date : 16 september 2010
sumber : http://www.malaysiansuperleague.com
Rehat sepanjang Ramadan tidak menjejaskan perancangan Selangor yang menang 3-1 ke atas T-Team, hasil jaringan D. Surendran, Rudie Ramli dan R. Surendren manakala Rosli Muda membalas jaringan tunggal T-Team.
Sejumlah 21 jaringan terhasil pada malam pertama Piala Malaysia 2010 dan lima daripadanya di Kangar, dengan Perlis mencatat kemenangan secara dramatik apabila penyerang kebangsaan Ahmad Fakri Saarani menyumbang dua gol, termasuk gol kemenangan pada saat-saat akhir.
Di Kota Bharu, pengadil Yusof Karim menghadiahkan sepakan penalti buat pelawat Negeri Sembilan apabila S. Subramaniam menjatuhkan Idris Karim pada minit ke-73. Pemain tengah, Abdul Halim Zainal, tanpa segan silu tampil menyempurnakan penalti, memperdayakan penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussain.
Kedah mengikat Johor FC 1-1. Baddrol Bakhtiar membuka tirai jaringan seawal minit ketiga tetapi Johor FC akhirnya memastikan satu mata apabila Wan Rohaimi Ismail menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat.
Keputusan
Kumpulan A
Kelantan 0
Negeri Sembilan 1
(Abdul Halim Zainal penalti m-73)
KL Plus 0
PKNS 1
Kumpulan B
Terengganu 1
Pahang 3
Kuala Lumpur 0
Sabah 0
Kumpulan C
Johor FC 1
(Wan Rohaimi Ismail m-88)
Kedah 1
(Baddrol Bakhtiar m-3)
Perak 2
ATM 2
Kumpulan D
Selangor 3
(D Surendran m-50, Rudie Ramli m-79, R. Surendren m-91)
T-Team 1
(Rosli Muda m-93)
Perlis 3
(Ahmad Fakri Saarani m-55, 92, Azrul Ahmad m-84)
Felda United 2
(Faturazi Rozi m-49, G. Puaneswaran m-85)
Kumpulan A
Kelantan 0
Negeri Sembilan 1
(Abdul Halim Zainal penalti m-73)
KL Plus 0
PKNS 1
Kumpulan B
Terengganu 1
Pahang 3
Kuala Lumpur 0
Sabah 0
Kumpulan C
Johor FC 1
(Wan Rohaimi Ismail m-88)
Kedah 1
(Baddrol Bakhtiar m-3)
Perak 2
ATM 2
Kumpulan D
Selangor 3
(D Surendran m-50, Rudie Ramli m-79, R. Surendren m-91)
T-Team 1
(Rosli Muda m-93)
Perlis 3
(Ahmad Fakri Saarani m-55, 92, Azrul Ahmad m-84)
Felda United 2
(Faturazi Rozi m-49, G. Puaneswaran m-85)
0 comment:
Post a Comment