Wednesday

PANDUAN LENGKAP MEMBELI KERETA BARU 2012

Civic Type R

Nasihat : Sesiapa yang baru memulakan kerjaya adalah bijak dengan membeli kereta second hand. Antara saranan ambil julat usia kereta 5 tahun. 5 tahun tu masih lagi belum outdated. Condition still tip top, murah, insurance dan road tax murah, dapat jimat banyak. Lagi best mampu beli cash. Takde la banyak hutang. Bila dah kawin dan stabil lepas 3-4 tahun nak tukar keta lain baru la tuka. takde pening kepala.

Tapi kalau masih nak beli kereta baru, berikut adalah perkara yang anda perlu tahu.

1. Memiliki kereta sendiri!


Keinginan untuk memliki kereta sendiri bagi setiap manusia boleh menjadi keinginan yang sukar dikawal. Memiliki kereta sendiri lebih2 lagi buat pertama kali mungkin akan membuatkan anda rasa bebas untuk bergerak ke mana saja. Tapi apakah anda benar2 tahu apa syarat untuk memiliki kereta anda?

Lebih dari satu syarat, terdapat pelbagai syarat yang membuatkan anda pembeli yang bijak! Walaupun ini mungkin bukan pertama kali anda memiliki kereta anda, anda mungkin tersilap beli kali ini, atau tersilap membuat keputusan untuk kali kedua! Jika anda bercadang untuk membayar ansuran selama 9 tahun, bayangkan.. selama 9 tahun anda perlu berpuas hati dengan kesilapan sendiri. Jadi bagaimana anda boleh membuat pilihan yang betul?

Pilihan yang betul tidak wujud sebenarnya. Apa lagi kalau pada waktu seperti ini, terdapat pelbagai model kenderaan, dan setiap jenis model mempunyai kriteria tertentu. Tak ada satu pun 'manufacturer' kereta yang akan membuat kesilapan secara sengaja. Setiap jenis model dan setiap kelebihan dan kekurangan telah pun dikaji bertahun2. Terpulang pada pembeli menentukan kegunaan kenderaan tersebut.

 

2. Memilih model kenderaan


Memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu anda bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti anda sendiri, seorang yg gemar berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya.

Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta.

Biasanya ramai antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segment dan B-segment

D-segmen

Mazda 6

Mewakili kereta jenis Luxury Sedan. kereta ini biasa bersaiz besar dengan beberapa gadget mewah. Contoh kereta jenis D-segmen adalah Honda Accord, Toyota Camry, Hyundai Sonata, Kia Optima, Mazda 6, dan BMW 5 Series. Jika kereta Nasional, Proton Inspira boleh juga dimasukkan dalam kategori ini.

C-segmen


Proton Persona

Merupakan Kereta jenis sedan yang sederhana besar, sesuai untuk yang berkeluarga. Contoh kereta seperti ini adalah Proton Persona, Proton Waja, Hyundai Avante, Kia Forte, Honda Civic, Mazda 3, Toyota Altis, dan Chevloret Cruze, yang tebaru seperti Proton Preve, Hyundai Elentra (2012).

B-segmen

Toyota Vios

Kereta sedan bersaiz kecil. Biasanya boleh memuatkan 4 orang dewasa. Kereta jenis ini adalah seperti Proton Saga, Hyundai Ascent, Toyota Vios, Honda City dan Mazda 2. Proton Preve juga dikatakan tergolong dalam segmen ini.

Compact Car
Produa Kancil

Kereta Seperti Perodua Kancil, Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Myvi, Chevrolet Aveo, Kia Picanto dan Hyundai i1o pula adalah dalam kategori Compact car. Bersaiz kecil, mempunyai 2 hingga 4 pintu dan bonet yang kecil. Kereta jenis ini lebih ringan dan enjin lebih kecil. Sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar kerana mudah untuk bergerak dan lebih jimat.


MPV
Kini model MPV juga digemari oleh orang muda kerana ia sangat sesuai untuk mereka yang merancang untuk berkeluarga. Dengan 6 hingga 11 tempat duduk, MPV lebih selesa dari van dan lebih praktikal.

Perodua Alza

Perodua Alza dan Honda Freed, merupakan rupa baru MPV di Malaysia dengan 7 tempat duduk dan bersaiz sebuah kereta sedan. Tetapi oleh kerana ruangnya yang begitu terhad, ia tidak sesuai untuk orang dewasa pada tempat duduk belakangnya.

