Thursday

Temubual bersama Kapten Mohd Noor bin Kassim-Part 2

BIODATA TOKOH


  • Nama : Mohd Noor bin Kasim
  • Tarikh Lahir : 13 Mac 1952
  • Umur : 58 Tahun
  • Tempat Lahir : Lubuk China, Melaka
  • Alamat : No 21, Jalan Indah, Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur.
  • Akademik : Master Mariner Class 1, Australia
  • Kerjaya : Ahli Pelayaran Kapal MISC (1971-2007), Timbalan Pengarah Neural Chemical Sdn. Bhd.(Bahagian Perkapalan), Pemeriksa Kertas di Jabatan Laut Malaysia.
  • Anugerah : Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
  • Hobi : Bermain Golf
  • Isteri : Rohaida binti Abd. Rahman
  • Anak : 5 Orang Lelaki


PENGENALAN TOKOH

Kapten Mohd Noor bin Kasim merupakan seorang tokoh pelayaran dan perkapalan yang telah pun bersara pada tahun 2007. Jawatan yang disandang beliau sebelum menamatkan perkhidmatan ialah sebagai Pengarah Bahagian Kapal Tangki. Beliau telah memulakan karier sebagai anak kapal Malaysian International Shipping Corporation (MISC) berjawatan kadet pada tahun 1971 setelah menamatkan pengajian di Politeknik Singapura.

Bermula sebagai seorang kadet, beliau mula dikenali oleh sebilangan besar krew-krew dan pegawai dengan sikap rajin bekerja dan seorang yang tidak banyak merungut. Beliau sanggup melakukan sebarang tugas yang diamanahkan kerana berprinsip bahawa setiap tugasan merupakan panduan kepadanya untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Memulakan karier dengan jawatan rendah dan bergaji kecil, namun beliau percaya rezeki ada di mana-mana. Apa yang paling penting ialah bekerja dengan ikhlas. Setelah menyambung pengajian ke peringkat seterusnya dalam bidang perkapalan, beliau berjaya untuk naik setapak demi setapak sehingga mampu menyandang pelbagai posisi kerja di MISC. Perkembangan kerjayanya seiring dengan perkembangan MISC itu sendiri.

Menurutnya, bidang perkapalan tidak pernah terlintas di hati untuk diterokai namun itulah bidang yang menjadi periuk nasinya sehingga beliau bersara pada tahun 2007. Beliau kini beusia 58 tahun dan memegang jawatan sebagai timbalan pengarah di syarikat Neural Chemical Sdn. Bhd.


BIDANG PERKAPALAN DAN PELAYARAN


Bidang perkapalan merupakan salah satu bidang yang terpenting dalam pembangunan ekonomi negara. Penyertaan kapal-kapal tempatan telah meningkat sebagaimana ditunjukkan oleh pertambahan bilangan kapal-kapal Malaysia dan jumlah tan kargo yang diangkut.

Bilangan kapal-kapal Malaysia bertambah daripada 714 pada tahun 1985 kepada 898 buah pada tahun 1990, iaitu pada kadar 4.7 peratus setahun. Di syarikat perkapalan utama, Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dan Perbadanan Perkapalan Kebangsaan (PNSL), telah meningkat keupayaan masing-masing.

Bilangan Kapal MISC bertambah daripada 44 pada tahun 1985 kepada 51 buah pada tahun 1990 manakala bilangan kapal PNSL pula bertambah daripada sembilan kepada 10 buah dengan peningkatan keupayaan muatan yang sedikit. Sumbangan perdagangan negara melalui laut yang dikendalikan oleh MISC masih kekal pada kadar 19.7 peratus manakala yang dikendalikan oleh PNSL meningkat daripada 7.1 peratus pada tahun 1985 kepada 10.5 peratus pada tahun 1990.

62 peratus pegangan dalam MISC dimiliki oleh Cartaban Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Petroliam Nasional Berhad (Strategic INV), 8.92 peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), empat peratus Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Skim Amanah Saham Bumiputera, 2.29 peratus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), 1.65 peratus State Financial Secretary Sarawak, 1.18 peratus Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, 1.06 peratus Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), 1.03
peratus Valuecap Sdn Bhd, 0.97 peratus Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd dan 0.96 peratus Lembaga Tabung Haji.

Penyertaan syarikat tempatan dalam aktiviti perkapalan termasuk pengendalian kargo dan penumpang telah meningkat seperti digambarkan melalui pertambahan bilangan kapal yang didaftar di Malaysia daripada 2,132 kapal pada tahun 1995 kepada 3,200 pada tahun 2000, iaitu peningkatan sebanyak 8.5 peratus setahun. Kebanyakan kapal tersebut adalah kecil kecuali yang didaftarkan atas milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd. (MISC) dan Global Maritime Ventures Bhd. (GMVB). Bilangan kapal kepunyaan MISC telah meningkat daripada 62 kapal pada tahun 1995 kepada 125 pada tahun 2000

Menyedari bahawa negara ini sangat bergantung kepada kapal-kapal asing yang mengakibatkan pengaliran keluar wang negara dengan banyaknya, satu pendekatan yang bersepadu bagi memperkukuhkan industri perkapalan akan dilaksanakan. Kemungkinan melonggarkan peraturan perundangan yang menyekat modal saham asing dalam industri ini akan diusahakan dan pembentukan usahasama dengan syarikat-syarikat perkapalan asing akan digalakkan. Penambahan kapal-kapal dagang, penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan yang cekap dan sesuai, pertumbuhan dan pembangunan yang lebih cekap bagi industri pembaikan dan pembinaan kapal serta latihan dan kemajuan kerjaya rakyat tempatan dalam bidang profesional, perdagangan dan pengurusan industri perkapalan akan juga diberi penekanan.

Aktiviti-aktiviti MISC dan PNSL dalam aspek perkapalan dalam negeri dan antarabangsa akan diperluas dan dipelbagaikan. Dalam tempoh RM6, tiga buah kapal baru akan diperolehi oleh MISC bagi menambah bilangan kapalnya yang kini berjumlah 51 buah dan ini akan dapat menambahkan keupayaannya kepada 1.48 juta tan pada akhir tahun 1995.

Bersambung ke part-3


Kredit kepada transkrip asal :- http://210.48.147.84/doc/mohd_noor.pdf

0 comment:

Post a Comment

Site Search