Monday

Oakley Malaysia di My-Oakley


Oakley merupakan salah satu jenama kaca mata yang popular di dunia. Walaupun di Malaysia, Ray ban lebih digemari, tetapi bagi penggemar-penggemar sunglass Oakley ini, kaca mata ini mempunyai keistimewaanya tersendiri.

Jika dibanding dari sediri harga di butik-butik kaca mata di shopping kompleks, kita dapat lihat jenama Oakley ini jauh lebih mahal berbanding berbanding kaca mata hitam Ray-ban, tetapi dari segi populariti pastinya Ray-ban menjadi pilihan ramai.Dari segi kulaiti agak subjektif mengikut pilihan individu masing dan pastinya peminat Oakley Malaysia mengatatakan Oakely lebih baik berbanding Ray-Ban.

Sedikit sejarah tentang Oakley, mula dicipta oleh Jin Jannard pada tahun 1975 di garaj belakang rumahnya dengan bermodalkan $300.Nama Oakley diilhamkan dari nama anjingnya. Mula dijual dengan memanaggil kaca mata ini "The Oakley Grip". Pada mula ciptaanya,"The Oakley Grip" adalah khas untuk car racer dan pemain-pemain motorcross. Ini disebabkan oleh grip yang diciptanya adalah yang terbaik pada masa itu.

Oakley untuk lelaki sahaja ke? Rasanya pemikiran seperti itu patut xlagi wujud. Kaca mata apa2 pun adalah unisex tak kira lelaki atau perempuan. Memakai kaca mata bukan 100% untuk gaya sahaja tetapi juga untuk menjaga mata dari sinaran-sinaran UV yang berbahaya.Jadi Oakley sekarang banyak digayakan oleh perempuan/wanita.


Oakley Frogskin digayakan oleh perempuan.(sumber google)

Pada masa ini, Oakley lebih tertumpu dalam terutamanya dalam sponsorship extrem  game seperti motorcross, BMX, motorGP dan banyak lain sukan xtrem. Bagi peminat-peminat Oakley di Malaysia pula mereka gemar menggayakan Sunglasses Oakley ini sebagai gaya atau trademark tersendiri seperti salah seorang artis popular masa kini iaitu Zizan yang gemar menggayakkan kaca mata Oakley ini. 

"Nak beli Oakley tapi xtahu Oakley mana yang best".....Kalau di Malaysia 90% kebanyakkan mereka pasti akan memilih Oakley Frogskin. Ya Oakley Frogskin....macam mana tu? Itu gambar seperti dibawah. Bagi otai-otai Oakley Malaysia pastinya banyak collection Oakley Frogskin mereka terutama yang limited edition. Pasti harganya kini mencecah beribu-ribu ringgit.

Oakley yang menjadi kegilaan ramai peminat Oakley Malaysia. Oakley Frogskin.


Selain bergaya, pemakaian Oakley juga adalah bagi seseuatu "event" contohnya bagi mereka yang gemar cycling pastinya Oakley Armstrong menjadi pilihan, dan bagi yang menggemari aktiviti memancing, Oakley yang sesuai adalah Oakley Monster Dog Polarized. Dan bagi penggemar sukan golf mungkin Oakley Fast Jacket XL, Radar Path Golf Specific, Vanted M Frame Strike menjadi pilihan pasa golfer, selain Oakley sendiri menjual gajet-gajet golf mereka tersendiri.


Oakley sering dikaitakan dengan sukan extrem.

Walaupun jenama Oakley di Malaysia tidak segah nama Ray ban ,mungkin disebabkan jenama Ray-ban telah lama bertapak dan kukuh di Malaysia selain promosi yang kurang menjadikan kaca mata Oakley ini kurang dikenali ramai.Tetapi bagi bagi genarasi muda mereka mula "dekat" dengan jenama ini disebabkan oleh promosi tidak langsung oleh artis-artis atau movie/filem.Sebagai contoh, Oakley X-metal Mars yang dipakai oleh Brad Pitt dalam satu scenes mula menjadi ikutan. Atau mungkin juga harganya terlalu tinggi membuatkan ramai orang memilih kaca mata berjenama lain sebagai gaya mereka.

8 comment:

Antara spec yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Oakley dan Ray ban.Kebanyakkan Oakley Malaysia adalah Oakley jenis frogskins yang paling diminati.

certification financial planner Says :
Nice post. I like your blog also. I have book marked your blog. You always share some interesting and different information and updates.

saya suka oakley straight jacket saya ada oakley straight jacket king's woodland RM868.00 & berminat untuk membeli oakley half x metal ice iridium polarised di mana boleh dapat dengan harga potongan yang bagus berapa anggaran harga dalam RM??

Post a Comment

Site Search