Mini MPV pula seperti Mazda 5, Toyota Innova, Toyota Avanza, Honda Stream, Naza Citra, Kia Rondo dan Nissan Grand Livina lebih popular dengan saiz yang lebih kecil dari MPV tetapi mempunyai ruang yang lebih selesa.

 

3. Survey kereta?


Dah tentukan jenis kereta yang anda inginkan? MPV saiz penuh? mini MPV? atau compact MPV? atau sedan? 2 door coupe? compact car? 4 pintu? 2 pintu? cc 1300 kebawah? 1600? atau 2.0 liter? atau lebih?

Prestasi, penjimatan, kos servis perlu diambil kira. Kadang2 kita inginkan kereta yang cantik, tapi sebelum beli survey dulu harga alat ganti. Mudah didapati atau tidak? mahal atau berpatutan?

Jangan percaya kata pakcik/makcik/adik/ mak atau sape2 je yang ade dalam dunia ni untuk kereta idaman anda. Cara paling baik adalah:

1. Dapatkan 3-4 jenis model kereta yang anda inginkan .Catit atas kertas.
2. di bawah setiap model pilihan anda, listkan Lampu belakang, lampu hadapan, tayar, dan servis
3. pergi ke pusat servis dan dapatkan salinan servis sehingga 10,000km. pastikan salinan ini mempunyai harga servis sekali. Dengan ini anda dapat mencari perbezaan yang mana lebih berbaloi.
4. pergi ke kedai alat ganti dan tanyakan harga lampu, bumper atau apa saja yang mungkin rosak bila dilanggar. bezakan harga yang paling baik. ini termasuklah brek pad, oil filter, air filter, fuel filter dan apa saja yang terlintas di fikiran anda.

Dengan cara ini anda dapat melihat bajet kereta anda apabila beberapa perkara rosak atau perlu diganti. Adakah anda sanggup membayar untuk harga itu? Setengah kereta yang reputasi agak baik, seperti jarang rosak atau tahan lama, mungkin mempunyai harga alat ganti yang lebih mahal kerana alat gantinya jarang dibeli.

Lancer

4. Pinjaman/ Loan kenderaan


Dah survey? dah berminat? dah tau harga utk service dan maintainance? kite cite pulak bab duit... part yg orang semua tak suke sangat bercakap bile hal2 berkaitan kereta ni... kat sini la punca beberapa orang hilang minat nak beli kereta baru..

Layak ke anda pakai kereta berkenaan?
Loan biasa dibuat dengan bank, tapi sesetengah syarikat menyediakan loan mereka sendiri seperti Toyota dan Nissan yang mungkin menawarkan interest yang lebih rendah. Berbeza dengan kereta terpakai, kereta yang dah lebih 10 tahun bank tak benarkan buat loan, melainkan ade sesetengah syarikat kereta terpakai yg bg berhutang... yang ini.. pandai2 la korang!

Harga kereta bulanan didarab dengan 3. Itulah yg menentukan anda layak atau tidak memiliki kenderaan berkenaan. Contohnya, harga bulanan kereta berkenaan yang perlu dibayar setiap bulan adalah RM 700, didarab dengan 3 menjadikan RM 2100. Jika gaji anda lebih dari RM 2100, anda layak memiliki kenderaan berkenaan.

Tapi tak habis di situ lagi, bank statement anda, kukuh atau tidak? kalau tiap2 bulan balance tinggai RM10... susah jgk tu.. pastikan tiap2 bulan anda ada menyimpan sebelum menghantar dokumen anda untuk membeli kereta anda.

CCRIS!! ni yang paling susah ni... anda pernah beli kereta? personal loan? guna kredit card? atau beli rumah? ada terlambat bayar? kalau ade, kene la tunggu 6 bulan untuk nama anda clear... jadi elakkan la terlambat bayar. Kalau anda ada rekod yang baik, lagi mudah la urusan peminjaman.

dan jika anda berusia bawah 25 tahun dan pertama kali membeli kenderaan, sediakanla seseorang yg sanggup jadi gerento. ini akan memudahkan urusan anda.


