Monday

Adolf Dassaler pengasas Adidas


July 19th, 2010

Siapa yang tak tahu & tak minat dengan brand Adidas ? memang terkenal dari dulu sampai sekarang. Tak lekang dek zaman orang kata. Bukan Abibas yer. Tapi Adidas. Kalo nak brand Abibas pun ada, boleh ke padang besar kat utara Perlis sekarang juga. Macam2 brand yang tak pernah jumpa pun ada kat situ (Poma, Bom equipment, Danhill etc). Tapi tahu kah anda siapa pengasal mula2 brand Adidas nih, kalo ingin tahu meh baca. Pendek jer nih.


Adolf Dassaler

Adolf (Adi) Dassaler merupakan pengasas pada pakaian & peralatan sukan jenama Adidas yang berasal dari Jerman. Pada mulanya Adolf membuka syarikat membuat kasut di Herzogenaurach berdekatan Nuremberg pada tahun 1920 dan dibantu oleh adiknya ketika itu. Tapi selepas itu, adiknya menubuhkan sebuah syarikat kasut lain iaitu Puma.

Kemudian barulah Adolf menubuhkan syarikat lain pada tahun 1948 & mengambil dua pangkal namanya, Adi & Das sebagai nama syarikat. Selepas kematian Adolf, perniagaannya diambil oleh anak lelaki nya iaitu Horst Dassler pada tahun 1987.

Tapi dua tahun kemudian, Adidas telah dibeli oleh seorang usahawan Perancis bernama Bernard Tapie & beralih tangan ke atas beberapa orang kerana pelbagai masalah kewangan. Bagaimanapun, Adidas mampu menjadi pengeluar pakaian sukan kedua terbesar di dunia. Dan pada tahun 2005, Adidas telah mengambil alih syarikat Reebok dengan harga US$ 3.8 bilion. Pengambilalihan ini akan membuat Adidas menguasai pasaran seluruh Amerika Syarikat & ini membolehkan ia bersaing dengan syarikat Nike.


0 comment:

Post a Comment

Site Search