Wednesday

Pelaut wanita dan Kapten perempuan terkenal



Dunia pelaut selalunya menjadi milik kaum lelaki. Memang wajar, mengingat kerasnya hidup di atas kapal laut selama berbulan-bulan, ditambah cabaran alam seperti badai yang boleh menyerang tiba-tiba.
Siapa sangka, sesungguhnya ada wanita-wanita hebat yang tercatat sebagai pelaut ulung. Jom kita tengok siapa antara pelaut wanita anatara kalangan pelaut yang hebat.

 

1. Grace Malley (1530 – 1603)

Dianggap salah satu pelaut wanita terbaik di dunia, wanita kelahiran Ireland ini menjadi pelaut secara keturunan selepas kematian ayahnya. Tapi ketika dia melakukan itu, dia tidak hanya turun ke laut untuk melakukan apa yang ia cintai, tetapi juga untuk membuktikan kepada dunia bahawa dia hanya ingin membuktikan bahawa dialah yang terbaik dari semua rakan-rakan lelakinya yang juga pelaut.

Sejarah dunia mencatatkan Grace sebagai perempuan ”bijak laut” terhebat dunia. Tidak ada yang menyangkal kenyataan bahawa kemahiran berlayarnya lebih baik daripada kebanyakan lelaki pelaut pada waktu itu, maka hal itu akan membuatnya menjadi pelaut terkenal.




2. Skipper Thuridur

Thuridur Einarsdottir lahir tahun 1777, terkenal sebagai kapten nelayan wanita dari Iceland.Di usia 11 tahun, ia mula ikut berlayar dengan ayahnya. Sejak itulah kerjayanya sebagai pelaut bermula.




Dia berjinak ke laut dalam cuaca yang sangat mencabar semakin membuat namanyaterkenal, jolokan ”Skipper” sebagai penanda buku Thuridur adalah seorang kapten (Skipper = kapten) Kerjanya terus sehingga bersara di usia 63. Keunikan Thuridur lain, ia juga mempunyai anak-anak kapal yang juga dari golongan wanita. Begitu hebatnya Thuridur, namanya tetap dikenang sampai sekarang. Replika kabin kapalnya bahkan dibuat di tempat kelahirannya, Stokkeseyri untuk mengenang kehebatannya.

3. Krystyna Chojnowska- Liskiewicz

Pada 21 April 1978,sejarah tercatat yang tidak pernah dilupakan di dunia.Krystyna Chojnowska-Liskiewicz, lahir 15 Julai 1936 di Poland adalah pelaut wanita pertama yang belayar sendirian (solo) di seluruh dunia. Dia belayar dari Kepulauan Canary padatarikh 28 Februari 1976, dan kembali pada tarikh 21 April 1978, menghabiskan perjalanan mengelilingi dunia dengan jarak 31.166 batu laut (57.719 km) dalam 401 hari.





4. Naomi James

Naomi James lahir di New Zealand di sebuah ladang penternakan, dan tidak tahu bagaimana caranya untuk berenang sehingga usia 23 tahun. Namun dia berjaya memecahkan rekod dunia dengan belayar sendirian (solo) mengelilingi dunia selama 272 hari. Dia belajar belayar dari suaminya sendiri, Rob James yang menikahinya setelah dia kembali dari perjalanan mengelilingi dunia itu.





5. Kay cottee 

Khabarnya, Kay disebut sebagai pelaut wanita terbaik zaman sekarang. Pelaut wanita berasal dari Australia ini membuat dunia melihat kehadirannya dari perjalanan keliling dunia dengan belayar sendirian (solo) dalam masa 189 hari. Pelayaran dalam masa 189 hari itu mencipta namanya menjadi pelaut wanita utama yang berjaya mengelilingi dunia dengan belayar sendirian.





6. Laura Dekker 

Di abad ke-21, mungkin Laura Dekker boleh dikataka sebagai pelaut wanita termuda yang belayar mengelilingi dunia seorang diri. Bayangkan, ketika itu usianya baru 16 tahun. Sebagai seorang remaja perempuan dari Belanda, Laura tiba di kepulauan Caribbean, SaintMaarten, Sabtu 21 Januari 2012 satu tahun dan satu hari, setelah ia memulakan pelayaran dengan kapal bersaiz 11×5 meter, yang ia beri nama Guppy.


Remaja Belanda ini merayakan ulang tahun selama perjalanan. Perjalanan mengelilingi dunia ini sempat ditentang oleh jabatan pendidikan Belanda. Alhasil, Guinness World Records menolak untuk mengakui pelayaran itu kerana tidak mahu memancing anak-anak muda lain mengambil risiko.Yang menarik, Laura Dekker sendiri lahir di kapal dan pada usia enam tahun ia telah berlayar melintas tasik seorang diri. Pada usia 13 tahun, ia berlayar dari Belanda ke Inggeris. Ia kemudian memutuskan untuk mencari cabaran lain dengan belayar keliling dunia seorang diri.

Orang tua Laura pada mulanya menolak tetapi akhirnya bersetuju untuk menyokong permintaannya. Kerajaan Belanda sempat mengajukan kes ini ke mahkamah yang memutuskan untuk mencegah rencana Laura ini kerana ia terlalu muda untuk belayar dilautan seorang diri.Setelah berjuang lama melalui proses undang-undang, Laura akhirnya memenangi hak untuk belayar secara solo.

0 comment:

Post a Comment

Site Search