Tuesday

Kronologi pembunuhan Sosilawati



gambar pembunug sosilawati
gambar pembunuh sosilawati
gambar pembunuh sosilawati

gambar pembunuh sosilawati

30 Ogos
Sosilawati meninggalkan pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama peguam, pemandu peribadi dan seorang pegawai bank CIMB sebelum pergi ke Banting untuk urusan perniagaan.

31 Ogos 2010
Ahli keluarga keempat-empat mangsa membuat laporan polis setelah mendapati mereka gagal dihubungi.

2 September
Sosilawati dan peguamnya dilihat kali terakhir membeli kerepek di Banting. Selain itu, polis turut menemui kereta perdana V6 yang dipercayai milik pegawai bank CIMB dekat tepi jalan di kawasan Petaling Jaya.

4 September
Berita kehilangan empat individu itu disiarkan media.

6 September
Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Flat Angsana USJ1 sementara kereta milik peguamnya dijumpai di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Dorsett, Subang Jaya.

7 September
Ibu Sosilawati merayu anaknya pulang ke kampung untuk menyambut raya. Polis percaya mereka masih selamat.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya seorang doktor gigi. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

12 September
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.

13 September
Siasatan polis mendedahkan wang jutaan ringgit dipindahkan daripada akaun Datuk Sosilawati Lawiya ke akaun salah seorang suspek yang ditahan polis dipercayai berkaitan urusan jual beli tanah sebelum mangsa dibunuh kejam.
Polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan yang melampau.

1 comment:

Post a Comment

Site Search