Tentang Blog Pelaut Malaysia

Visi utama blog ini diwujudkan bagi menghubungkan semua pelaut-pelaut di Malaysia di bawah satu medium online. Misi kami untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pelaut, dalam dan luar negara, berkongsi apa sahaja info berkaitan kehidupan pelaut terutamanya kepada orang ramai bagi membuka mata mereka tentang kerjaya yang dianggap mencabar ini.

Sektor perkapalan penggerak ekonomi dunia

Tahukan anda perkapalan merupakan sektor paling penting bagi sesebuah negara. Hampir 90% daripada perpindahan cargo dari sebuah negara kenegara yang lain menggunakan kapal. Walaupun kerjaya kapal tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi sektor perkapalan merupakan nadi ekonomi utama bagi Malaysia.

Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM

Di Malaysia sekrang terdapat banyak pusat latihan perkapalan antaranya ALAM, RANACO,PELITA dan banyak lagi. ALAM atau Akademi Laut Malaysia merupakan pusat latihan perkapalan yang pertama di Malaysia. Disini pada mulanya anak-anak Malaysia memulakan kerjaya sebagai seorang penakluk samudra yang berjaya.

Tuesday

PENGALAMAN BELAYAR ZAMAN KADET


KAPAL MISC

Perbezaan saiz LNG AMAN dan TENAGA

Assalamualaikum..

Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman pelayaran aku dengan pembaca blog in semasa practikal sebagai 2nd year student. Practikal diatas kapal LNG sedikit membosankan makulujm la Bintulu-Jepun-Taiwan-Korea klau Tenaga Kelas mungkin best sket sebab main belah2 Europe tapi yang xbest pulak xboleh balik Malaysia...."ala kejap je xbalik" APA????sekejap mau sampai habis tempoh la klau 3rd mate mau 6bulan juga la tersiksa jiwa dan raga o000..=)

Tersasar dari cerita asal dah ni, ok time kadet aku 3 kapal special skit (kebanyakan batch aku time tu semua 2 kapal je) sebabnya???? Hurmm aku pun xtahu dah offis kata macam tu, itu la kata aku xkan nak bangkang pulak kot=) First ship aku Kapal Puteri Satu Class wahhhhh time tu gempak la dapat naik Puteri Class maklumla kapal baru deliver, aku memang xtahu apa2 langsung tentang kapal (kat ALAM just teori betul x adik2) asyik la kena marah dengan Bosun la C/O la Kapten la adoiiii seikhlasnya apa yang aku imaginekan memang lain dari realitinya. Hapir semua perkerjaan dari kerja GP deck------>kerja C/O aku kena buat menyecat, stnecil, wire brush, sapu sampah, scaling, check ubat (ikut 2nd officer), Filing, tarik wayar (preparation masuk port), navigation, cargo operation dan lain2 penat nak cerita banyak sgt memang kena lanyak abis biasala 1st Ship Kadet Zero knowledge( Bukan Zero accident Zero Incident tau).

Tapi alhamdulilah just 3 Bulan aku kat 1st ship Puteri Delima satu, then aku ditransferkan ke Puteri Zamrud. Puteri Class lama dibuat oleh France jadi disignnya agak lain sket la buat pengetahuan korang la so disebabkan aku 2nd ship Kadet, Krew2 pun respect la sket dan sedikit sebanyak kerja tahula aku buat walaupun xtau buat2 tau je la yala nama pun 2nd ship kadet walaupu 3 bulan je 1st ship kadet. Disini time tu C/O Ruhaifi oarangnya relax cool tapi klau assignment x hantar cukup bulan sakit la ada la member aku yang terhantar lambat selamber biawak je dia koyak wahhh kesian aku tengok member aku penat2 dia copy buat kena konyak la pulak nasib la labu.

