Sunday

Mengapa pelaut Malaysia bukan pilihan syarikat perkapalan Malaysia

  1. Kepentingan kewangan syarikat
  2. Pemohon di kalangan pelaut baharu, tiada sea time
  3. Pemohon tidak bersedia ketika syarikat memerlukan anak kapal untuk melapor dengan segera
  4. Tidak perlu membayar caruman KWSP untuk pelaut asing
  5. ‘Duit tambahan’
  6. Pelaut Malaysia tidak mahir bekerja
  7. Pelaut asing lebih mahir
  8. Pelaut asing lebih mahir dalam penyediaan laporan bertulis dan laporan lisan
  9. Pelaut masing amat mahir = bayaran tinggi
  10. Pelaut Malaysia tidak menyertai kesatuan sekerja. Majikan pijak kepala
Masa depan pelaut Malaysia tidak menentu dengan kebanjiran pelaut asing bekerja disyarikat perkapalan Malaysia

10 sebab di atas adalah rangkuman bagi tinjauan pendapat singkat di facebook. Adakah semua sebab di atas benar dan berasas?

  • Kapal Malaysia
  • Bendera Malaysia
  • Pelaut Malaysia

Biarkan kapal bendera Malaysia dianggotai oleh pelaut Malaysia. Utamakan Pelaut Malaysia!

Sasaran Pengambilan Kerja Pelaut Malaysia 2012-2020

2012 – minimum 2 orang kelasi warga Malaysia

2013 – minimum 3 orang kelasi warga Malaysia

2014 – minimum 4 orang kelasi warga Malaysia

2015 – minimum 5 orang kelasi warga Malaysia

2016 – minimum 6 orang kelasi warga Malaysia

2017 – minimum 7 0rang kelasi dan 1 pegawai warga Malaysia

2018 – minimum 8 orang kelasi dan 2 pegawai warga Malaysia

2019 – minimum 9 orang kelasi dan 3 pegawai warga Malaysia

2020 – minimum 10 orang kelasi dan 4 pegawai warga Malaysia


Apakah Kesannya Kepada Negara?

Dengan anggaran Malaysia memiliki 5000 kapal berdaftar;

2012 – 10,000 pelaung pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 20,000 perut warga Malaysia

2013 – 15,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 30,000 perut warga Malaysia

2014 – 20,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 40,000 perut warga Malaysia

2015 – 25,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 50,000 perut warga Malaysia

2016 – 30,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 60,000 perut warga Malaysia

2017 – 40,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 80,000 perut warga Malaysia

2018 – 50,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 100,000 perut warga Malaysia

2019 – 60,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 120,000 perut warga Malaysia

2020 – 70,000 peluang pekerjaan yang dapat mengisi sekurang-kurangnya 140,000 perut warga Malaysia

Ambil kira juga, berapa banyak wang negara yang dapat diselamatkan daripada mengalir keluar? Yang dibawa pulang ke negara asal oleh pelaut asing.

Berapa banyak sumbangan melalui pelbagai jenis cukai atas perbelanjaan oleh pelaut?

Kebanyakkan pelaut ini belayar di had pelayaran Near Coastal yang mewajibkan mereka turut membayar cukai pendapatan. Berapa banyak yang akan berjaya dikutip?

Ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maritim (maritime nation) terulung?

Inilah antara langkah-langkah yang MESTI dijalankan. Pembangunan modal insan yang tidak boleh dibazirkan.

Ingatlah, beratus tahun dahulu, kitalah peneroka samudera yang berjaya. Malah, orang pertama yang dikatakan mengelilingi dunia adalah pelaut kita, Panglima Hitam!

Utamakan Pelaut Malaysia!




kredit :- perkapalanmalaysia.com

1 comment:

Bullshit!!! Experienced seafarers are gonna retire someday. You wont get Chief Engineers and Captains working till their 50. Come on. Be realistic! Kata tak nak ambik pelaut malaysia sbb takde seatime. If these companies give us an oppurtunity for seatime and experience, then you companies dont have to talk about us not having seatime and stuff. And about those bunch of assholes who give excuses and reasons when its time to sign on, BLACKLIST THEM!! because of such idiots, young seafarers like me, lose importunity and get a bad name.

Post a comment

Site Search