Friday

Tiga anak kapal Puteri Firus MISC negative Infulenza A(H1N1)

http://www.dnv.com/binaries/serialam-181pxl_tcm4-256496.jpg

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Tiga anak kapal Puteri Firus, milik syarikat perkapalan antarabangsa Malaysia, MISC Berhad, yang disaring untuk Infulenza A(H1N1) pada Selasa, diuji negatif.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Kumpulan MISC, Fiona Clare Pereira berkata kapal itu tiba di Pelabuhan Bintulu pada Selasa (26 Mei) selepas belayar ke Jepun.

"Sebagai langkah biasa, pegawai-pegawai Kesihatan Pelabuhan naik ke kapal dan menjalankan saringan kesihatan," katanya.

Berikutan itu, tiga anak kapal itu telah dibawa ke darat ke Hospital Besar Bintulu untuk pemeriksaan selanjutnya oleh kerana mereka dilaporkan mengalami demam dan sakit tekak, katanya kepada Bernama hari ini.


0 comment:

Post a Comment

Site Search