Setelah bercuti seminggu (ceh ayat skema) aku diberitahu ofissss untuk 3rd ship practikal adalah kapal Aman Bintulu....APA????? AMAN!!!!!! wahh kapal 180m dalam breakewater water pun still menari2 la satu cabaran bagi aku sebagai newbie dalam bidang maritime ini. Mahu x mahu kena la juga nak buat macam mana kan...Naik la aku SS AMAN BINTULU memang betul2 kecik pusing satu kapal pun xpenat lagi=) Kat sini aku jadi macam kadet baru balik coz 90% sistemnya lain kapal buatan Jepun lama sistem masih lagi manual lagi cargo operation klau Puteri dah guna DCS (distribution Control System) tapi kapal lain sket smua guna tett, tettt, tettttt ya semuanya button.

Bagi aku antara ketiga2 kapal ini AMAN paling mecabar la so kepada super duper junior ALAM yang baru nak belayar for 2nd year, aku wish all the best dapat kapal ape2 pun naik je lagi banyak lagi experience jangan melekat kat satu kapal je nanti korang nah naik officer susah sket la =)

Written by:- 2/O Zahari


post signature

Saturday

CERITA TENTANG KADET-KADETKU

Pe yg aku nak cite kat sini,masa duk di atas kapal setiap cadet ada task yg tersendiri yg mana kene completedkan sume task b4 balik ke ALAM.So di sini lah aku merasa mcm mana jd seorg guru hehehe...ni lah cadet pertama aku ...Azali namanya org miri.Aku wat mcm kawan je lah coz x reti nak ajar mcm cikgu ajar hehehe sampai sekarang masih lagi ok dgn aku.dah berjaya jd 2nd officer kat kapal pucau mana aku pun x tau ...



Razieman ni org johor...cadet aku yg jiwang karat ...layan je lah tapi yg aku musykil mak ayah dia benarkan plak dia ni belayar walaupun dia ni anak tunggal...dah belayar last month dan 1st time nak jd jr 3rd officer...jgn di tabrak kapal org dah ....


Aku lupa nama penuh dia tapi aku panggil Ijat je lah...antara yg aku takut kalau belayar dgn dia coz sume ok je....Walaupun fishing boat penuh dia leh lagi bersembg2 huhuhu tapi sekarang dah lulus exam.friendly speaking lah aku pon heran mcm mana dia leh lulus....masih lagi x belayar tapi MISC masuk duit tiap2 bln coz sekarang krisis ekonomi jd banyak kapal x jalan.


Tarmizi hehehe panas baran sungguh,kalau dgn aku kat kapal mcm nak melekat je kat aku .Kadang2 rimas pun ada coz tiap kali sampai port nak ikut aku ish3 tension tapi sekarang dah pas exam...tunggu naik kapal je lagi.



Ni Peng dan syuk .... masa naik dah jd senior cadet so x banyak kerenah lah.Syuk dah naik kapal dah tapi peng aku x dapat nak kesan...mungkin dah blah gak kot dr misc.


Cadet aku yg paling banyak problems....suria azhar yg pakai overall kuning ...mati kutu aku di buatnya.Nak marah kesian tapi x marah makin jd2 huhuhu..tp alhamdulillah dia dah jd jr 3rd off tapi sampai sekarang cite pasal dia masih lagi org cakap.


Tapi pe pun perangai dah ragam diaorg aku bangga coz setiap dr meraka yg aku pernh ajar akan col aku dan cakap " 3rd...sy dah lepas oral dah...1 shot je "
Bila dgr je ungkapan ni aku rasa bangga sungguh coz selama duk atas kapal aku ajar,aku denda,aku marah berbaloi...non of them simpan dendam dgn aku hehehe
Pe yg aku nak cakap kat sini terutama kawan2 aku yg duk jd cikgu sekarang ni...mmg susah tapi tu akan jd kenangan paling manis coz kita didik anak bangsa kita dgn ikhlas.




Friday

KISAHKU DI ALAM TERENGGANU

Diploma in Marine Engineering
Akademi Laut Malaysia


BUDAK DME

Masok sini pe yg aq dapat..


1st Sume Free

[yuran 100ribu xyh baya, baju, makan, buku]
Bile dah grad, terus da ade keje. Senang.

