Friday

Gempa bumi 8.9 skala Richter cetuskan Tsunami di Jepun

Gempa bumi bermagnitud 8.9 itu melanda Jepun hari ini, mencatatkan ketinggian ombak 10 meter yang mengakibatkan kapal tercampak ke pesisir pantai. Setakat ni berita terkini AFP melaporkan seramai 60 orang pulak mangsa tsunami di Sendai Jepun terbunuh, manakala 56 orang hilang, jumlah ni mungkin akan meningkat lagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala Richter yang berlaku di pantai Honshu, Jepun pada jam 1.46 petang tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Laporan media asing berkata, gegaran gempa bumi yang kuat melanda Jepun dan menggoncang bangunan-bangunan di Tokyo selama beberapa minit dan memaksa orang ramai meninggalkan kediaman mereka.

Laporan awal melaporkan satu gegaran dengan magnitud 7.9 tetapi ditingkatkan kepada magnitud 8.8, yang melanda negara itu kira-kira 400km dari Tokyo.

- BERNAMA


 Sendai Port

0 comment:

Post a Comment

Site Search