cumy prempuan yg x tlalu brani. tp xpe lah, dpt bf 'anak' ALAM pon da puas ht. hhehehee

Post a Comment

Site Search