Elakkan o downpayment atau downpayment rendah. Kalau dah plan nak beli kereta, pastikan anda boleh bayar 10% downpayment. Lebih baik kalau ade lebih dari 20%. Dan kalau boleh berhutang bawah 7 tahun lebih elok. Nanti bila nak jual kereta, kereta masih ade harga dan ade baki untuk bayar downpayment kereta baru. Ramai yang berhutang lama ni bila nak tukar kereta baru je tak kesampaian kerana banyak lagi baki dengan bank, tambah dengan downpayment kereta baru... tak semua mampu. Jadi plan la untuk masa depan anda.

Jika anda tak yakin, cari wakil penjual yang sanggup membantu anda secara percuma untuk melihat status anda samada layak atau tidak membeli kereta. Kalau dia mintak RM100 pun ok, jangan lebih dari tu. Itu kalau anda tak pasti dengan status anda...

Banyak yang perlu anda fahami sebelum berhutang, jadi fikir masak2 dan survey habis-habisan. Lainla kalau wang bukan masalah bagi anda.

5. Kadar Faedah Pinjaman Kenderaan


Secara umumnya, kadar faedah berbeza mengikut:
1. Brand kereta
2. Tempoh pinjaman
3. Bank

Untuk menarik pembeli, terdapat brand dan model tertentu yang menawarkan faedah yang lebih rendah atau tiada faedah langsung, contohnya Naza Spectra, BMW, Chevrolet, melalui skim Credit mereka sendiri. Misalnya, BMW Credit menawarkan kadar faedah 1.38% untuk kereta mereka.

Contoh 1 :

LAST UPDATED: 30 April, 2012
LOCAL CARS INTEREST RATES :
Proton : From 2.80 – 3.00 % (Grad Scheme: 3.1%)
Perodua : From 2.80- – 3.00% (Grad Scheme: 3.1%)
IMPORTED CARS INTEREST RATES:
Honda : From 2.38- 2.60 %
Toyota : From 2.48 – 2.60 %
Hyundai : From 2.50 – 2.60 %
Naza : From 2.50 – 2.60 %

USED CARS INTEREST RATES:
The rate should be higher 0.8 – 1.5% than the rates listed above.
TERM & CONDITION:
Kindly note that the rates listed above exclude any specific promotion available on certain model. Please be advised that if your financial conditions do not meet the bank’s requirements, the interest rate could be higher than the rates listed above. Click on the financing tab to find out the lists of our bank panels.

Contoh 2 ;


This apply to Perodua and Proton Cars only! Update : 23 May 2011



Loan
Amount
1-5
years
7
years
9
years
RM
20,000
3.89%
3.92%
4.03%
RM
22,000
3.84%
3.87%
4.00%
RM
24,000
3.78%
3.83%
3.96%
RM
26,000
3.73%
3.80%
3.94%
RM
28,000
3.70%
3.76%
3.91%
RM
30,000
3.67%
3.74%
3.89%
RM
32,000
3.63%
3.72%
3.87%
RM
34,000
3.61%
3.70%
3.86%
RM
36,000
3.59%
3.69%
3.84%
RM
38,000
3.57%
3.67%
3.83%
RM
40,000
3.55%
3.66%
3.81%

Please note that these rates will be the same at
all banks in Malaysia.


6. Insuran kereta


EH? Nak beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu? Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak bayar yang tahunannye?

Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?

Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda, iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai jalan kereta anda. Anda fikir murah?

Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut kapasiti enjin kenderaan anda:

Nilai diinsurankan Harga insuran
RM40,000 RM1,251
RM50,000 RM1,500
RM60,000 RM1,700
RM70,000 RM2,087


Nilai insuran akan berubah setiap tahun mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.

NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab ni! ni memang polisi insurans seluruh dunia.

Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat itu!

Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan diskaun seperti berikut:

25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima

dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!

Jadi bagaimana ia berfungsi?

Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:

Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938

Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan: RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368

Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.

Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan 15% dari jumlah insuran anda setahun!

Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran anda!

NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan insuran kereta baru anda.


Setelah melakukan sedikit kajian dan pemerhatian di perbincangan forum-forum internet, di dapati kebanyakan pengguna mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans yang mempunyai nama ‘Takaful‘. Ini kerana insurans yang bersifatkan takaful adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat Insurans. Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang terbaikkan.

Contoh under-insured yang senang difahami ;

1. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%.
- bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja.

2. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%.
- kereta terbakar hangus dan total loss. oleh kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau RM80,000.

