Monday

Fakta piala dunia 2010

Perlawanan akhir Piala Dunia 2010 telah melakar banyak perkara baru dalam sejarah kejohanan yang berlansung baru2 ini (11 Jun – 11 Julai). Tahniah buat buat pasukan Spain kerana telah menjuarai Piala Dunia kali ini. Mungkin juga kebanyakkan kaki judi kali nih menang duit besar, gara2 Sotong Paul.



Paul The Octopus | world cup 2010 fact | fakta piala dunia 2010 |


Di sini ada disertakan perkara2 pertama yang berlaku pada Piala Dunia 2010 kali ini.

1. Perlawanan akhir tahun ini adalah kali pertama sebuah pasukan dari Eropah memenangi kejohanan itu di luar benua Eropah. Hanya Brazil dan Argentina pernah menang di luar daripada benua mereka sendiri.

2. Ini adalah perlawanan akhir pertama yang tidak akan memaparkan sama ada Argentina, Brazil, Jerman atau Itali.

diego forlan | uruguay | world cup 2010 fact | fakta piala dunia 2010 | adidas golden ball award winner |

3. Ia adalah penampilan pertama Sepanyol pada perlawanan akhir. Pencapaian terbaik mereka setakat ini adalah ditangga ke – empat pada edisi 1950 dan kali pertama sejak itu mereka layak ke separuh akhir.

4. Ini mungkin menjadi kejayaan Piala Dunia pertama buat Belanda, jika mereka mengatasi David Villa dan rakan-rakannya. Belanda dua kali kalah pada perlawanan akhir 1974 di Munich dan 1978 di Buenos Aires.


Iniesta goal | spain | world cup 2010 fact | champion |fakta piala dunia 2010

5. Jika anda memahami dua fakta menarik sebelum ini, anda akan saksikan bahawa Piala Dunia 2010 pastinya akan memaparkan juara baru.

6. Ia juga kali pertama Belanda tidak akan berdepan pasukan tuan rumah pada perlawanan akhir. Pada 1974, mereka tumpas 1-2 di tangan Jerman Barat di Munich dan pada 1978 mereka tumbang 1-3 kepada Argentina di Buenos Aires.

7. Perlawanan ini juga adalah kali pertama mana – mana pengurus pasukan memenangi kejuaraan antarabangsa. Bert van Marwijk menang Piala Uefa dan Piala Belanda dengan Feyenoord, dan Vicente del Bosque menang Liga Juara – Juara Eropah, La Liga, Supercopa Sepanyol, Piala Super Uefa dan Piala Kelab Dunia bersama Real Madrid.

8. Perlawanan akhir mungkin menjadi perlawanan pertama pada kejohanan ini jika Fernando Torres mahu menjaringkan gol. Itu pun sekiranya beliau diturunkan. Memang Torres di diturunkan, last2 minit.

9. Sepanyol pernah menduduki ranking nombor satu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FiFA) dari Januari – Jun 2009 dan November 2009 – Mac 2010.

10. Belanda hanya memenangi satu kejuaraan pada peringkat antarabangsa iaitu Kejohanan Eropah 1988 di Jerman Barat dan gagal layak ke Piala Dunia Korea / Jepun 2002.


Gracias buat Spain kerana menjuarai Piala Dunia 2010.

0 comment:

Post a Comment

Site Search