Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kesemua mereka yang kini dalam perjalanan dijangka tiba di Pelabuhan Klang.
"Sebaik tiba mereka akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya
Dalam kejadian serang lanun tersebut, ATM berjaya menyelamatkan MT Bunga Laurel selepas dua jam ia ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman.
Misi menyelamat itu dilakukan bersama oleh kapal bantuan dan tugas-tugas khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 di dalam Operasi Fajar yang ditugaskan memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel ketika ia melalui perairan Teluk Aden.
Kira-kira pukul 11.40 malam pada hari Jumaat tersebut, kapal dagang itu yang disewa MISC Berhad telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan AK-47 dan pistol.
Namun seramai 23 anak kapal dagang berkenaan berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan manakala kesemua tujuh lanun itu berjaya ditahan dan tiga daripada mereka turut cedera.
Ahmad Zahid berkata kesemua lanun itu berada dalam jagaan yang baik oleh ATM termasuk memberi rawatan kepada lanun yang cedera.
"Walaupun kita tahu mereka lanun dan dari segi perundangan kita tidak akan berkompromi, namun dari segi kemanusiaan kita beri layanan sewajarnya termasuk menjaga makan minum mereka," katanya.
Diminta mengulas tentang kenyataan Tentera Laut Kesatuan Eropah bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan yang serupa yang dilakukan oleh ATM kerana menganggap serbuan seumpama itu boleh membahayakan nyawa tebusan, Ahmad Zahid: EU harus menghormati cara kita sebagaimana kita menghormati cara mereka."
Beliau berkata ATM telah mengambil tindakan awal dari segi pencegahan bagi memastikan pihak lanun tidak menjadikan anak kapal sebagai tebusan.





![[alamc.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioqO4r6OwAq4W-VMKuetHCNCYACqQj_Tb-0cbdMyUulsrFbf7NwpPfjWh0VHe3FC1hkHivTE-NxX76fABTE1HrFz41WDj0O_ZJNFj0RCvbZALwm_icTw5YlrYVNxQxb9hay28rDO6xedE/s1600/alamc.gif)


























