Friday

Jawapan dari E-mail yang diterima


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi support dalam penubuhan blog Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini. Tujuan penubuhan blog ini untuk memberi info semasa kepada Student ALAM , Ex-ALAM , Officers dan Engineers tentang Aktiviti dan isu semasa berkaitan maritim dan kerjaya. Selain itu, saya berbesar hati untuk menolong adik-adik yang berminat dengan bidang perkapalan. Insyallah saya akan cuba sebaik mungkin untuk menolong saundara/saudari dengn memerikan tips dan info bagaimana untuk memasuki Akademi ini. Saya telah banyak menerima terlalu banyak e-mail dan saya akan menjawab persoalan anda di ruang ini.....Antara e-mail yang diterima saya :-

Syameyma Eyma
Saya Normah Aziz dan sudah berumur 21 tahun dan akan tamat pengajian pada bulan mei ini dalam diploma perakaunan...Saya amat tertarik dan ingin menjadi sebahagian daripada ALAM ini..Adakah saya layak untuk melanjutkan pengajian di ALAM pada tahun hadapan dan seterusnya menyambung ijazah atau pun saya kena ambil kursus kadet atau sebagainya semula untuk diploma??Adakah di sana terdapat kursus-kursus yang sesuai dengan level saya atau sebaliknya??

JAWAPAN:-
ALAM hanya menawarkan diploma dalam bidang Diploma in Nautica Study(DNS) ataupun Diploma in Marine Engineering (DME). Jika anda ingin belajar di ALAM, anda perlu mengikuti semula kursus kadet tersebut dalam bidang Diploma bermaksud Diploma anda dalam bidang perakaunan sebelum ini tidak membawa apa2 makana (xlaku untuk memohon ALAM) anda perlu apply semula menggunakan sijil SPM. Kursus kadet di ALAM dalam jangka masa 3 tahun.

Ismail bin hanafi ismail
Saya ada memohon utk program marine engineering bridging 2010..
soalan saya berapa ramai pengambilan untuk untuk ambilan 2010.
selepas tamat latihan adakah syarikat kapal pasti akan ambil dan terus terus bekerja??
berapakah gaji minima semasa permulaan kerja dan pangkat??

JAWAPAN:-
Berapa ramai itu bergantung kepada permintaan dari agensi-agensi syarikat tempatan yang memerlukan engineer commonly pelajar bridging marine engineering akan menjadi electrician engineer di atas kapal. Anda akan terus bekerja dalam syarikat berkenaan dan gaji minimum bagi electrician engineer rm4500 (bergantung kepada syarikat anda)


Syahmi shukrie

Saya telah menerima panggilan untuk belajar di Alam..di bawah tajaan MISC
soalan saya.
1)bolehkah saya mencari penaja lain selain MISC.
2)bagaimana saya boleh mencari penaja dari syarikat perkapalan yang lain??


JAWPAN:-
Tahniah kerana berjaya melayakan diri belajar di ALAM.Untuk pertanyaan soalan anda adik tidak boleh menukar sponsor yang telah anda terima. Anda sama sekali tidak boleh mencari penaja dari syarikat lain disebabkan anda telah menerima tajaan dari MISC.



Ridhwan kamal
saya nak tanya sikit....berapa lama perlu ditunggu untuk mengetahui sama ada saya dapat masuk alam x??saya dh pergi interview semua..
JAWAPAN:-
Anda akan menerima surat tawaran dari ALAM jika anda layak mengikuti program yang anda pohon. Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum menerima tawaran tersebut.

Muhammad Syafiq
Saya Muhammad Syafiq ingin mengetahui cara-cara memasuki Akademi Laut Malaysia. Dimana boleh memperoleh borang kemasukan ke Akademi Laut Malaysia dan bilakah tarikh kemasukan dan tarikh tutup permohonan tersebut. Terima kasih.
JAWAPAN:-
Borang kemasukan adalah secara online. Apabila iklan disiarkan anda boleh mendapatkan borang berkenaan di website rasmi ALAM. Selalunya iklan akan dikeluarkan selepas dapatnya keputusan SPM. anda perlu alert kerana iklan hanya disiarkan hanya sekali sahaja.