Gaji pun, alhamdulillah n masyallah~
rezeki maseng2 di tgn tuhan.


dpt elaun.
sikit jer.
rm200 sebulan

sperti biase. kekadang takde air!!
bilek pun tak berape selesa mcm ALAM Main Campus.
kelas dekat!! best~
[kalo kat Main Campus jaoh giler]


Masok sini aq blaja pe..
[ tah. mcm tak blaja pun ade gak. tp ade r gak blaja skit2.]

Thermodynamics | Applied Mechanics | Mathematics |Marine Engineering Knowledge
Naval Architect | English | Material Engineering | Electrotechnology | Instrumentation Computer Application | Islamic Studies |


Tapi an. yg best nye. stiap kali final. Mesti da taw soklan ape yang kua.
but not all subject lar yg bagi. 1 2 sbject jer.
ni yg wat ktorang sayang lecturer kitorang.
hehehe.

ni blaja kat kelas..

Kalo Worksyop lak blaja
Welding | Bench Fitting | Lathe Machine | Maintenance
[ paling best blaja Maintenance. Mr Daud rocks!! ]


Group Maintenance ngan Mr.Daud..
BUDAK DME
Welding ngan Mr.Rostam..
BUDAK DME
Worksyop W1

BUDAK DME
Dan sebagainyeeee..


Hmm..
Lagi3..
Kalo masok sini...
korang leh jadi bombeee~
wiii~

best giler maen api.

[mak mara kalo maen api~]

"API Kecik2 jd kawan..
da besa jadi MAINAN"

BUDAK DME

slain dr padam api ni je.
korang dpt gak try pakai mende nih.

macam Scuba Gear. tapi tu r. Macam jer.
ni org panggel BA [Breathing Apparatus]


BUDAK DME

gune die time kalo nk masok tmpt yg less oksigen.
hehe. or tmpat yg bebau busuk terlampau.
OPSS!!
[DME 25 D sahaja yg tau maksud disebalik ayat tersebut]


lagi..
korang akan blaja jd PARAMEDIC
[mangse demo balutan : Kapten Adam .bkn name sebenar ]

hahaha!!
banyak ag korang ley blaja..
hmm..
lagi pe eh..


cmne nk idop kat laot..??
tu pun blaja jugak maa~

Sea Survival

BUDAK DME

main air!!
best giler dowh..
ni kat poOL. ade aritu kat tgh2 laot.
tp tak pat nak amek gamba r.
giler pew kat tgh2 laot nk bwk kmera.
huhu.


Slain tu.
Korang dpt blaja swimming.
mcm2 style ader blaja~
[gamba ni lakonan semate2. Time betul2 lupe nak amek gamba lak]

BUDAK DME
Coach Swimming ktorang coach yg terhandal di peringkat Global
JJ kesayangan
Mr.Wahab


Satu2 nye sport yang aq baru try kat sini an..
Dragon Boat
best kott.
BUDAK DME


Macam2 dapat rase kalo masok sini.
Aq tules ni sume tok info bg dak2 yg bminat nk msok ALAM [engineering jer ok]
nk merantau negare org free~
mai masuk sini.
Intermational Passport pn dpt free bai
da boleh da nak p Bali...



Live . The . Glory



DITULIS OLEH :- SYED SYAIRAZI, 19 MARINE ENGINEERING TERENGGANU.

10 ALASAN KENAPA KAPTEN TIDAK MENINGGALKAN KAPAL

Whenever a ship sinks due to any reason, the Captain of the Ship prefers to sink with the ship. Captain, heroically sank with the ship, whereas the other ships crew were rescued. Though this is shocking and surprising, there are enough reasons for this.


AKADEMI LAUT MALYSIA

1.Customs and Traditions:

There are unwritten customs and traditions in the Merchant Ship which are followed by mariners since centuries. Captain preferring to sink with the ship is also one form of customs and traditions followed in the Merchant Ship. You may recollect on such occasions, that a pilot of the aircraft most of the times ejects, as there is no such custom and tradition to be followed.


2.Perform or Perish attitude:

The captain being the hard task master, when fails to perform ie when he is not able to protect the ship and ships crew prefers to perish, i.e. he prefers to sink with the ship.


