KOTA KINABALU 21 Nov. - Kurang kemahiran dalam industri perkapalan menyebabkan lebih 90 peratus pekerja dalam industri tersebut di negeri ini diisi oleh warga asing.
Pengarah Jabatan Laut Sabah, Abdul Aziz Muhamud berkata, selain itu, kurang pendedahan terhadap industri tersebut juga menyebabkan kurangnya minat penduduk tempatan menyertai industri itu.
"Berdasarkan jumlah itu, peratusan warga tempatan yang bekerja dalam bidang perkapalan di negeri ini adalah kurang daripada 10 peratus.
"Oleh itu, pihak kami akan menyusun pelbagai aktiviti dan program untuk menarik minat orang ramai khususnya para belia untuk menceburi dalam bidang tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Jabatan Laut Negeri di sini semalam.
Menurutnya, latihan yang diadakan pihaknya dalam bidang perkapalan pada masa ini dilihat kurang mendapat sambutan daripada rakyat tempatan.
Bagaimanapun katanya, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha bagi mendedahkan dan menarik minat rakyat di negeri ini dalam sektor penting dan berpotensi itu.
Dalam pada itu katanya, beliau berharap kerajaan dapat menubuhkan lebih banyak pusat latihan dalam bidang perkapalan di negeri ini.
Katanya ini penting bagi menghasilkan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang perkapalan seterusnya memecah monopoli pekerja asing dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sementara itu katanya sebagai usaha mendedahkan masyarakat kepada industri perkapalan, Jabatan Laut akan mengadakan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat negeri pada 4 dan 5 Disember ini.
"Sambutan yang akan diadakan di Waterfront Kota Kinabalu itu dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
"Dengan sambutan Hari Maritim Sedunia ini kita berharap masyarakat akan menyedari bahawa sektor ini adalah penting kerana perkapalan merupakan pengangkutan utama dalam perdagangan antarabangsa," ujarnya.
2 comment:
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
terima kasih
Memang betul industri perkapalan di monopoli warga luar tetapi bukan kerana warga malaysia tidak mahir tetapi kerana kurang nya pengetahuan warga negara untuk bagaimana menjadi pelaut.Ke mana tempat untuk di tuju sekiranya ingin menjadi pelaut.Tetapi satu masalah yang di hadapi adalah keinginan kompeni perkapalan mengambil pekerja warga luar dengan kenyataan mereka lagi mahir tapi hakikat nya mereka lagi hampeh, tahunya merosakkan kapal saja.
Post a Comment