Jai Dudas
Saya ingin bertanya la.saya ni lepasan spm tahun 2005.tahun 2006 saya ada dapat surat pegi interview untuk ALAM.tp saya tak pergi sbb dah masuk kolej swasta buat diploma mechanical engineering,tp diploma kolej tuh tak berapa nak laku..so,saya ingin kembali ke pangkal jalan,nak masuk alam,sebab memang daripada dulu minat nk masuk ALAM.. Bagaimana saya nak mohon masuk alam?Sila bagi tunjuk ajar..

JAWAPAN:-
Kemasukan ALAM adalah dari umur 17-23 tahun.Jika anda masih berminat saudara boleh berbuat demikian dengan terus memohon sekiranya iklan keluar melawati website ALAM atau akhbar.




Asmawi
saya ingin tahu mcm mane syarat2 nak masuk kursus alam nie dan bila tarikh pengambilan ...saya nak kerja sebagai kelasi kapal...umur saya sekarang dah masuk 27 tahun adakah saya layak lagi nak minta kerja sebagai kelasi kapal nie...

JAWAPAN:-
Bagi kelasi course mereka selama 3 bulan di ALAM. Mereka disebut sebagaiRating.Selalunya mereka akan dipilih melalui di IKBM, IKM dan sebagainya. Terdapat 3 course yang ditawarkan iaitu deck, engine dan catering. Jika berminat anda boleh terus menghubungi pihak terus ALAM dan bertanyakan tarikh pengambilan rating kerana course ini tidak sama dengan couse tajaan Kadet.



Rafidah Fidah
Salam. Saya ingin tahu maklumat lanjut mengenai prospek kerjaya, peratus pengambilan yang berjaya ditemuduga dan pembelajaran diploma kejuruteraan maritim. Harap dapat memberi maklumat berkenaan perkara tersebut. Terima kasih.

JAWAPAN:-
Prospek kerjaya sememangnya di atas kapal. Ada akan disponsor oleh mana-mana syrikat perkapalan dalam adau luar negara.Peratusan pengambilan ALAM bergantung juga sebagai contoh Batch DNS 010 memiliki paling ramai kadet dalam sejarah pengambilan ALAM iaitu hampir 200 kadet (bagi jurusan Diploma in Nautica sahaja tidak termasuk Marine Engineering) dan untuk DNS 012 hanya 100 Kadet sahaja. Ini bergatung kepada syarikat-syarikat perkapalan yang mahu menaja kadet. Diploma kejuruteraan Marine akan ditempatkan di Batu Rakit, Terengganu bukan di main campus Sg.Baru Melaka. Program ini selama 3 tahun (diploma) iaitu sehatun di ALAM tahun kedua belayar dana tahun ketiga di Akademi semula.



Redzuan Mohamed

salam sejahtera.saya redzuan berusia 17 tahun dan berminat untuk menyertai akademi laut.Saya ada beberapa soalan iaitu :
1.Bagaimana caranya hendak menyertai ALAM?
2.Adakah ia susah hendak menyertainya?
3.Saya tidak pandai berenang,adakah saya layak?
4.Saya tidaklah berbadan Sasa,adakah layak?


JAWAPAN:-
1) Selepas mendapat keputusan percubaan SPM anda perlu alert kerana iklan kemasukan ALAM hanya akan di siarkan sekali sahaja di dalam Akhbar.
2) Susah atau tidak bergantung kepada keputusan SPM anda danLuck anda ketika interview nanti.
3) Layak.Selepas memasuki ALAM kursus renand akan diadakan.
4)Layak.Tetapi perlu berada dalam range BMI yang dikehendaki oleh ALAM.