3.Moral responsibility:

Whatsoever may be the reason for the ship to sink, the captain doesn’t blame anyone till his last breath, but ensures that the ships crew is saved or rescued. He owes the moral responsibility for the mishap and prefers to sink with the ship. Such an act of owing moral responsibility is rarely seen in corporate bosses or head of an organisation.


4.Setting an example:

The captain being the No1 in the ship, has to be an example to others. He is the captain as long as the ship floats, but when the ship sinks he is no more a captain. Hence when the ship sinks he prefers to sink with the ship.


5.Mark of respect:

When the ship sinks, the captain sinks with the ship as an act of mark of respect to the ship he commanded.


6.Can’t live without his Lady Love:

The captain can not live without his Ladylove i.e. when his ship sinks. Ship is generally feminine. You may see my earlier post on this subject.


7.My ship and My command attitude:

The captain of a ship, functionally acts as a dictator. Because of this attitude, he feels he is right to sink with the ship when his command collapses.


8.An act of Sacrifice:

The captain feels guilty when the ship sinks and prefers to sink with the ship.


9.To be seen as a Hero or Martyr:

By sinking with the ship, the captain will always be seen as a hero or martyr. If he prefers to survive, he loses his name and fame and will have a miserable life.


Written by,

Captain Zukkifli,

Ex-Lecturer ALAM


post signature

MARINE ENGINEERING BRIDGING PROGRAMME



Apabila kawan-kawanku bertanyakan, "Dah kerja ke?". Its hard for me to answer the question. Nak cakap kerja pun belum lagi, nak cakap study pun rasanya macam pelik.

In around August 2008. Aku telah berjaya terpilih sebagai seorang candidate untuk Marine Engineering Bridging Programme. What is it? Here are the fact about this programme.

Terbuka untuk graduan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal Ataupun Mekatronik di universiti tempatan ataupun luar negara.

Semua training/modular course ditanggung sepenuhnya oleh MISC Bhd

Training di jalankan di Akademi Laut Malaysia cawangan Batu Rakit. Modular course di jalankan di kampus utama, Melaka.

Tempoh latihan adalah 7 bulan. 1 Bulan adalah Modular Course dan 6 bulan adalah Marine Engineering. Remember, this is compress course and we need to absorb as much as we can.

Di Alam, dikenali sebagai Brigding Cadet. Elaun training adalah lebih daripada kadet kerana mostly drpd kami sudah mempunyai komitmen keluarga.

1st batch bridging programme terdiri drpd 27 org. 3 drpdnya sudah berumahtangga. Paling muda adalah yang berusia 23tahun[1985] yang paling tua berumur adalah berusia lebih kurang 28 tahun[1980]

6 Bulan di Batu Rakit Kampus. Telah dipecahkan kepada 2 Fasa. Semua subjek adalah untuk COC WKE Class 4. Subjek yang telah dipelajari di universiti, hanya akan ditranfser kredit untuk lulus kelayakan MARDEP. [e.g Termodynamic]

Subjek Fasa 1: Marine Engineering Knowlegde, Electrotechnology, Control And Automation, Introduction to Shipping and Marine Engineering, Naval Architecture and Marine Lab.

Subjek Fasa 2: Marine Plant Maintenance, Engineering Knowledge Motor, General, Steam, Marine Electrical Practice, Maritime Law

Selepas 6bulan, kami akan terus menjalani praktical atas kapal untuk 9 bulan sebab syarat drpd MARDEP memsti mempunyai minimum 9bulan belayar sebelum menjalani ujian WKE class 4. April 2009 dijangka akan start praktikal.

After 9 month praktikal, kami akan terus membuat persediaan untuk COC WKE Class 4.

Basic gaji adalah berlainan sedikit sewaktu menjadi 5th Engineer and 4th Engineer sahaja. +RM700

Sewaktu di ALAM, semua bridging cadet juga terikat dengan semua peraturan ALAM. Rambut pendek, fall-in, row call, colours, PT, room inspection. Makan juga adalah di GALLEY.

Kontrak dengan MISC Bhd akan tamat selepas 3 tahun mendapat COC Class 1. About 7 years. Insyallah.

