Friday

DIREMPUH RIBUT DURIAN

PENGALAMAN BELAYAR
PELAYARAN paling menyeronokkan ialah ke Barcelona, Sepanyol.



Segak berpakaian seragam, lengkap dengan topi berwarna coklat, pelatih Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini sabar menunggu gilirannya untuk ditemubual. Walaupun nampak agak kekok pada awalnya, anak kelahiran Bidor, Perak ini nampaknya cepat menyesuaikan diri untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Anak muda berusia 21 tahun ini memberitahu, dia memulakan pendidikan peringkat menengah di SMK Sheikh Abd Ghani di Bidor, Perak, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Gerik dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal sehingga tahun 2005 dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sana.

Tamat SPM, Amirul Fahmi Mohd Anuar mengambil keputusan untuk mengikuti jurusan Diploma Pengajian Nautikal di ALAM.

Kini berada di tahun akhir, Amirul menyertai ALAM kerana minatnya yang mendalam terhadap kerjaya perkapalan yang mencabar. Dia cukup bertuah kerana impiannya itu tidak mendapat apa-apa halangan daripada keluarga.

"Ayah beri sokongan sepenuhnya supaya saya menghabiskan pengajian di ALAM. Saya mendapat tahu tentang ALAM menerusi pengetua sekolah teknik yang pernah mengambil jurusan kejuruteraan marin.

PENGALAMAN BELAYAR


"Dari situ, saya terfikir bahawa mesti ada institusi lain yang menawarkan program berkaitan perkapalan. Maka, saya terus mencari maklumat menerusi pembacaan dan internet. Kemudian, saya dapati ALAM ada menyediakan kursus untuk mereka yang berminat dan mahu menjadi pegawai navigasi," kata anak kepada pesara tentera ini sambil tersenyum.

Selaku bakal pegawai navigasi, Amirul faham mengenai cabaran dan tanggungjawab yang dipikulnya. Menjadi salah seorang penerima tajaan sebuah syarikat perkapalan terkemuka negara, Malaysia International Shipping Corporation (MISC Berhad), Amirul menyatakan sebagai pegawai navigasi, dia perlu memastikan aspek keselamatan kapal dan kargo yang bernilai berbilion ringgit ketika belayar dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain.

"Saya mesti memandu arah kapal dengan selamat. Tanggungjawab saya ke atas semua pihak terbabit bukannya semudah yang disangka.

"Sepanjang belajar di ALAM, cabaran paling besar pernah saya hadapi ialah ketika perlu menjalani latihan praktikal selama 12 bulan di atas kapal. Saya berpeluang melihat pegawai-pegawai senior menjalankan tugas. Dalam tempoh ini, saya bertugas di dua buah kapal, setiap satunya mengambil masa selama enam bulan," ceritanya lagi.

Latihan praktikal ini adalah sebahagian daripada syarat yang mesti dipenuhi oleh setiap pelatih, sebelum mereka mendapat kelayakan menjadi seorang pegawai oleh pihak Jabatan Laut.

Tiga aspek telah dipelajari Amirul semasa berada di atas kapal milik MISC itu. Pertamanya ialah navigasi, selain operasi kargo seperti pemindahan barangan di pelabuhan dan penyelenggaraan kapal.

Amirul juga perlu mengambil tahu segala perkara yang berkaitan dengan kapal yang dinaikinya termasuk bagaimana untuk membaik pulih, mengenal pasti kerosakan kapal dan menjaga kebajikan anak-anak kapal.

"Pengalaman? Saya diarah menjalani latihan mengendalikan kapal kontena yang diberi nama Bunga Pelangi 2. Ia mempunyai laluan yang telah ditetapkan iaitu melibatkan perjalanan dari China ke Eropah, merangkumi Terusan Suez, Laut Mediterranean, Lautan Hindi dan sebahagian benua Asia.

"Paling getir mengendalikan kapal ialah sewaktu cuaca buruk seperti ribut. Pernah sekali, saya terpaksa mengharung ribut Durian di Selat Taiwan. Mujurlah ketika itu, kapal masih boleh bertahan walaupun dilambung ombak yang tinggi.

"Memang takut juga kerana apabila berlakunya ribut, kapal seakan sekotak mancis dalam sebuah bekas air yang besar. Macam-macam boleh berlaku, seperti terhempas dan sebagainya," ujarnya.

Pada bulan-bulan pertama menjalani latihan, Amirul mengakui mengalami masalah mabuk laut kerana masih belum dapat menyesuaikan diri. Namun, lama-kelamaan masalah itu, dapat diatasinya. Cuma, kadangkala dia jatuh sakit disebabkan perubahan cuaca yang ketara.

Justeru, untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuhnya, Amirul memastikan dirinya sentiasa aktif melalui aktiviti sukan serta senaman.

Terikat dengan kontrak selama lima tahun selepas memperoleh tahap Master Command, Amirul telah membuat perancangan untuk lebih banyak belayar dengan Sijil Kecekapan yang bakal diperolehnya nanti.

"Pelayaran yang paling menyeronokkan ialah ketika menuju ke pelabuhan di Barcelona, Sepanyol. Memandangkan ia sebuah kawasan pelancongan, Barcelona mempunyai pemandangan yang sangat cantik, budaya dan sejarah yang unik.

"Nasihat saya kepada sesiapa yang mahu menyertai bidang perkapalan, mereka perlu mengubah tanggapan bahawa laut adalah berbahaya dan menakutkan.

"Buang perasaan takut dan persepsi negatif itu. Sebabnya, ia adalah satu kerjaya yang menarik dan benar-benar mencabar," kata Amrirul yang gemar bermain bola sepak ketika waktu lapangnya.

5 comment:

Gagahnya tu wajah yang ada di foto...hehehe

Lapor boz ku dah follow...follow balik ya...Salam kenal

bagus :) teruskan minat ko dalam dunia perkapalan :)

sonok belayar yer...aku rase belayar ni pling best waktu sampai port jer...
kene plak trun dgn senior officer...haha
satu sen duit pn xkluar dr poket aku ni..
yg lainnye aku xske..pling xbest engine jhanam tgh 20 Deg port starboard..arghh!!benci!!!
tp dh kje mcm tu..terima jela..haha..
lagi satu yg best bile dpat gaji...tu je yang best aku rase..hahaha

Dear Seafarer,

We need 3 full set crew with a full
certificate for the Anchor Handling Tug Supply
3X Master, 3X Chief Officer, 3X 2nd Officer, 3X Chief Engineer, 3X 3rd Engineer, 3X ETO all position with

AHTS - unlimited with

AHTS Experience 5 Year

Remuneration: negotiable,
Duration: 3 month on/ 1 month off , Type of Vessel: AHTS / SURVEY


Trading Area: Malaysia,
Date of Joint: immediately, Date

of Joint: immediately

Interested candidates please contact
immediately along with your 1 sets of complete documents as mentioned
below:
Thanks

TAFSIR SYARKANI
info@pakarsinarjaya.net / www.pakarsinarjaya.net

Post a Comment

Site Search