18 comment:

Salam sahabat...

Sudah lama ambo mengikuti perkembangan tapi baru sekarang memberikan komen. Entri menarik, penuh fakta. Ini link terbaru ambo, berkunjunglah :)

helo. im sabatini and im been selected to be in DNS course at ALAM under AET sponsorship.However, im not really sure because im still wondering if there any onshore jobs available for DNS.I get DME before then one of the captain from AET said that DNS is not suitable for me. Then he suggested me to be in DNS.So, do u have any ideas on job availables onshore(i thinking for the future actually.. huhu). but im really interested to be in marine career. and one more, is muslim girls are compulsory to wear hijab(tudung)?thank u... :D

i hope the admin can reply as soon as possible since i gonna go for induction programme at alam this 16 may 2010.hehehe.. such an informative blog n i really like it. btw,admin can email your answer here or my email pap3r_punch3r@yahoo.com.. thank u again... =)

minima gaji yg ALAM sediakan untuk lepasan diploma nautica berapa? gaji tersebut dibayar setiap kali pelayaran ataupun setiap bulan?

salam..saya umur 29tahun.lepasan degree electrical power.boleh ke saya masuk ALAM kerana saya berminat untuk menyertai kursus Marine Engineering Bridging Programme (MEBP) dengan tajaan sendiri?

salam...sejauh mne perkembangan agama di ALAM?
dari segi kemudahan dan aktiviti?

salam sy dah sent msg n sy harap akan dibalas secepat mungkin.thanks :)

msg yang telah sy hantar ialah pada 22 February, 2011 9:30 AM

Sye student lepasan Diploma Maritime Management..
adakah jika saya memasuki ALAM, diploma saye sama taraf dengan diploma nautikal Sains ALAM atau sye kne blaja balik dr awal?? mohon penjelasan..

salam..saya amat berminat bahagian pkapalan,sya pernah berkerja di syrkt swasta dkt kmaman bhgian maintnce.saya ingin bertanya..
1 adakah umur 27thun diterima lagi
2 adkh sy perlu smbung @ mgmbil diploma
3 atau adkh ia mwarkan krusus bg org yg sdh berkerja untuk tukar ke perkapalan..

kalau nak masuk alam maritim,apa kursus yang ditawarkan dan apa syarat2 kelulusan?

salam sejahtera.. saya nurul ezureen, berumur 16 tahun dan berminat utk menyertai alam selepas spm pada tahun 2012..apakah kursus yang boleh saya ikuti di dalam alam dan jawatan apa yang ditawarkan utk prmpuan? terima kasih

adakah memakai cermin mata layak untuk masuk ALAM?

harap2 result SPM saye baik pade tahun nie . . . . Sebab saye terigin nak masok Maritime . . . :((

salam..

berapa gred kelulusan SPM untuk menyertai alam...?
berapa berat dan tinggi yg meboleh kan untuk menyertai alam??
sekarang saya dlm jurusan akaun dalam tingkatan 5..
sye berminat untuk menyertai alam...

jawapan dari TUAN amat saya nantikan...
terima kasih....

salam.saya teruja sangat nak masuk ALAM ni.tp tiada siapa boleh bantu saya dan saya tidak tahu nak minta bantuan sesiapa lg.so saya mengharap kan admin la bantu saya.saya harap sangat admin dapat bantu..

sy nak masuk ALAM....tp tak tahu nk mohon kat mana. .tolong sy . lg satu ad lg ke pengambilannye? klau ad, pgmbilan bulan brpe ye?

bagaimana saya nak kerja kapal selain masuk ALAM? Sebab nak masuk ALAM kene ada physic. Saya bukan nak jadi engineer tapi cuma nak kerja kapal. Mungkin sebagai kelasi kapal ke. Tak kisah onshore or offshore.

Post a Comment

Site Search