Wednesday

Cinta seorang pelaut

Cinta pelaut amat tinggi nilainya. Hargailah cinta mereka.

Ramai orang tahu pelaut sememangnya akan meninggalkan keluarga, anak, isteri, orang tersayang mahupun teman wanita dalam tempoh yang agak lama. Bukan mereka mahu itu terjadi.tapi iulah yang harus pelaut dan orang yg hampir dengan mereka terima.

Berbalik kepada cinta sang pelaut, siapkah yang layak untuk cinta sang pelaut ini?
Apa yang boleh saya katakan orang yang paling layak menerima cinta pelaut haruslah seorang yang sangat-sangat istimewa dan luar biasa.

Kenapa?



  • Bila bercinta pasangan harus mempunyai tahap kesabaran yg tinggi, mempunyi tahap kepercayaan yang tinggi dan harus sentiasa berdoa agar pasangan mereka (pelaut) berada dalam keadaan sihat dan sejahtera serta selamat dalam pelayaran. Dimana mereka semasa sang perempuan memerlukan tempat untuk bermanja? Disinilah terujinya kesabaran hati sang kekasih untuk menerima kekasihnya bergelar pelaut.

  • Bila berumah tangga sememangnya ditahap ini terbuktinya keistimewaan dan luar biasanya pasangan pelaut, semasa pelaut dalam pelayaran maka semua tanggungjawab harus dipikul sendiri oleh isteri. Kekuatan tanpa seorang suami disisi menjalani kehidupan sangat mencabar. Dialah isteri dan dialah suami.

  • Tanpa suami dalam membesarkan anak-anak dan menyelesaikan masaalah tanpa seorang suami disisi adalah tugas yang tak mampu ditanggung oleh sebarangan isteri. Sesungguhnya pelaut pergi meninggalkan pasangannya itu adalah tandanya pelaut sayangkan isterinya dan anaknya kerana mereka sanggup bergelut dengan ombak yang besar demi memberikan nafkah yang halal kepada anak dan isteri mereka, maka hargailah mereka. Jika seseorang sanggup menerima pelaut sebagai pasanganya, maka percayalah CINTA DENGAN SEORANG PELAUT AMAT TINGGI NILAINYA.



Kepada Pelaut Malaysia terutamanya marilah kita selami sejenak hati dan perasaan pasangan kita,bagaimana dia menempuh hidup tanpa kita disisi, maka hargailah pasangan kita kerana dia yg lebih banyak berkorban untuk kita.

4 comment:

Sangat2 bersetuju..apabila telah menerima cinta seorang pelaut...makanya sangat penting,kejujuran,kesetiaan,keikhlasan,kepercayaan dan kekeuatan mental dan emosi..kerana itu lah orang kata "Only best men can go to sea...Only best women can be with the best man"
Bangga menjadi pasangan pelaut kerana ia membuat saya mampu berdikari spenuhnya dan tidak berharap kepada orang lain :))

~ Wife of seaferer ~

Post a Comment

Site Search