Wednesday

Sijil Halal segera dari JAKIM

ALAM


Terbaca kat Kosmo malam tadi masa singgah 7-Eleven, Jakim nak percepatkan pensijilan halal restoren-restoren di hotel yang menyediakan buffet Ramadhan. Bila baca tajuk berita macam tu, aku rasa macam.. macam ada something pulak. Yelah kat Malaysia ni (atau mana-mana pun kat dunia) memang ada orang yang suka ambil kesempatan bila ada sesuatu yang nak disegerakan macam ni..

Bila cakap pasal bulan puasa, potensi untuk buat duit bertambah-tambah terutamanya kepada peniaga makanan. Aku boleh cakap sebab aku pernah la berkecimpung dalam perniagaan makanan masa bulan puasa ni. Pelik kan.. bulan orang tak makan adaah bulan yang paling lumayan untuk buat duit dengan menjual makanan. Pelik tapi benar. Itulah nafsu manusia sebenarnya dan aku pun tak terkecuali, aku enjoy makan time puasa ni. Macam-macam ada dijual di pasar ramadhan.

Daripada peniaga kecil-kecilan kepada hotel besar-besar lima bintang yang selama ni ada menyediakan makanan dan minuman yang tidak halal (bukan semua), semua buat duit lebih masa bulan puasa ni. Hotel dapat buat duit melalui majlis buka puasa yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang korporat untuk pekerja dan eksekutif mereka. Kadang-kadang kementerian atau pejabat kerajaan pun ada buat sekali. Untung besar-besaran..

Jadi bila dah melibatkan untung besar macam ni, aku harap sangatlah pensijilan halal 'segera' ni tak dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan. Pada sesetengah orang, mereka akan cakap this is business manakala orang yang bakal menerima pula menganggap sebagai pengeras untuk bekerja lebih pantas atau lebih teruk lagi menutup sebelah mata. Harap dijauhkanlah daripada semua ni kan dan pensijilan halal tu boleh dilakukan dengan telus.

Pelik la, kita ada 11 bulan dalam setahun, tapi last-last minute baru nak kecoh macam ni. Salah siapa? Salah Jakim sebab lembab buat kerja atau salah hotel yang baru nak apply? Boleh ke Jakim menyelesaikan tugas mengesahkan status kehalalan beratus buah restoren di hotel seluruh Malaysia dalam masa 2 minggu ni?

Harap semuanya berjalan lancar dan halal.

0 comment:

Post a Comment

Site Search