Tuesday

PENGALAMAN BELAYAR ZAMAN KADET


KAPAL MISC

Perbezaan saiz LNG AMAN dan TENAGA

Assalamualaikum..

Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman pelayaran aku dengan pembaca blog in semasa practikal sebagai 2nd year student. Practikal diatas kapal LNG sedikit membosankan makulujm la Bintulu-Jepun-Taiwan-Korea klau Tenaga Kelas mungkin best sket sebab main belah2 Europe tapi yang xbest pulak xboleh balik Malaysia...."ala kejap je xbalik" APA????sekejap mau sampai habis tempoh la klau 3rd mate mau 6bulan juga la tersiksa jiwa dan raga o000..=)

Tersasar dari cerita asal dah ni, ok time kadet aku 3 kapal special skit (kebanyakan batch aku time tu semua 2 kapal je) sebabnya???? Hurmm aku pun xtahu dah offis kata macam tu, itu la kata aku xkan nak bangkang pulak kot=) First ship aku Kapal Puteri Satu Class wahhhhh time tu gempak la dapat naik Puteri Class maklumla kapal baru deliver, aku memang xtahu apa2 langsung tentang kapal (kat ALAM just teori betul x adik2) asyik la kena marah dengan Bosun la C/O la Kapten la adoiiii seikhlasnya apa yang aku imaginekan memang lain dari realitinya. Hapir semua perkerjaan dari kerja GP deck------>kerja C/O aku kena buat menyecat, stnecil, wire brush, sapu sampah, scaling, check ubat (ikut 2nd officer), Filing, tarik wayar (preparation masuk port), navigation, cargo operation dan lain2 penat nak cerita banyak sgt memang kena lanyak abis biasala 1st Ship Kadet Zero knowledge( Bukan Zero accident Zero Incident tau).

Tapi alhamdulilah just 3 Bulan aku kat 1st ship Puteri Delima satu, then aku ditransferkan ke Puteri Zamrud. Puteri Class lama dibuat oleh France jadi disignnya agak lain sket la buat pengetahuan korang la so disebabkan aku 2nd ship Kadet, Krew2 pun respect la sket dan sedikit sebanyak kerja tahula aku buat walaupun xtau buat2 tau je la yala nama pun 2nd ship kadet walaupu 3 bulan je 1st ship kadet. Disini time tu C/O Ruhaifi oarangnya relax cool tapi klau assignment x hantar cukup bulan sakit la ada la member aku yang terhantar lambat selamber biawak je dia koyak wahhh kesian aku tengok member aku penat2 dia copy buat kena konyak la pulak nasib la labu.

Setelah bercuti seminggu (ceh ayat skema) aku diberitahu ofissss untuk 3rd ship practikal adalah kapal Aman Bintulu....APA????? AMAN!!!!!! wahh kapal 180m dalam breakewater water pun still menari2 la satu cabaran bagi aku sebagai newbie dalam bidang maritime ini. Mahu x mahu kena la juga nak buat macam mana kan...Naik la aku SS AMAN BINTULU memang betul2 kecik pusing satu kapal pun xpenat lagi=) Kat sini aku jadi macam kadet baru balik coz 90% sistemnya lain kapal buatan Jepun lama sistem masih lagi manual lagi cargo operation klau Puteri dah guna DCS (distribution Control System) tapi kapal lain sket smua guna tett, tettt, tettttt ya semuanya button.

Bagi aku antara ketiga2 kapal ini AMAN paling mecabar la so kepada super duper junior ALAM yang baru nak belayar for 2nd year, aku wish all the best dapat kapal ape2 pun naik je lagi banyak lagi experience jangan melekat kat satu kapal je nanti korang nah naik officer susah sket la =)

Written by:- 2/O Zahari


post signature

1 comment:

berlayar, sering melihat kebesaran Allah di lautan lepas

Post a Comment

Site Search