Untuk no 1 saya bagi kan fomula nya sekira berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan insuran.....

kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran = bayaran yg akan dijelaskan oleh sykt insuran. Perbezaan nya di tanggung oleh pemilik kenderaan.

(cost of repair x insured value/ market value = amount borne by insurance company. The different from own pocket)

10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket pemilik

Tetapi fomula ini tidak diguna pakai untuk tuntutan total loss atau kecurian. dalam kes in jumlah pampasan ialah nilai insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah..... lebih kurang macam tu lah.... nak cerita panjang sgt kena buka kelas..... off and on saya akan cuba mencelah.


(a) Cara ingin tahu nilai premium insurans kereta anda ;
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda. Premium ini berubah bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin, diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
Sila klik link di bawah ;

http://www.insuranceinfo.com.my/help_and_advice/useful_tools/car_premium.php?intPrefLangID=2


(b) Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand) ;
- Kalkulator Memperbaharui Insurans
Sila klik link di bawah ;

http://www.einsuran.com/B001001.aspx

(c) Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda boleh mencuba di ;
Sila klik link di bawah ;

http://www.autoclaims.com.my/agv1/home.php

-Masukkan data maklumat kenderaan yang dikehendaki.

(d) 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)

Masa- Pasti ramai di antara anda akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.

Urusan- Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.

Jumlah perlindungan- Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.

Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.

Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan dan


7. Cukai Jalan / Road Tax


Kadar Cukai Jalan (Road tax) ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut: -

  • Jenis pemilikan (individu/syarikat)
  • Jenis kenderaan (Engin desel/petrol)
  • Kapasiti Enjin/CC
  • Kawasan (Semenanjung,Sabah,Sarawak)

(a) KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGIRAAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI KENDERAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK (PINDAAN SELEPAS BAJET 2009) [as at 29 Mei 2011]


1. SEMENANJUNG MALAYSIA, PULAU PANGKOR & PULAU
LANGKAWI

1.1 SEMENANJUNG MALAYSIA

1.1.1
Motosikal
Kod
kegunaan : AA (Motosikal)

i.
LKM bagi motosikal dengan kapasiti enjin 150ccdan ke bawah dikekalkan pada
kadar sedia ada.
ii.
Kadar LKM bagi motosikal dengan kapasiti melebihi 150cc adalah ditetapkan
pada kadar tetap seperti berikut:-

Kapasiti Enjin Kadar
151cc
hingga 200cc  ---->RM 30.00
201cc
hingga 250cc ----> RM 50.00
251cc
hingga 500cc ----> RM 180.00
501cc
hingga 800cc ---->RM 250.00
Melebihi
800cc  ---->RM 350.00

1.1.2
Motokar Saloon Persendirian Milik Individu
Kod
Kegunaan : AB (Individu) Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau

i)
Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah
dikenakan
kadar tetap (flat) seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar
1000cc
dan ke bawah ----> RM 20.00
1001cc
hingga 1200cc  ---->RM 55.00
1201cc
hingga 1400cc ---->RM 70.00
1401cc
hingga 1600cc  ---->RM 90.00

ii)
Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan
tambahan kadar progresif seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601
hingga 1800cc    ----> RM 200.00 RM 0.40 untuk
setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc
----> RM 280.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding
1800cc
2001cc hingga 2500cc
----> RM 380.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding
2000cc
2501cc hingga3000cc
 ----> RM 880.00 RM 2.50 untuk setiap perbezaan
cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc
          ----> RM 2,130.00 RM 4.50 untuk
setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

1.1.3
Motokar Saloon Persendirian Milik Syarikat
Kod
Kegunaan : AC (Syarikat) Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau
i)
Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat)
seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar
1000cc
dan ke bawah  ---->RM 20.00
1001cc
hingga 1200cc  ---->RM 110.00
1201cc
hingga 1400cc  ---->RM 140.00
1401cc
hingga 1600cc  ---->RM 180.00

ii)
Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan
tambahan kadar progresif seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601
hingga 1800cc  ---->RM 400.00 RM 0.80 untuk
setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc  ---->RM
560.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc  ---->RM
760.00 RM 3.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc  ---->RM
2,260.00 RM7.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc R ---->M
6,010.00 RM13.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

