Thursday

MARA bakal pertengahkan bidang perkapalan

IPOH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri bercadang menjalin kerjasama dengan agensi atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan pengajian berkaitan bidang perkapalan sempena penganjuran Karnival Pendidikan Mara pada masa depan.



Pengarah Mara Negeri, Rusnah Yusoff berkata, kerjasama itu juga secara tidak langsung akan membantu menarik lebih ramai golongan belia Bumiputera yang jarang menceburi bidang berkenaan.

Menurutnya, kerjasama itu juga diharap dapat membantu menyediakan peluang-peluang kerjaya dalam bidang berkenaan dalam usaha membantu meramaikan lagi graduan Bumiputera yang dilihat sedikit menceburi bidang pengajian sedemikian.

“Setelah kejayaan penganjuran Karnival Pendidikan Mara 2012, kita terfikir untuk bekerjasama pula dengan pihak IPT termasuk daripada agensi yang berkaitan dalam bidang perkapalan.

“Bagaimanapun, kita juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan kita, seperti karnival yang kita anjurkan dengan kerjasama daripada Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kejayaan penganjuran Karnival Pendidikan Mara 2012 yang dianjurkan di Stadium Indera Mulia mulai 7 hingga 8 April baru-baru ini.

Katanya, karnival yang menggabungkan bidang keusahawanan dan pengajian itu diyakini berjaya menyalurkan pelbagai info berhubung kedua-dua bidang berkenaan kepada para pengunjung.

“Selain dapat melihat dengan lebih jelas skop kerjaya mereka kelak, mereka juga berpeluang melihat beberapa bidang perniagaan kecil-kecilan seperti bidang kosmetik, kraf, kraf tangan termasuk produk makanan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian Online.

0 comment:

Post a Comment

Site Search