Wednesday

Gambar limpahan minyak di Teluk Mexico


Tak siapa pun menyangka Deepwater Horizon yang berada di Teluk Mexico boleh tenggelam kerana ianya merupakan salah satu pelantar carigali minyak tercanggih di dunia, tapi itulah yang terjadi, menyebabkan limpahan minyak. Lihat Video: Kebakaran di pelantar Deepwater Horizon sebelum tenggelam.

23 April, 2010, sebuah kapal cuba mengumpul minyak di permukaan tapi minyak terus mengalir keluar dari punca kebocoran di dasar laut.

Syarikat minyak BP, pemilik telaga minyak dasar laut yang bocor akibat dari kemusnahan pelantar Deepwater Horizon, menganggarkan beribu-ribu tong minyak mengalir keluar dari kebocoran 5,000 kaki (1,524 meter) di bawah permukaan air.

Gambar dari udara, 28 April, 2010, kelihatan warna pelangi terhasil dari 'lapisan tipis minyak - mungkin setebal satu molekul' menurut Doug Helton, penyelaras operasi kejadian untuk NOAA.

Tompok-tompok hitam minyak bergerak mengikut aliran air, jauh dari punca kebocoran.

Gambar satelit, 26 April, 2010, sebuah kapalterbang kecil melintas di atas 'peparit' minyak berwarna karat yang kelihatan di permukaan air.

Satu 'sungai' minyak mentah merentasi permukaan Teluk, gambar dari udara, 28 April, 2010.

Sebuah kapalterbang menyembur bahan kimia dalam salah satu usaha untuk menghalang minyak dari terus melebar jauh menuju ke pantai.

0 comment:

Post a Comment

Site Search