Thursday

Kapalcuba seludup subsidid diesel tumpas

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4c/APMM-Logo.png

SANDAKAN Cubaan dua kapal nelayan untuk menyeleweng 3,500 liter diesel bersubsidi berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi di Sungai Seguntor di sini, awal pagi semalam.

Dua kapal nelayan itu ditahan kapal peronda APMM, KM Labas kira-kira jam 12.30 pagi ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar diesel itu ke satu lokasi pemindahan ke lori minyak.

Ketua Penguatkuasa APMM Sandakan, Kapten Mohamad Onn Khalil berkata, pihaknya turut menahan dua awak-awak kapal nelayan itu yang berusia 30 dan 40 tahun kerana memiliki kad pelarian IMM 13 tamat tempoh dan seorang lagi hanya memiliki dokumen permohonan kad IMM 13.

"Selain menyeleweng diesel subsidi yang dianggarkan bernilai RM30,000, dua kapal nelayan itu juga didapati beroperasi secara haram kerana tidak mempunyai lesen €�, katanya pada siding akhbar di sini. Beliau berkata, kedua-dua kapal nelayan yang ditahan itu telah diubahsuai dan mampu memuatkan diesel sehingga 10,000 liter - BERNAMA

0 comment:

Post a Comment

Site Search