We are the pioneer batch. The syllabus got kelam-kabut sedikit, but the course advisor manage to handle the problem. We heard the 2nd and 3rd batch are ready. The intake is around May and August.

Marine Engineer adalah berlainan dengan Engineer darat. In university, we learn mostly theory and design. But for marine engineer, more hands on, more maintenance and more exposure. Until today, I gain much knowledge about boiler, steam turbine, 4-stroke, 2-stroke diesel engine, pump, compressor, generator, purifier, and a lot.

p/s: I never imagine that I become myself TODAY. I never taught that I'll become a Marine Engineer. Its outside of box. Unexpected.

Muhamad Fadli.

DIREMPUH RIBUT DURIAN

PENGALAMAN BELAYAR
PELAYARAN paling menyeronokkan ialah ke Barcelona, Sepanyol.



Segak berpakaian seragam, lengkap dengan topi berwarna coklat, pelatih Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini sabar menunggu gilirannya untuk ditemubual. Walaupun nampak agak kekok pada awalnya, anak kelahiran Bidor, Perak ini nampaknya cepat menyesuaikan diri untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Anak muda berusia 21 tahun ini memberitahu, dia memulakan pendidikan peringkat menengah di SMK Sheikh Abd Ghani di Bidor, Perak, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Gerik dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal sehingga tahun 2005 dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sana.

Tamat SPM, Amirul Fahmi Mohd Anuar mengambil keputusan untuk mengikuti jurusan Diploma Pengajian Nautikal di ALAM.

Kini berada di tahun akhir, Amirul menyertai ALAM kerana minatnya yang mendalam terhadap kerjaya perkapalan yang mencabar. Dia cukup bertuah kerana impiannya itu tidak mendapat apa-apa halangan daripada keluarga.

"Ayah beri sokongan sepenuhnya supaya saya menghabiskan pengajian di ALAM. Saya mendapat tahu tentang ALAM menerusi pengetua sekolah teknik yang pernah mengambil jurusan kejuruteraan marin.

PENGALAMAN BELAYAR


"Dari situ, saya terfikir bahawa mesti ada institusi lain yang menawarkan program berkaitan perkapalan. Maka, saya terus mencari maklumat menerusi pembacaan dan internet. Kemudian, saya dapati ALAM ada menyediakan kursus untuk mereka yang berminat dan mahu menjadi pegawai navigasi," kata anak kepada pesara tentera ini sambil tersenyum.

Selaku bakal pegawai navigasi, Amirul faham mengenai cabaran dan tanggungjawab yang dipikulnya. Menjadi salah seorang penerima tajaan sebuah syarikat perkapalan terkemuka negara, Malaysia International Shipping Corporation (MISC Berhad), Amirul menyatakan sebagai pegawai navigasi, dia perlu memastikan aspek keselamatan kapal dan kargo yang bernilai berbilion ringgit ketika belayar dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain.

"Saya mesti memandu arah kapal dengan selamat. Tanggungjawab saya ke atas semua pihak terbabit bukannya semudah yang disangka.

"Sepanjang belajar di ALAM, cabaran paling besar pernah saya hadapi ialah ketika perlu menjalani latihan praktikal selama 12 bulan di atas kapal. Saya berpeluang melihat pegawai-pegawai senior menjalankan tugas. Dalam tempoh ini, saya bertugas di dua buah kapal, setiap satunya mengambil masa selama enam bulan," ceritanya lagi.

Latihan praktikal ini adalah sebahagian daripada syarat yang mesti dipenuhi oleh setiap pelatih, sebelum mereka mendapat kelayakan menjadi seorang pegawai oleh pihak Jabatan Laut.

Tiga aspek telah dipelajari Amirul semasa berada di atas kapal milik MISC itu. Pertamanya ialah navigasi, selain operasi kargo seperti pemindahan barangan di pelabuhan dan penyelenggaraan kapal.

Amirul juga perlu mengambil tahu segala perkara yang berkaitan dengan kapal yang dinaikinya termasuk bagaimana untuk membaik pulih, mengenal pasti kerosakan kapal dan menjaga kebajikan anak-anak kapal.

