Tentang Blog Pelaut Malaysia

Visi utama blog ini diwujudkan bagi menghubungkan semua pelaut-pelaut di Malaysia di bawah satu medium online. Misi kami untuk menyampaikan maklumat terkini tentang dunia pelaut, dalam dan luar negara, berkongsi apa sahaja info berkaitan kehidupan pelaut terutamanya kepada orang ramai bagi membuka mata mereka tentang kerjaya yang dianggap mencabar ini.

Sektor perkapalan penggerak ekonomi dunia

Tahukan anda perkapalan merupakan sektor paling penting bagi sesebuah negara. Hampir 90% daripada perpindahan cargo dari sebuah negara kenegara yang lain menggunakan kapal. Walaupun kerjaya kapal tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi sektor perkapalan merupakan nadi ekonomi utama bagi Malaysia.

Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM

Di Malaysia sekrang terdapat banyak pusat latihan perkapalan antaranya ALAM, RANACO,PELITA dan banyak lagi. ALAM atau Akademi Laut Malaysia merupakan pusat latihan perkapalan yang pertama di Malaysia. Disini pada mulanya anak-anak Malaysia memulakan kerjaya sebagai seorang penakluk samudra yang berjaya.

Friday

Warga asing memonopoli industri perkapalan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBC-0VTCFsj_yYWbiTxWNXosLOQuO2lqk4QOa5uF49159gKExBjwAS7AitfV5dHVmKkTSGHbz-dw68ZroI1DHeendkfERUTWWvz7vncLXrCDlzehehyZAhs9Coi4CoU7kfD3F1073HRjBR/s400/Kapal+LNG+(600+x+395).jpg


KOTA KINABALU 21 Nov. - Kurang kemahiran dalam industri perkapalan menyebabkan lebih 90 peratus pekerja dalam industri tersebut di negeri ini diisi oleh warga asing.

Pengarah Jabatan Laut Sabah, Abdul Aziz Muhamud berkata, selain itu, kurang pendedahan terhadap industri tersebut juga menyebabkan kurangnya minat penduduk tempatan menyertai industri itu.

"Berdasarkan jumlah itu, peratusan warga tempatan yang bekerja dalam bidang perkapalan di negeri ini adalah kurang daripada 10 peratus.

"Oleh itu, pihak kami akan menyusun pelbagai aktiviti dan program untuk menarik minat orang ramai khususnya para belia untuk menceburi dalam bidang tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Jabatan Laut Negeri di sini semalam.

Menurutnya, latihan yang diadakan pihaknya dalam bidang perkapalan pada masa ini dilihat kurang mendapat sambutan daripada rakyat tempatan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha bagi mendedahkan dan menarik minat rakyat di negeri ini dalam sektor penting dan berpotensi itu.

Dalam pada itu katanya, beliau berharap kerajaan dapat menubuhkan lebih banyak pusat latihan dalam bidang perkapalan di negeri ini.

Katanya ini penting bagi menghasilkan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang perkapalan seterusnya memecah monopoli pekerja asing dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sementara itu katanya sebagai usaha mendedahkan masyarakat kepada industri perkapalan, Jabatan Laut akan mengadakan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat negeri pada 4 dan 5 Disember ini.

"Sambutan yang akan diadakan di Waterfront Kota Kinabalu itu dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Dengan sambutan Hari Maritim Sedunia ini kita berharap masyarakat akan menyedari bahawa sektor ini adalah penting kerana perkapalan merupakan pengangkutan utama dalam perdagangan antarabangsa," ujarnya.



Site Search