1.1.4
Kenderaan Persendirian Selain Motokar Saloon Milik Individu Dan Syarikat
Kod
Kegunaan : AD (Individu) AE (Syarikat) Bahan Bakar :
Petrol/diesel/diesel hijau

i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke
bawah dikenakan kadar tetap(flat) seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar
1000cc
dan ke bawah ----> RM 20.00
1001cc
hingga 1200cc ----> RM 85.00
1201cc
hingga 1400cc  ---->RM 100.00
1401cc
hingga 1600cc  ---->RM 120.00

ii)
Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan
tambahan kadar progresif seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601
hingga 1800cc  ---->RM 300.00 RM 0.30 untuk
setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc ---->RM
360.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc  ---->RM
440.00 RM 0.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc  ---->RM840.00
RM1.60 untuk setiapperbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc ---->RM
1,640.00 RM1.60 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc


(b) UNTUK PULAU PANGKOR dan PULAU LANGKAWI SABAH DAN SARAWAK

Download di :

http://portal.jpj.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=13&Itemid=3

(c) Contoh Pengiraan Cukai Jalan ;

Lihat CC pada Sijil Perakuan Pendaftran Pengankutan anda ;

Hyundai Elentra(2012) = 1797cc

(d) Cara kira Manual : Lihat Jadual di atas ;

” ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:

Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif 1601 hingga 1800cc = RM 200.00, RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc  “

1797cc – 1600cc = 197cc

107cc x RM0.40 = RM78.80

Jumlah Sebenar = RM200.00 + RM78.70 = RM 278.80

Cara kira Automatik :


- Masukkan nilai cc kenderaan anda dan tekan Calculate.
- Nilai cc (taip) jika 1.5cc = 1500, 1.8 = 1800

Sila klik link dibawah ;

http://www.autoworld.com.my/v2/tools/roadtax.asp







8. Kadar bayaran bagi perlesenan kenderaan (Registration Fee)



Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan dan pendaftaran kenderaan.




Bil

Permohonan Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan

Tiada Tuntutan Hakmilik

(Kadar Bayaran)

Ada Tuntutan HakMilik

(Kadar Bayaran)

Pendaftaran Baru (e Daftar)



1

Kenderaan Tempatan




Motokar
< 1500 cc
150.00
200.00

Motokar
> 1500 cc
300
350

Motokar
Syarikat
500.00
550.00

Motosikal
5.00
20.00

Lori/Jentera
60.00
110.00

Kenderaan
Badan Berkanun
500.00
550.00




2

Kenderaan Import




Motokar
< 1500 cc
150.00
200.00

Motokar
> 1500 cc
300.00
350.00

Motokar
Syarikat
500.00
550.00

Motosikal
300.00
320.00

Lori/Jentera
50.00
110.00

Kenderaan
Badan Berkanun
500.00
550.00




3
Pertukaran
Nombor Pendaftaran (interchange)
200.00


(tanpa
gantian LKM)






4.
Pertukaran
Nombor Pendaftaran (interchange)
210.00


(dengan
gantian LKM)






5.
Salinan
Perakuan Pendaftaran Kenderaan



Motokar/Jentera
50.00


Motosikal
20.00





6.
Permohonan
Maklumat Kenderaan



Maklumat Terhad



-
Pemilik
10.00


-
Insurans
10.00





7.
Tukar
Hakmilik Kenderaan



Motosikal
3.00
150.00

Motokar
100.00
23.00

Kenderaan
Perdagangan
40.00
90.00

Kenderaan
Off Road
100.00
150.00




8.
Pembatalan
Tuntutan Hak Milik
Percuma





9.
Pindaan
Data



tukar
enjin, tukar bahan bakar
Percuma





10
Pembetulan
Data
Percuma





11
Permohonan
Pengesahan Rekod
Percuma





12
Pembatalan
Pendaftaran Kenderaan
Percuma





13
Semakan
Senarai Hitam
Percuma





14
Permohonan
Baru Lesen Kenderaan Perdagangan Motor (Trade Plate) 1 tahun



-
1 tahun
700.00


-
6 bulan
350





16
Permohonan
Baru Lesen Kenderaan Perdagangan Motor (Trade Plate - Motorsikal ) 1 tahun



-
1 tahun
240.00


-
6 bulan
120.00





17
Salinan
Lesen Kenderaan Motor



-
Motokar / Lori / Jentera
50.00


-
Motosikal
20.00


0 comment:

Post a Comment

Site Search