"Pengalaman? Saya diarah menjalani latihan mengendalikan kapal kontena yang diberi nama Bunga Pelangi 2. Ia mempunyai laluan yang telah ditetapkan iaitu melibatkan perjalanan dari China ke Eropah, merangkumi Terusan Suez, Laut Mediterranean, Lautan Hindi dan sebahagian benua Asia.

"Paling getir mengendalikan kapal ialah sewaktu cuaca buruk seperti ribut. Pernah sekali, saya terpaksa mengharung ribut Durian di Selat Taiwan. Mujurlah ketika itu, kapal masih boleh bertahan walaupun dilambung ombak yang tinggi.

"Memang takut juga kerana apabila berlakunya ribut, kapal seakan sekotak mancis dalam sebuah bekas air yang besar. Macam-macam boleh berlaku, seperti terhempas dan sebagainya," ujarnya.

Pada bulan-bulan pertama menjalani latihan, Amirul mengakui mengalami masalah mabuk laut kerana masih belum dapat menyesuaikan diri. Namun, lama-kelamaan masalah itu, dapat diatasinya. Cuma, kadangkala dia jatuh sakit disebabkan perubahan cuaca yang ketara.

Justeru, untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuhnya, Amirul memastikan dirinya sentiasa aktif melalui aktiviti sukan serta senaman.

Terikat dengan kontrak selama lima tahun selepas memperoleh tahap Master Command, Amirul telah membuat perancangan untuk lebih banyak belayar dengan Sijil Kecekapan yang bakal diperolehnya nanti.

"Pelayaran yang paling menyeronokkan ialah ketika menuju ke pelabuhan di Barcelona, Sepanyol. Memandangkan ia sebuah kawasan pelancongan, Barcelona mempunyai pemandangan yang sangat cantik, budaya dan sejarah yang unik.

"Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu menyertai bidang perkapalan, mereka perlu mengubah tanggapan bahawa laut adalah berbahaya dan menakutkan.

"Buang perasaan takut dan persepsi negatif itu. Sebabnya, ia adalah satu kerjaya yang menarik dan benar-benar mencabar," kata Amrirul yang gemar bermain bola sepak ketika waktu lapangnya.

Sunday

Persoalan agama kerja kapal / pelaut

LNG
gambar hiasan

Soalan:

Terlebih dahulu sy ingin mengucapkan ribuan terima ksh pd ustaz mjwb bbrapa soalan sy...sy br dapat kerja dan bkal mnjlnkn tgjwb tdk lama lg...sy bekerja sbg pelayar dgn company misc..sy akan belayar ke seluruh dunia lbh krng 6-8bulan...mslhnye skrg cam ner sy nak menunaikan solat,adakah sy boleh uat jamak selama 6 bulan tu?jumaat pun tak dpt dilakukan di atas kapal,(dr maklumat kwn2 yg dah blyr).sy risau krn hal ni...

2.sy bkal mendirikan rumahtangga dan sudah pasti akan tinggalkan isteri mlebihi 3 bulan..mcm mane hukamnye ustaz...

sekian terima kasih.....

--------------------------------------------------------------

Jawapan:

wa alaikumsalam

Dalam masalah tuan ini sebaiknya beramal dengan pendapat yang lebih cermat yaitu tidak melakukan jamak atau qasar selama berada diatas kapal tersebut kerana kapal tersebut dikira sebagai tempat tinggal tuan.

Ada pun solat jumaat maka tidak sah di lakukan di atas kapal. Oleh itu tuan tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat selagi belum sampai di daratan bermakna tidak berdosa meninggalkan jumaat dan wajib melakukan solat zuhur pada hari jumaat selama berada di atas kapal.

Masalah meninggalkan isteri lebih dari 3 bulan tidak menjadi masalah selagi di persetujui oleh isteri tuan kerana apabila isteri menggugurkan haknya maka tidak mengapa meninggalkannya dalam masa yang lama. Taklid hanya berlaku jika isteri mengadu kepada qadhi bahawa suami meninggalkannya tanpa sebarang alasan yang munasabah.

wallahua'lam


Site Search